Trio Toyota – Triple Threat

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Semasa acara Toyota Mega Gathering baru-baru ini, rakan media kami “Galeri Kereta” telah berjaya merakamkan gambar 3 buah jentera Toyota yang berbeza model dari seorang pemilik yang benar-benar ‘hardcore’ dengan jenama ini. Kesemua model yang dimiliki oleh Ban Tunercraft ini dijaga dengan begitu rapi bagi memastikan ianya sentiasa berada dalam kondisi cemerlang.

STARLET EP82 GT

Pertama sekali kita akan merungkai Toyota Starlet EP82 GT yang kelihatan mempunyai banyak jajan di dalamnya. Nadi 5EFTE Sard ini dilengkapi dengan peralatan dari jenama tersebut antaranya manifold turbo, wastegate, downpipe dan fuel regulator. Selain itu, kelihatan juga enjin ini perhebatkan lagi dengan penggunaan blow-off dari Blitz, unit turbo KKK K24, fuel rail dari HKS, kabel Nology beserta palam pencucuh HKS serta sistem ‘grounding’  Hot Inazma. Gas karbon hasil pembakaran dalam enjin ditolak keluar melalui sistem ekzos Blitz.

Bagi meningkatkan lagi prestasi dan pengurusan enjin lebih baik, unit ecu Jam Racing bersama GReddy E-Manage Blue telah mengambil tempat yang sepatutnya. Kuasa dari enjin kemudian disampaikan ke bahagian roda melalui kotak gear dilengkapi LSD TRD dan klac OS Giken yang turut dibantu ‘clutch line’ dari Jam Racing dalam melancarkan lagi pergerakkannya.

Sistem suspensi dari Tein Type Flex menjadi pilihan untuk melaraskan kedudukan serta memberi keselesaan dalam sesi pemanduan. Kekuatan cesi keseluruhan badan jentera iini dipertingkatkan lagi dengan penggunaan anti-roll bar, bushing dan mounting dari TRD disamping lower bar dan bar belakang Tom’s serta ‘torsion’ bar dari Jam Racing. Kuasa memberhentikannya pula lebih hebat dengan bantuan kaliper brek serta rotor dari SSWorks beserta hos dari Project MU.

Ruang dalaman jentera ini tampak sangat apabila kelihatan kelibat tempat duduk Recaro EP82 Limited di dalamnya. Deretan meter TRD meliputi speedometer, water temp, boost serta rpm menghiasai papan pemuka jentera ini ditambah pula APEXI avcr serta HKS timer.  Tidak ketinggalan, TRD quick shift bersama-sama.

Penampilan luarnya pula tampak hebat dengan kit badan Tom’s T082 di tambah pula dengan ‘reverse scope’ serta plat penyejuk dari Jam Racing. Rim Rim Works Emotion CR Kai 15 inci dibaluti tayar Bridgestone Ecopia EP200 melengkapkan lagi kehebatan jentera ini.

 

Spesifikasi Shift!

Enjin : 5EFTE

Modifikasi Enjin : SARD COMPLETE ENGINE, SARD turbo manifold, SARD wastegate, SARD dowpipe, SARD fuel regulator, BLITZ blow off, WALBRO fuel pump, KKK K24 turbo, HKS fuel rail, NOLOGY plug cable, HKS spark plug, exhaust system BLITZ, HOT INAZMA grounding system

Elektronik : JAM RACING ECU, GReddy E-MANAGE Blue

Transmisi : OS GIKEN CLUTCH, TRD lsd, JAM RACING clutch line

Suspensi & Cesi : TEIN TYPE FLEX suspension, TRD antiroll bar, TRD mounting, TRD bushing, TOM’S strutbar, TOM’S lower bar, TOM’S rear bar, JAM RACING torsion bar,

Brek : SSWORKS brake calipper, SSWORKS brake rotor, PROJECT MU brake hose

Roda & Tayar : Rim Works Emotion CR Kai 15 inci, Bridgestone Ecopia EP200

Dalaman : Recaro EP82 limited, TRD speedometer, TRD water temp meter, TRD boost meter, TRD rpm meter, TRD quick shift, APEXI avcr, HKS timer

