Honda Civic EG6 – The Boys Magnet

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Honda Civic adalah salah satu siri paling popular yang pernah dihasilkan. Dikalangan kaki kereta, model ini sangat sesuai untuk diubahsuai kepada sebuah jentera yang lebih berkuasa. Casis ringan dan lincah disamping berdaya kuasa yang tinggi turut menjadikannya sebuah jentera di litar lumba yang popular sehingga kini. Ianya juga turut dikenali sebagai Honda Dolphin.

Civic EG tidak mendapat sentuhan Type R, ia hanya diperkenalkan pada generasi EK. Namun siri EG yang bernadi B16 mempunyai angka output melepasi kereta lain pada zamannya. Ciri-ciri tersebut menarik perhatian para peminat sukan permotoran dan menjadi faktor untuk memenangi perlumbaan. EG6 yang dipaparkan telah mendapat sedikit peningkatan kuasa daripada pemiliknya untuk bersaing dengan jentera lain generasi masa kini. Pengubahsuaian pada bahagian enjin dilakukan dengan menggabungkan blok enjin B20 dan head B16A, menghasilkan tork yang lebih tinggi. Proses Port & Polish pada bahagian kepala silinder mampu menambah kuasa sehingga 200hp. Set aci sesondol Toda C2 dipasang sementra piston asal dan conrod digantikan milik Wilson Engineering berukuran 85mm. Penukaran tersebut untuk memastikan piston tidak terkeluar dari blok.

Untuk memanfaatkan potensi enjin sepenuhnya, pemilik memutuskan untuk menggantikan ECU asal dengan ECU Hondata s300j dan ini telah mendapatkan penalaan yang lebih sesuai pada enjin. Untuk meletakkan semua kuasa pada roda hadapan, pemilik juga menukarkan kepada kotak gear milik model Type R dengan nisbah pemacu 4.785.

Dengan begitu banyak pengubahsuaian yang dilakukan pada enjin, adalah penting untuk meningkatkan prestasi brek. Satu set AP Racing Pro 5000 dan kit brek dipasang. Rim Works Engeineering berukuran 16 inci dan tayar Hankook RS4 menjadi pilihan. Sistem suspensi asal ditukar kepada GAB bole laras supaya pemiliknya boleh menetapkan kesesuaian pada pemanduan yang selesa.

Meninjau ke bahagian dalam, tempat duduk pemandu adalah dari jenama Bride Zeta 3 dan tempat duduk penumpang adalah dari Recaro SR3. Stereng Greddy membuatkan pemandu sentiasa dalam keadaan bersedia jika perlu memecut laju. Roll Cage meningkatkan kestabilan badan kereta dan menambah ciri keselamatan. Pemantauan prestasi enjin dapat dilakukan dengan pemasangan meter Defi ZD dan Ultra Shift Indicator.

Penjagaan yang rapi oleh pemiliknya memastikan kereta dalam keadaan yang terbaik. Spoon Carbon Fiber Bonnet, Spoon Carbon Fiber Front Lip, Spoon Carbon Fiber Fender dan Spoon Carbon Fiber Spoiler turut dipasang pada bahagian luar EG ini. Cukup??? Mungkin masih ada lagi…

Spesifikasi!

Kereta : Honda Civic EG6

Enjin : B20 + B16a Frankenstein

Modifikasi : 85mm Wilson Engineering Piston, Wilson Engineering Conrod, Toda C2 Camshaft, Port & Polish head

Ecu : Hondata S3000J

Kotak Gear : Type R with 4.785 final drive

Brek : AP Racing Pro 5000+

Rim & Tayar : Works Engineering 16” + Hankook RS4

Suspensi : GAB Fully Adjustable

Luaran : Spoon Carbon Fiber Bonnet, Spoon Carbon Fiber Front Lip, Spoon Carbon Fiber Fender, Spoon Carbon Fiber Spoiler

Dalaman : Bride Zeta 3, Recaro SR3, Defi ZD, Ultra Shift Indicator, Greddy Steering, Greddy Horn

Bengkel : BMS Autosport

Foto : Shah Bahulu @ Adam Photography

Galeri :

Share.

About Author

Leave A Reply