Toyota Supra – SupraSonic

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Memiliki pakej lengkap. Dengan kuasa dan penampilannya, pasti tidak menghampakan…

Setiap jenama kereta di dunia pasti mempunyai sebuah model yang boleh dianggap sebagai lejen ataupun yang sentiasa menjadi bualan di seluruh dunia lebih-lebih lagi jika ianya didatangkan dengan pakej lengkap seperti rekabentuk menarik serta memiliki nadi berkuasa apabila dipacu. Jentera-jentera seperti ini juga akan lebih dikenali jika ianya digunakan dalam sesebuah filem yang hebat. Impak darinya pula adalah, jika sesebuah jentera seperti itu digunakan di dalam filem, maka disebabkan kepopularannya itu akan membuatkan harganya melonjak naik secara mendadak.

Berbalik kepada jentera yang dipaparkan kali ini. Toyota Supra milik Brian ini dahulunya pernah dipaparkan beberap tahun yang lepas, namun, pada kali ini jentera ini telah diberikan nafas baharu dengan penampilan yang juga tampak lebih hebat berbanding yang sebelumnya.

Enjin 2JZ yang berkapasiti 3.0 liter ini telah dilakukan naik taraf yang amat hebat sekali. Keseluruhan enjin ini telah dirombak semula pada dasarnya. Pelbagai peralatan berprestasi telah dipasangkan pada enjin ini antaranya Kelford Cams, Ross Pistons, ELIXIR Billet Twin Chamber Exhaust Manifold, Molnar Technologies connecting rods, ELIXIR Dry Carbon fiber intake, Elixir Drive by wire setup, Elixir fuel rail (1350cc x 12 injectors), Elixir Swirl Surge Tanks, Twin Elixir 500lph fuel pumps, Elixir Tri-Layer e85R Fuel Lines, Turbo by Garrett GT42R Twin ball bearing turbocharger, Trust 6 inch Intercooler, Setrab external oil cooler, TRD engine mounts, ATi Harmonic dampeners, Fluidyne Radiator, Race Coil Packs, aftermarket US 200amps Alternator, K&N Open Pod Filter, Twin electronic SPAL fans with full wiring harness.

Bagi penjagaan enjin yang lebih baik, enjin ini telah diletakkan dengan minyak pelincir, minyak kotak gear, minyak stereng, coolant dan juga cecair brek dari Neo Synthetic. Seterusnya, kotak gear 6 kelajuan V160 yang dipadan bersama klac Clutchmasters akan menghantar terus kuasa yangterhasil dari enjin ke bahagian roda dengan kadar yang sekata dan bertenaga.

Untuk menggerakkan enjin ini, pemiliknya hanya akan menggunakan bahan api dari Ron 100 dan E85 sahaja demi menjaga prestasi bagi masa-masa yang akan datang. Sistem elektronik yang melancarkan lagi pergerakkan serta pengurusan enjin ini  adalah Haltech Elite 2500. Kelihatan juga jentera ini turut dilengkapi dengan bateri Super B dan juga sistem Nitrous TORQ.

Keseimbangan dan pelarasan ketinggian jentera ini dipertanggungjawabkan dengan penggunaan sistem penyerap hentak Final Konnexion. Selain itu, kekuatan cesi badan jentera ini juga turut diperkasakan dengan penggunaan anti-roll bar dan tower bar belakang dari Cusco serta tower bar hadapan dari TRD. Ruang dalaman jentera ini telah dibalut semula menggunakan kulit Alcantara keseluruhannya oleh pihak Hikaru Automotive.beberapa panel gentian karbon juga turut dapat dilihat serta padanan stereng Momo bagi mengemudi.

Penampilan luar jentera ini lebih menyerlah dan tampak sangat hebat dengan penggunaan kit badan lengkap Super GT500 dengan kit steel lebih ringan. Selain itu, jentera ini turut dipasangkan dengan splitter dan carnard dari bahan gentian karbon, diffuser belakang dari Top Secret dan  GT Wing Mugen 500. Keseluruhan badannya juga telah dilindungi oleh ‘silica paint protective coating’ – HOGO Coating oleh Hikaru Automotive. Akhir sekali, padanan rim Workmeister S1 berukuran 18 inci dibaluti tayar Michelin Pilot Sport di hadapan dan tayar Pirelli Pzero di belakang menambah lagi keserlahan jentera ini.

Pemilik jentera ini telah memberi kepercayaan kepada pihak Slipstream Technologies untuk menaik taraf jenteranya dan  Leina Racing pula telah dilantik bagi melakukan talaan terhadap mesin berkuasa ini.

Spesifikasi Shift!

Engine: 2JZ-GTE VVTi

Engine Modifications: Kelford Cams, Ross Pistons, ELIXIR Billet Twin Chamber Exhaust Manifold (rust proof + no more cracking turbo manifolds), Molnar Technologies connecting rods, ELIXIR Dry Carbon fiber intake, Elixir Drive by wire setup, Elixir fuel rail (1350cc x 12 injectors), Elixir Swirl Surge Tanks, Twin Elixir 500lph fuel pumps, Elixir Tri-Layer e85R Fuel Lines, Turbo by Garrett GT42R Twin ball bearing turbocharger, Trust 6 inch Intercooler, Setrab external oil cooler, TRD engine mounts, ATi Harmonic dampeners, Fluidyne Radiator, Race Coil Packs, aftermarket US 200amps Alternator, K&N Open Pod Filter, Twin electronic SPAL fans with full wiring harness,

Bahan Api : FUEL RON100 & E85

Pembina : Slipstream Technologies

Elektronik : Haltech Elite 2500 Engine Management, Super B Batteries, TORQ Nitrous System, Full HID lamps with custom LED rings, Fully customized rear carbon fibre LED lamps, remote nitrous gas purge buttons (*evil grin*),

Pelincir dan Penyejukkan : Neo Synthetic engine oil, Neo Synthetic ATF gear oil, Neo Synthetic ATF Steering fluid, Neo Synthetic Race Coolant, Neo Synthetic racing brake fluid.

Tuner : Liena Racing Malaysia

Transmisi : 6 speed V160 gearbox, Clutchmasters Clutch, TRD Gearbox mounts

Suspensi : Final Konnexion coilovers, Cusco anti roll bar, Cusco rear tower bar & TRD tower bar front

Rim & Tayar : Workmeister S1 18×10.5JJ F, 18x14JJ R, Michelin Pilot Sports 245/35/18 front, Pirelli PZERO 335/30/18 rear

Dalaman : Full genuine Alcantara Leather re-wrap done at Hikaru Automotive, MOMO Race Steering wheel, TRD Meters, Carbon fiber panels

Luaran : Super GT 500 series widebody kit – full lightweight steel kit, carbon fiber splitters and carnards, Mugen 500 series GT Wing, Top Secret rear diffuser, Full silica paint protective coating – HOGO Coating by Hikaru Automotive

 

 

 

 

 

 

 

 

Share.

About Author

Leave A Reply