The SuperCar Killer – NISSAN SKYLINE BNR 34 V SPEC

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Apabila mendengar nama model kereta daripada pengeluar kenderaan Nissan, pasti yang mengetahuinya akan meremang. Disebabkan reputasinya yang hebat di jalan raya mahupun di litar lumba, memilikinya adalah satu kepuasan. Kerana imej yang garang, ianya juga diberi jolokan Godzilla.

Nama Godzilla sudah lama diberikan pada model terdahulu Nissan Skyline yang mendominasi perlumbaan di litar lumba. Kejayaan demi kejayaan diraih, dan paparan kali ini kita akan melihat salah satu daripada model ikonik GT-R, iaitu Nissan Skyline GT-R R34 V-Spec. Model yang popular dalam permainan Gran Turismo ini diperkenalkan pada 1999 dan berada dipasaran sehingga 2002 memiliki teknologi tersendiri.

Warna merah cili menjadi pilihan dan selalunya model ini akan dicatkan dengan Bayside Blue, Midnight Purple dan Millenium Jade. Kit badan Z-Tune dipasang untuk kelihatan lebih agresif. Bahagian dalaman kekal stok namun ditambah meter Nismo 320km/h.

Beralih ke bahagian enjin, RB26DETT standard dinaik taraf ke kit stroker untuk meningkatkan kapasiti kuasa kepada 2.8 liter. Satu set 264 ° camshaft oleh HKS juga dimasukkan ke dalam nadi berkuasa ini. Selain daripada kit stroker dan camshaft, pemilik juga menukar aci sesondol asal kepada yang berjenama Tomei. Set belt HKS meggantikan yang asal manakala pulley stereng kuasa, alternator dan penghawa dingin digantikan dari jenama GReddy.

Turbo asal RB26DETT kekal stok dalam formasi turbo berkembar untuk menyejukkannya. Intercooler HKS dan Oil Cooler Nismo dipasang untuk memastikan suhu sentiasa pada titik optimum manakala Radiator Greddy pula meningkatkan lagi keupayaan penyejukkan enjin. Greddy Twin Blow Off Valve Type S juga dipasang untuk menjaga kestabilan sistem turbo. Aksesori lain yang ditambah pada bahagian enjin ialah penutup minyak enjin Nismo, oil catch tank kustom, damper bonet SARD, HKS Kansai Bar dan plat penyejukan serat karbon Auto Select. Pemilik memilih ekzos ARC titanium untuk membolehkan pelepasan gas ekzos sentiasa bebas mengalir sambil pengambilan udara dilakukan dengan dua penapis udara pod terbuka. Dengan semuanya dalam keadaan yang berprestasi, enjin itu juga diperhebatkan dengan satu set coil Split Fire untuk sistem pencucuhan yang lebih baik.

Untuk memanfaatkan sepenuhnya prestasi enjin jentera ini, pasti ianya memerlukan ecu yang terbaik. Oleh yang demikian jentera ini diberikan Power FC D Jetro bersama Power FC Commander. Dengan sistem elektronik yang hebat, jentera ini tidak mempunyai masalah untuk melepaskan keseluruhan kuasanya. Bagi mengawal jumlah rangsangan yang terhasil, HKS EVC 6 Boost telah dipasang. Kotak gear Getrag enam kelajuan yang dipadankan dengan kopling plat twin ORC akhirnya berfungsi untuk menyampaikan kesemua kuasa terus ke bahagian roda tanpa rasa ragu-ragu.

Aspek keselamatan tidak diabaikan setelah semua mod prestasi dinaik taraf. Untuk sistem pemberhentian yang baik, satu set kit brek AP Racing dipasang di bahagian depan dan belakang pula menggunakan kit brek Grippen. Di bahagian roda, jentera ini diberikan satu set rim Nismo LMGT4 yang berukuran 18 X 10.5JJ dengan satu offset 15 dipadankan bersama tayar Michelin PS3 berukuran 275/35R18. Jentera ini juga dipasang dengan set suspensi TEIN Mono Flex dengan EDFC yang membolehkan pemandu menukar tetapan suspensi dengan lebih mudah.

Spesifikasi

Kereta : NISSAN SKYLINE BNR 34 V SPEC 01/ 06

Enjin : RB26DETT

Modifikasi : 2.8 stroker kit, HKS 264° camshaft, Tomei cam pulley, HKS Timing Belt, HKS Fan Belt, HKS Alternator Belt, HKS Power Steering Belt, HKS Intercooler, Nismo Oil cooler, Nismo Oil Cap, Greddy Radiator, Greddy Piping, Greddy Twin BOV Type S, Split Fire coil pack, Greddy alternator pulley, Greddy aircond pulley, Greddy power steering pulley, custom oil catch tank, Auto Select CF Cooling Plate, ARC Titanium Exhaust

Elektronik : POWER FC D JETRO + POWER FC COMMANDER, HKS EVC 6 Boost Controller

Transmisi : 6 speed GETRAG, ORC Twin Plate clutch

Rim & Tayar : NISMO LMGT4 18 X 10.5JJ ET15, Michelin PS3 275/35/18

Brek : Front – AP Racing, Rear – Grippen

Suspensi : TEIN MONO FLEX + EDFC

Luaran : Z TUNE Body Kit, HKS Kansai Bar, SARD Bonnet Damper

Dalaman : NISMO 320 KM/H meter

Bengkel : FR Garage

Foto : Faizal Shift

GALERI : 

 

Share.

About Author

Leave A Reply