Kelab Myvi Gen3 Malaysia (MG3C) – Konvoi Pemanduan Berkhemah

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Pada 8 Mac 2020 yang lalu, telah berlangsungnya satu konvoi Kelab Myvi Gen3 Malaysia (MG3C) ke Asam Pedas Pak Man di Melaka dengan kerjasama pihak Shell Malaysia. Sebanyak 45 buah jentera Myvi Gen3 dengan membawa slogan “Satu Hati Setia Kawan” telah terlibat di dalam menjayakan konvoi kali ini . Semua peserta yang terlibat di dalam konvoi telah berkumpul di Shell Sungai Besi untuk mengisi minyak dengan tajaan penuh dari Shell dan acara flag Off turut disempurnakan oleh pihak Shell.

 

 

Peserta konvoi telah diberikan taklimat penuh dari Marshall dan presiden kelab untuk memudahkan dan melancarkan pergerakan konvoi. Pada jam 12 tenghari, semua peserta konvoi telah selamat tiba di Restoran Asam Pedas Melaka dengan selamat. Tujuan konvoi ini dilaksanakan atas tujuan menggalakan semua peserta memandu secara beretika serta lebih selamat dengan penggunaan bahan api yang lebih menjimatkan. Selain itu, aktiviti seperti ini juga dapat merapatkan ukhwah antara semua ahli kelab MG3 yang datang dari pelbagai negeri yang menyertai konvoi kali ini .

Semua peserta berasa amat gembira dan memberi kerjasama yang amat baik untuk menjayakan konvoi kali ini. Dengan adanya konvoi seperti ini, kesemua ahli kelab amat berbangga kerana dapat mengharumkan nama kelab MG3 di serata negeri dan mengangkat nama kelab MG3C ke peringkat yang lebih jauh. Sebarang pertanyaan mengenai kelab Kelab Myvi Gen3 Malaysia (MG3C)  boleh berhubungan dengan Wak Apan ( Presiden MG3C ) – 012 923 3616, Nurul (Setiausaha) – 017 275 8530 atau Darwisy – 011 2332 4577.

Teks : Aiman Arief      Foto : Zahir Yusof & Aiman Arief

Share.

About Author

Leave A Reply