Toyota Hilux – Toys Are Us

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Tampak bergaya, kuasa berganda!  

Dengan pelbagai acara permotoran di Malaysia yang semakin berkembang bak cendawan yang tumbuh selepas hujan, maka lebih mudah untuk pihak kami menemukan banyak jentera-jentera hebat yang semakin banyak dibina dan diubahsuai mengikut kepuasan seseorang pemandu itu sendiri.

Jika diamati, rakyat Malaysia sememangnya sentiasa mempunyai idea-idea baharu yang ingin ditampilkan pada jentera mereka. Ada di antara mereka yang sanggup merantau ke negara jiran bagi mendapatkan sesuatu yang hebat bagi ditampilkan bersama dengan jentera kesayangan mereka. Semangat yang ada bergabung pula dengan kemampuan pada setiap dari mereka, maka terhasillah sebuah jentera yang hebat di atas permukaan jalan raya negara kita.

Jentera pacuan 4 roda nampaknya semakin digilai oleh ramai pengguna di Malaysia. Dengan racun yang ada, maka pengangannya semakin merebak di seluruh pelusuk negara. Salah satu contoh yang baik boleh dilihat pada jentera yang dipaparkan kepada anda kali ini.

Toyota Hilux merupakan sebuah jentera 4×4 yang sangat popular yang digunakan untuk memudahkan kerja-kerja harian. Dengan kuasa yang terdapat pada jentera ini dipadankan pula dengan saiz jentera yang besar, maka ianya amat bersesuaian untuk mereka yang memerlukan kenderaan pengankut yang ringkas. Berbeza pula dengan Zainal, beliau telah menjadikan jentera ini sebagai mesin perlumbaan yang amat ‘versetail’ dari pandangan mata kita.

Untuk enjin, jentera ini telah dinaik taraf dengan penggunaan nozzle berprestasi dari Denso. Disamping itu juga, ia turut dipakikan dengan pam 1-1 Jack serta oil cooler dari GReddy. Kelihatan juga, enjin jentera ini dilengkapi lagi dengan paip aloi beserta intercooler dari Bangmod Racing, Thailand. Selain itu, enjin ini turut dipasangkan dengan street muffler juga dari Bangmod Racing bagi mengeluarkan gas-gas karbon hasil dari pembakaran dalam ruangan pembakaran.

Sistem elektronik bagi penjanaan kuasa yang lebih maksimum dan optimum telah dipertanggungjawabkan dengan penggunaan set lengkap ECUSHOP Monster Max, ECUSHOP SCV Controller, ECUSHOP Boost Speed dan ECUSHOP Monster gauge yang sememangnya telah direka khusus bagi jentera seperti ini. Kehebatan peralatan ini juga telah terbukti kuasanya di litar perlumbaan pecut di Thailand. Kuasa dari enjin kemudiannya dihantar ke bahagian roda melalui kotak gear automatik asal jentera ini.

Keseluruhan sistem suspensi dan brek masih lagi dikekalkan dengan penggunaan peralatan yang asal. Cuma pelapik breknya sahaja telah digantikan dengan penggunaan pelapik brek yang berketahanan pada suhu yang tinggi bagi tahap cengkaman yang lebih kuat semasa jentera ini dipacu pada kadar kuasa yang maksimum.

Ruang dalaman jentera ini pula telah dipasangkan dengan tempat duduk bucket dari SSCUS bagi keselesaan pemandu dan juga penumpang disebelahnya. Di atas papan pemuka pula diletakkan dengan deretan meter GReddy 5 beradik serta Auto Meter USA bagi memudahkan pemandunya memantau keadaan di dalam enjin.

 

Bahagian luarnya pula diperhebatkan lagi dengan penggunaan peralatan gentian karbon dari Monza seperti hood hadapan, fender, spoiler, r/gate serta cermin sisi juga gentian karbon dari Craft Square. Penampilan jentera ini tampak lebih hebat dengan pemakaian rim Volk Racing TE37 dibaluti pula tayar Maxxis S-Pro keseluruhannya.

 

Spesifikasi Shift!

Kereta : Toyota Hilux TRD

Modifikasi Enjin : Denso Nozzle, Jack 1 to 1 pump, GReddy oil cooler, Bangmod Racing alloy piping + intercooler, Bangmod Racing street muffler

Transmisi : Automatik

Elektronik : ECUSHOP Monster Max, ECUSHOP SCV Controller, ECUSHOP Boost Speed, ECUSHOP Monster gauge

Suspensi & Cesi : Asal

Sistem Brek : Asal

Roda & Tayar : Volk Racing TE37 Spec2, tayar Maxxis S-Pro 255/55R18

Dalaman : Auto Meter USA, seat bucket SSCUS, GReddy meter (oil press, water temp, RPM, boost, vaccum)

Luaran : Monza CF hood, Monza CF fender, Monza CF spoiler, Monza CF r/gate, Craft Square CF side mirror,

Bengkel & Tuner : Brighten Performance, HAA Spray

 

Foto : Kenny Yeoh@eosguy

GALERI 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Share.

About Author

Leave A Reply