Tomyam Monster

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Dengan pelbagai kemudahan yang ada sekarang, nampaknya para penggila kereta di Malaysia sudah semakin ke depan dengan melakukan modifikasi jentera mereka di negara jiran kita iaitu Thailand. Ya, ini bukan lagi perkara yang biasa. mereka mahukan sesuatu kelainan terhadap jentera mereka dek kerana perlatan dan alat ganti berprestasi yang lebih mudah untuk di dapati di sana disamping kos yang lebih murah berbanding untuk mengimportnya ke dalam negara kita.

Bukan itu sahaja, beberapa teknologi yang lebih hebat bagi talaan kereta juga menjadi alasan untuk mereka memberi kepercayaan kepada para mekanik di sebelah sana untuk melakukan transformasi terhadap jentera yang dimiliki. Antara jentera yang sememangnya menjadi fokus utama para penala di sana kenderaan pacuan 4 roda. Ini telah terbukti bahawa penala kenderaan seperti ini sudahpun menempah nama di negara luar dalam perlumbaan terutama sekali drag.

Jentera paparan utama Shift pada kali ini adalah satu contoh ubahsuai yang sangat menarik perhatian ramai. Melihat sudut luarannya sahaja sudah membuktikan ianya bukanlah sebuah jentera 4×4 yang biasa.

Dengan warna yang suci lagi murni pada badan jentera ini sudah cukup menyatakan ianya bukan sebuah jentera yang biasa-biasa. Nadi utama yang terkandung di bawah hood hadapannya bukan biasa-biasa. Nadi yang dulunya hanya bersesaran 2.5 liter kini telah dinaik taraf sehingga ke 3.0 liter!

Tidak perlu bercerita banyak, lihat gambar sahaja sudah mampu membuat sesiapa sahaja terpaku dengan hasil kerja tangan ini. Kelihatan disitu, nadi ini telah dipadankan bersama Turbo F55V serta paip sambungan yang keseluruhannya adalah titanium. Pam bahan api Bosch Twin Authentic memastikan diesel yang dipam ke bahagian enjin mencukupi setiap kali kuasanya dipacu. Kekemasan yang ditampilkan ini memnuatkan lidah kelu untuk berkata-kata buat sementara waktu. Peralatan yang lainnya tidak dinyatakan oleh pemiliknya atas sebab-sebab yang tertentu.

Untuk melancarkan lagi pergerakkan dan mempamerkan prestasi yang lebih menyerlah, enjin tersebut telah digabungkan dengan unit ecu dari ECU Shop Diesel Monster Max. Ya, kehebatan ecu ini tidak perlu lagi dipertikaikan kerana ianya telah banyak melahirkan jentera-jentera hebat baik di trek mahupun atas jalan raya. Kuasa dari enjin kemudiannya di hantar terus ke bahagian roda melalui kotak gear OS yang digunakan.

AP Racing

Untuk memberhentikan jentera buas ini, pemiliknya telah memilih sistem brek lengkap dari AP Racing. Kedudukan dan tahap keselesaannya pula dipertanggungjawabkan kepada sistem penyerap hentak boleh laras rekaan Super J.

Ruang dalamnnya pula dihiasi dengan tempat duduk Recaro milik Mitsubishi Evo 7. Kelihatan juga beberapa meter tambahan seperti Monster Gauge, meter blower dan juga deretan meter Defi bagi membantu pemantauan enjin dipasangkan.

Penampilan luarannya pula diperhebatkan dengan pemakaian hood gentian karbon Tanutong F1, spoiler dari Akana serta cermin sisi Craft Square. Rim Volk Racing TE37 berukuran 18 inci dibaluti pula tayar daqri jenama Yusta memastikan jentera ini lengkap dan bergaya secara keseluruhannya!

Antara pihak yang bertanggunjawab dalam pembikinan kerja-kerja naik taraf dan ubah suai jentera ini adalah MS Titanium Thailand, Kay Shop, Iron Bar serta Tanutong Carbon. Mungkin ada beberapa peralatan yang tidak disebutkan, maka anda tataplah gambar yang disediakan sepuas-puasnya…

Spesifikasi Shift!

Kereta : Isuzu Dmax

Enjin asal : Enjin asal Dmax 2.5

Modifikasi Enjin : Upgrade ke 3.0L,  Turbo F 55V, Intercooler Piping Titanium MS, Twin Authentic Bosch Fuel Pump

Elektronik : ECU Shop Diesel Monster Max

Transmisi : OS Gearbox

Brek : AP Racing

Tayar & Rim : Rim : TE37 18. 9.5/10.5jj  Tayar : Yusta

Suspensi & Cesi : Super J adjustable, Iron Bar

Luaran : Komponen gentian Tanutong karbon F1 (bonet), Spoiler Akana dan cermin sisi  Craft Square.

Dalaman : Seat Recaro Evo 7, Monster Gauge, Blower Meter, Defi Meter

Bengkel & Penaja : MS TITANIUM THAILAND, KAY SHOP, IRON BAR, TANUTONG CARBON

Pemilik : Mohd Al Syaiddi bin Ab Manaf (Jihad)

Foto : Shah Bahulu@Adam Photography

 

Share.

About Author

Leave A Reply