Devotees of Charade (DOC) Mega Convoy Kedah 2020

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +
Devotees of Charade Mega Convoy Kedah 2020 atau singkatannya  DOC  merupakan salah satu acara tahunan bagi pemilik kereta DAIHATSU CHARADE, di mana acara tahunan kali ini telah menjelajah di sebuah negeri yang terkenal dengan jolokan jelapang padi iaitu Kedah Darul Aman.
Acara yang berlangsung pada 6 hingga 8 Mac  2020 ini telah diadakan di Pandai Merdeka telah berjaya menghimpunkan sebanyak 59 buah jentera Charade dari 15 buah kelab serta komuniti peminat Charade dari setiap negeri di Malaysia.  Pelbagai aktiviti telah disusun bagi memastikan kehadiran para sahabat yang sanggup datang dari jauh berpuas hati dan gembira dengan penganjuran acara kali ini.  Antara aktiviti yang dijalankan adalah  seperti ‘ice breaking’ dan cabutan bertuah.
Selain itu penganjur juga telah mengadakan ‘charity sales’ bagi mengutip dana untuk disumbangkan kepada  Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Batu 9, Sg. Petani Kedah.  Dalam memastikan keseronokkan kepada ahli keluar yang hadir, beberapa acara sukaneka juga telah diadakan sebagai cara untuk merapatkan ukhwah para peserta. Sesuatu yang wajib dalam setiap acara kelab kereta pastilah ‘autoshow‘ yang merupakan tunjang dalam acara kelab permotoran di negara ini. Para peserta yang hadir kelihatan amat berpuas hati dengan penganjuran pada kali ini.
Akhir sekali penganjur mengucapkan jutaan terima kasih kepada para peserta yang hadir serta penaja kerana sudi memberi penajaan dalam program pada tahun ini.
SENARAI KELAB YANG HADIR :
1. Daihatsu Charade Perlis
2. Kedah charaders
3. Pedoc (Penang Daihatsu Charade Owner club)
4. GCI (Geng Charade Ipoh)
5. Charade R limited
6. GCM(Ganu Charade members)
7. Daihatsu Series Melaka
8. Daihatsu Borneo Region
9. CORSA( charade organization Shah Alam
10. Charade wangsa maju
11. Chariders
12. N9CC (Negeri sembilan Charade Community)
13. DcjNtt (Daihatsu Charade Johor Entity)
14. KCS (Kuantan Charade Syndicate)
15. (DRT) DOC Racing Team
SENARAI PENAJA :
1. Acitpanda Autopart
2. Boost Up Motoworks
3. Fadeeb Homestay & Properties Consultant
4. Emy’s corner JB
5. SAG (Speed Auto Garage)
6.One touch resources
7. Chippomen garage
8. Prima wafour
9. NH auto service
10. AO garage
11. Penaja-Penaja Persorangan
 Di Sediakan Oleh : TOPEX MELEPEX

FOTO : UNIT MEDIA DOC 

 

Share.

About Author

Leave A Reply