Toyota AE86 – Liberalisasi Songsang

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Kebangkitan sebuah jentera lagenda dari zaman dulu, dengan ubahsuai masa kini untuk menempa sejarah dalam arena sukan drag!

Sesiapa saja yang meminati dunia permotoran pasti mengetahui berita tentang jentera legenda AE86 bakal digantikan dengan model terkini iaitu FT-86. Walaupun jentera AE86 telah lama diberhentikan produksinya oleh pihak Toyota, model pengganti bagi siri yang amat terkenal melalui siri animasi Initial D itu masih belum dikeluarkan sehingga kini. Sehinggalah berita tentang pengganti AE86 bertiup kencang di dalam internet di seluruh dunia sejak tahun 2009. Keterujaan peminat-peminat semakin bertambah apabila gambar yang menunjukkan model FT-86 ditayangkan dengan jelas dan lengkap di dalam banyak blog berkaitan automotif dan modifikasi

Toyota AE86 yang kini masih lagi kekal dengan status jentera ‘lagenda’ hingga ke hari ini. Mencipta nama pada sukan lumba drift yang begitu popular hari ini. Zaman kegemilangannya masih diteruskan lagi oleh beberapa jaguh sukan drift yang menggunakan AE86 termasuklah Tengku Djan! Walaupun semua sudah sedia maklum bahawa pihak Toyota sudah bersedia untuk menggantikan model AE86 ini

Kunjungan krew Shift ke acara Sepang Drag Battle baru-baru ini telah dikejutkan dengan satu model yang kelihatan sedikit janggal untuk bersama-sama dengan jentera pecut yang lain. Model Toyota AE86 ini telah menjadi popular di litar berselekoh maut bukannya di litar lurus yang menguji kuasa pecutannya! Tetapi itulah keunikkan jentera paparan kali ini. Sebuah Toyota AE86 di litar drag!

Anuar merupakan pemilik jentera ‘rare’ ini, pertemuan kami di pada acara tersebut telah menaruh minat shift untuk memilih jentera beliau untuk dipaparkan pada isu kali ini. Setelah membuat temujanji, sesi penggambaran pun berlansung dengan jayanya di bengkel AMS Racing milik Anuar yang terletak di USJ 1, Subang Jaya.

Beserta dengan reputasi yang mengkagumkan di arena sukan drift, reka bentuk innovatif, enjin 4AGE 16 Valve yang berkuasa dan sistem gantungan yang telah dibuktikan, tetapi ianya tidak cukup memadai untuk menyertai sukan pecut! Nadi asal tersebut telah digantikan dengan enjin 3S-GTE dari Toyota MR2 yang dilengkapkan sistem turbo. Enjin 2 liter, empat silinder DOHC 16-injap tersebut mampu menjana kuasa menjangkau 200hp dalam keadaan asalnya.

Untuk menyertai sukan lumba drag, sesebuah jentera memerlukan semua alat-alat berprestasi tinggi yang tidak hanya berkapasiti besar tetapi mampu untuk menampung bebanan kuasa tinggi. Perkara pertama yang dilakukan terhadap enjin 3S-GTE ini adalah menggantikan turbin turbo asal kepada yang baru dari jenama Garret GT40. Turbo ini dipercayai mampu menghasilkan kuasa sehingga 800hp!

Bagi menampung kuasa dari turbo baru itu, ‘Intercooler’ asal 3S-GTE telah ditukar kepada sebuah intercooler yang lebih besar dari jenama Trust yang mampu memberikan lebih kuasa penyejukan berbanding penggunaan ‘intercooler’ asal. Di bahagian kepala selinder pula tersembunyi di sebalik mata kasar adalah sepasang aci sesondol berdurasi tinggi dari Toda Racing yang diperlangkapkan bersama-sama dengan roda cam pulley rekaan khas yang boleh laras. Saya jangka anda semua sudah mengetahui kemampuannya. Ia telah mengaplikasikan formula padanan yang sempurna serta faktor-faktor utama dalam menghasilkan prestasi menyeluruh dengan hasil yang menakjubkan.

Tonnka exhaust manifold turut memenuhi ruang enjin untuk meningkatkan lagi prestasi. Injap pelepas tekanan dari Greddy RS dan wastegate berukuran 50mm dari HKS membantu dalam melepaskan tekanan yang tidak diperlukan oleh enjin. Semua piping getah telah digantikan dengan paip-paip buatan keluli tahan karat yang mempunyai kemampuan untuk menampung tekanan yang tinggi. Kesemua sambungan paip keluli tersebut diikat dengan menggunakan pengikat silicon dari jenama HKS bagi memastikan tidak berlaku sebarang kebocoran yang mungkin berlaku akibat tekanan yang tinggi.

Sistem saliran bahan api jentera ini telah dinaiktaraf terdiri daripada custom fuel rail, Custom fuel tank berkapasiti 25 liter, fuel pump dan penyuntik berkapasiti 800cc. Bahagian sistem penyejukannya dari unit radiator pula dipindahkan ke bahagian belakang. Mereka semua ditugaskan untuk memastikan sistem enjin beroperasi dengan baik dan sentiasa pada tahap yang memuaskan. Semuanya alat aftermarket tersebut terdiri daripada jenama-jenama yang terkenal yang popular dikalangan tuner. Ini menunjukkan bahawa Satria ini tidak lagi boleh disamakan dengan rakan-rakannya yang lain.

