Volkswagen Golf MK6

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Peace! No War
Penampilan berbeza untuk kehebatan lebih berganda…

Jika dahulu, bila dengar sahaja orang sebut kereta Wak Segan “Volkswagen”, mesti kita dapat membayangkan sebuah kereta katak yang bergerak terkedek-kedek (bak kata orang Melaka). Pada masa dahulu, jenama tersebut hanya popular dengan 2 model sahaja iaitu Kombi dan juga Beetle.


Hari ini, Volkswagen telah semakin maju dengan pelbagai pencapaian dan juga rekaan teknologi yang telah melonjakkan nama mereka sehinggakan model-model kereta mereka turut digunakan dalam pelbagai perlumbaan bertaraf dunia. Antara model terkenal dan sering kali mendapat perhatian dengan kehebatan yang dimiliki adalah Golf. Golf sudahpun melahirkan 7 keturunan sehingga ke hari ini. Walaupun begitu, model-model yang sebelumnya masih lagi menjadi kegilaan disebabkan teknologi yang terdapat pada jentera tersebut.


Golf MK6 seperti yang anda lihat ini adalah unik. Apa yang membezakannya dengan jentera lain adalah kit badan SR Superrocket yang direka khas bagi jentera ini. Selain itu, ianya turut diserikan dengan penggunaan beberapa peralatan gentian karbon lain di luarnya binaan Mr.Carbon. warna solid grey yang dilayangkan pada badan jentera ini tampak lebih menarik dengan hiasan ‘air brush’ sekelilingnya.
Selain itu, Mr. Carbon juga turut menghasilkan beberapa peralatan dalaman yang telah digantikan dengan barangan gentian karbon termasuklah bahagian panel-panel utama. Hiasan kulit bewarna merah ditambah pula material alcantara rekaan kustom Tycoon Studio telah menaikkan lagi perhatian sesiapa sahaja yang melihat gerangan jentera ini.


Nadi berkuasa 2000cc jentera ini walaupun sudah cukup bertenaga namun ianya perlu dimantapkan lagi dengan sedikit naik taraf yang dapat memberikan lebih kepuasan kepada si pemandu. oleh yang demikian, sistem ekzos dan perpaipannya telah dikustomkan semula megikut gaya yang terdapat pada model Golf R. sistem ambilan udaranya dilawaskan lagi melalui ‘air intake’ gentian karbon dari APR. Beberapa per;atan lain yang turut dipadankan bersama adalah coil R8, penyejuk DSG rekaan kustom, kit penyejuk minyak milik Evo III dan juga penggunaan intercooler Forge Motorsport yang dipasangkan di bahagian hadapan. Talaan enjin lebih baik dilakukan melalui unit ecu APR dan pemetaan semula pada tahap 2.


Untuk kecekapan sistem pemberhentian, jentera ini itelah dipasangkan dengan kaliper Brembo 6 pot di bahagian hadapan dipadankan pula dengan rotor yang lebih besar berbanding yang asal. Untuk kawalan yang lebih sempurna serta pelarasan ketinggian yang berketepatan dengan kedudukan yang diinginkan, sistem penyerap hentak boleh laras BC Racing ER ditempatkan di segenap sudut jentera ini.
Tidak lengkaplah sebuah jentera jika pasangan rodanya tiada. Maka, rim Enkei RPF1 telah menjadi pilihan untuk dikenakan. Tayar Dunlop Sport Maxx SP050 yang membaluti rim tersebut memastikan ianya terus mencengkam erat di atas permukaan jalanraya.

 

Spesifikasi Shift!

Kereta : VW GOLF GTI MK6 [MY 2012]

Enjin : 1984cc Turbocharged in-Line 4

Modifikasi Enjin : downpipe + Custom Exhaust System Pipe 2.5 inch (Golf R Design), Forge Motorsport front-mount Intercooler, APR Carbon fiber air intake system, R8 coil packs, custom DSG cooler upgrade, EVO III oil cooler kit

Kuasa : 266bhp

Elektronik: APR ECU tuning, Stage 2+ remap

Transmisi: DSG STAGE 1 REMAP

Brek: Brembo 6-Pot front brakes, rear – oversized rear rotors
Roda & Tayar : 18 inch Enkei RPF 9JJ & 11JJ front & rear, Dunlop Sport MAXX SP050 tyres; front & rear: 245/40/18 & 265/35/18

Suspensi: BC RACING ER Adjustable Coilovers

Luaran: Solid Grey Custom Paintjob with “Airbrush Effect”, SR Superrocket Custom Bodykit, Carbon Fiber exterior parts by Mr Carbon, Custom painted Headlamp (2012 Golf Mk6), aftermarket tail lamps

Dalaman: Mr Carbon carbon fiber inserts trimmings, panels etc, Customize Red Leather + Alcantara Special Interior trim Design by Tycoon Studio, DEFI Advance BF stack

Bengkel & Sponser: TYCOON STUDIO (creative + development motorsport), SR Super Rocket Malaysia, Mr Carbon Specialist, JAZ Airbrush

Pemilik: STITCH

Share.

About Author

2 Comments

Leave A Reply