Proton Persona K24 – Race Ready Machine

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Melangkaui sempadan dan mampu menonjol akan menjadikan sesuatu sangat unik. Sesetengah orang akan menganggapnya satu kerja gila. Dahagakan kepuasan dalam kelajuan, kaki modifikasi sentiasa mencari formula baru untuk menjadikan jentera mereka lebih laju. Chan Qi An adalah salah seorangnya! Beliau telah mengubah Proton Persona miliknya menjadi sebuah jentera yang berbeza dari kebiasaan.

Kebanyakkan pemilik Proton akan memilih enjin dari siri-4G untuk menggantikan nadi asalnya, tapi tidak bagi Qi An. Beliau menginginkan K-siri untuk meggerakkan Personanya. Bengkel XH Racing telah berjaya merialisasikan impian Qi An dan hasilnya sangat menakjubkan.

Enjin K24 diperoleh daripada Honda Absolute. Pemasangan Cam K20A Type R mampu menghasilkan 200HP dan memaksimumkan daya kuasa jentera. Proses ‘Port and Polish’ dilakukan pada Block dan Head sebelum dimasukkan ke ruangan enjin. Mounting khas dihasilkan menggunakan mesin CNC untuk memastikan enjin berada pada kedudukan yang betul. Intake manifold Skunk2 untuk sistem udara dipasang bersama-sama pendikit dari Works Engeering. Sistem elektronik Hondata KPro V4 memastikan enjin berjalan lebih lancar. Paip ekzos 2.5 berukuran 2.5 inci yang disambungkan akan terus membawa gas ke bahagian muffler.

Transmisi manual 5 kelajuan diambil dari DC5 Type S yang dikuasakan oleh K20. Klac perlumbaan dan konsol gear bullet sudah cukup untuk memindahkan kuasa ke roda. Oleh kerana kebanyakkan bahagian pada kereta ini dibina khas, sistem brek tidak terkecuali. Label pada caliper menunjukkan ianya adalah Brembo 4 pot, tapi sebenarnya ia milik Peugeot 607. Cakera brek 345mm memastikan kereta berhenti pada masa yang diperlukan.

Mencari sistem suspensi bukan sesuatu yang mudah. Ianya berperanan untuk menampug berat kereta dan memastikan kereta dalam keadaan stabil semasa mengambil selekoh, mahupun ketika jalan lurus. Sistem suspensi boleh laras Blox dipilih untuk tugas tersebut. Rim TC105N dan tayar Nexen Sur4G untuk roda hadapan, tayar Michelin PS4 untuk roda belakang menjadi pilihan Qi An.

Ruang dalaman bagi jentera ini dipasang Roll Cage khas untuk menambah ciri keselamatan. Tempat duduk Bride menggantikan tempat duduk asal Persona. Stereng OMP WRC Rally Edition pastinya menambah keyakinan Qi An semasa memandu pada kelajuan tertentu. Meter Defi untuk membaca prestasi enjin turut dipasang. Kit badan Persona Elegance dikekalkan manakala diffuser hadapan dan bonet gentian karbon melengkapkan gaya ‘Sleeper’ jentera Qi An.

Spesifikasi

Kereta: Proton Persona

Enjin: K24 Absolute 2XXHP Block, K20A Type R Cam, K24 Head, Block Head Polishing, Works Engineering Throttle Body, Skunk 2 Intake Manifold, S90 Throttle Body Spacer, Driveshaft Kswap, Custom Billet CNC Bracket Engine, Exhaust Manifold Stainless Steel For Kswap, Exhaust Set 2.5 Inch Piping

Transmisi: DC5 K20 DC5 Type S 5 Speed Manual, Racing Clutch, Billet Shifter Gear Console

Elektronik: Hondata KPro V4

Suspensi & Casis: Blox Adjustable Suspension

Brek: Brembo Peugeot 607 4Pot With 345MM Disc

Rim & Tayar: TC105N 17X8.5JJ ET35, Nexen Sur4G 225/45/17, Michelin PS4 215/45/17

Dalaman: Defi 3 piece, OMP WRC Rally Edition, NRG Short Hub, NRG Quick Release, Bride Zeta 3, Bride Low Max Kevlar, Custom Rollcage, Velocity Battery Rack, F22 Titanium Screw

Luaran: Gen 2 CPS Front Grill, Custom Front Diffuser, Carbon fibre Bonnet, Tonnka Bonnet Clip Bodykit Ori Persona Elegance

Bengkel: XH Racing, Heng Heng Exhaust

Pemilik: Chan Qi An

Foto : Shah Bahulu @Adamphotography

Galeri :

Share.

About Author

Leave A Reply