Dengan adanya peningkatan kuasa sebegini, kotak transmisi 5-kelajuan yang asal digantikan dengan kotak transmisi yang diambil dari Nissan SR20  klac popular masa kini iaitu OS Giken. Pengubahsuaian nadi 3S-GTE secara keseluruhan telah diselaraskan oleh sebuah unit pengurusan enjin yang terbaik iaitu A’PEXI Power FC yang mana telah berjaya memperluaskan perihal karektor Toyota AE86 ini untuk digeruni lawannya yang lain. Seakan tidak percaya pada kertas dyno yang ditunjukkan pada saya dan membuatkan saya ragu-ragu akannya….503.76hp@1.98bar!!!

Rim SSR 17 inci menjadi pengganti kepada rim berbibir tebal yang lebih popular jika di arena drift. Rim tersebut diletakkan di bahagian belakang kerana ini merupakan sebuah jentera berpacuan belakang.adanan mudah kepada rupa kereta tersebut. Rim depan pula dari kedai potong yang tidak dapat dipastikan jenamanya. Untuk meningkatkan cengkaman jentera pada permukaan litar, set tayar Toyo Proxes R888 dengan saiz 225/40R17 membaluti rim pada jentera tersebut.

Penyerap hentak dari jenama Cusco merupakan kit yang boleh dilaras sepenuhnya. Ianya bukan hanya menawarkan kawalan pemanduan yang tegas dan stabil tetapi juga mempercantikkan penampilan kereta dengan merendahkannya ke tanah. Oleh yang berikut, sudut-sudut camber dan castor perlu ditentukan semula untuk prestasi pemanduan yang lebih baik. Kit camber serta castor boleh laras dilengkapkan kepada senarai ubahsuai sistem gantungan bahagian hadapan. Pada masa yang sama, bushing getah asal yang semakin usang digantikan dengan bushing yang lebih kukuh dari TRD.

Rupa bentuk  luaran yang kurang agresif diperhalusi melalui tambahan set lengkap bodykit daripada Levin Trueno. Keseluruhan jentera ini telah dilayangkan dengan warna kuning yang begitu menawan. Aksesori dalaman jentera ini telah dikeluarkan bagi mengurangkan berat bebanan jentera ini.  Antara aksesori yang tinggal hanyalah sepasang seat Recaro bersama tali keledar jenama Luke, roda stereng Momo dan beberapa meter paparan seperti meter rpm Autogauge dan meter boost 2 bar dari Pivot. Semuanya merupakan aksesori yang penting yang diperlukan oleh seorang pelumba drag.

Dengan modifikasi yang mengkagumkan untuk beraksi di jalan lurus dan pemanduan pecut, Toyota AE86 ini telah menambat hati para peminat dengan mudah. Setiap kali turun berkasi pasti menyusul tepukan gemuruh setelah jentera tersebut samapi di garisan penamat. Cinta mereka kepada kereta tersebut bagaikan tidak boleh dipendam. Kini, selepas hampir 25 tahun, dengan bantuan alat-alat ganti yang telah membanjiri pasaran aftermarket, jentera AE86 membangkit semula. Bangkit sebagai raja pecut!

Masih terlalu awal untuk menjangkakan prestasi maksimum AE86 ini. Jentera ini masih dalam proses percubaan dan sedang dinaiktaraf setiap hari oleh Anuar. Saksikan kehebatan jentera ini pada setiap pusingan di acara pecut di seluruh Malaysia termasuklah Sepang Drag Battle!

Atas usaha dan komitmen yang tinggi oleh pemilik jentera Toyota AE86 yang dapat dilihat oleh semua pembaca dalam isu ini, jentera klasik beliau telah diberi peluang kedua untuk gemilang di mata yang memandang. Satu pemikiran songsang yang menjurus kearah lebih positif.

 

Spesifikasi Shift

 Kereta: Toyota AE86

 Enjin Asal: 4AGE 16 Valve

Modifikasi Enjin: 3S-GTE, 2.0 litre turbo, DOHC 4-silinder, Turbin Garret GT40, Intake Custom Aloi, Injector 800cc, Camshaft Toda, Wastegate HKS 50mm, Ekstraktor banana custom Tonnka, Injap Blow-off Greddy RS, Intercooler Trust, Campulley Custom Steel, Fuel tank Alloy 25 liter,  Palam pencucuh NKG Iridium, Kabel palam puncucuh TRD, Penapis udara HKS Powerflow, Sistem ekzos Custom, Hos silikon HKS

 Transmisi: kotak transmisi Nissan SR20, Klac Os Giken

 Suspensi & Rangka:  Coilover boleh laras Cusco, Kit camber dan castor boleh laras, Bushing TRD

 Rim & Tayar: Rim SSR 17 inci, Toyo Proxes R888 225/45R17

 Elektronik: ECU Power FC A’PEXI, Meter RPM Autogauge, Boost Meter Pivot 2bar.

 Dalaman: Stereng Momo Sports, Seat belt Luke, Seat Recaro

Luaran: Bodykit Levin Trueno

Teks : W@azid      Foto : Faiz Taib

GALERI 

Share.

About Author

Leave A Reply