Luaran : TOM’S T082 complete body parts, JAM RACING reverse scope, JAM RACING cooling plate

 

STARLET GLANZA EP91

Bernadikan enjin 4EFTE, jentera Starlet Glanza EP91 ini juga memiliki keistimewaannya tersendiri. Enjinnya yang masih suci dijaga dengan begitu rapi sekali. Beberapa peralatan berprestasi dipasangkan bagi membantu melancarkan lagi pergerakkan seperti kabel Ultra, palam pencucuh Trust, sistem ‘grounding’ Hot Inazma serta sistem penais udara dari TRD.

Pelarasan kedudukan dan keselesaan jentera ini pula dilakukan melalui absorber Kayaba SR lengkap dengan spring milik Tein yang turut dibantu oleh torsion bar dari Jam Racing. Keseluruhan dalaman serta luarannya masih lagi dikekalkan dengan yang asal. Namun, rim Hayashi yang dibaluti tayar Bridgestone Potenza RE003 memastikan ianya tampak lebih bergaya.

Spesifikasi Shift!

Enjin : 4EFTE

Modifikasi Enjin : ULTRA cable, TRUST spark plug, HOT INAZMA grounding system, TRD air filter

Suspensi & Cesi : TEIN spring, KAYABA SR absorber, JAM RACING torsion bar

Roda & Tayar : Rim Hayashi, Bridgestone Potenza RE003

Dalaman : OEM

Luaran : OEM bodypart

 

Toyota LEVIN AE111

Model ini boleh dikatakan rare untuk kita di Malaysia. Untuk melihat jentera Toyota Levin AE111 lengkap seperti ini sememangnya sukar. Kebiasaannya kita Cuma dapat bertemu dengan enjinnya yang terdapat di kedai-kedai potong. Ini adalah kenyataan!

Nadi 4AGE jentera ini dijaga dengan rapi namun tidak dinaik taraf keterlaluan demi memelihara keseluruhan keasliannya. Enjin 20 valve Blacktop ini telah dipasangkan dengan kabel dari NGK beserta palam pencucuh dari TRD. Kelihatan juga, enjin ini dipasangkan dengan penapis udara RAM, trumpet Tom’s dan sistem ‘grounding’ dari Hot Inazma. Gas karbon hasil pemakaran dalam enjin ditolak keluar melalui ekstraktor FGK yang disambung bersama sistem ekzos dari RSR. Kotak gear lengkap dengan klac TRD dan Toda Flywheel memastikan kuasa yang disampaikan ke bahagian roda lebih cekap dan cemerlang.

Keselesaan jentera ini dipertanggungjawabkan kepada sistem penyerap hentak TRD dan dibantu sistem anti-roll bar juga dari jenama yang sama.

Ruang dalamannya pula dilengkapi dengan TRD speedometer, TRD dash panel, TOM’S meter panel, dan TRD quick shift. Penampilan luar diperhebatkan dengan penggunaan bumper hadapan dari TRD serta hood FRP ditambah pula rim SSR Type C beserta tayar  Bridgestone Potenza RE003 yang mampu menampilkan persembahan hebat di atas jalan raya.

Spesifikasi Shift!

Enjin : 4AGE 20V Blacktop

Modifikasi Enjin : NGK cable, TRD spark plug, HOT INAZMA grounding system, RAM air filter, TOM’S trumpet, FGK extractor, RSR exhaust system, TRD mounting

Transmisi : TODA flywheel TRD clutch

Suspesi & Cesi : TRD suspension, TRD anti roll bar,

Brek : APP brake line

Dalaman : TRD speedometer, TRD dash panel, TOM’S meter panel, TRD quick shift

Luaran : TRD bumper, FRP hood

Roda & Tayar : SSR type c 15 inci, Bridgestone Potenza RE003

Foto : Aulia@Galeri Kereta

 

Share.

About Author

Leave A Reply