Proton Wira – The True Fighter!

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Hanya mereka yang benar-benar berhati waja sahaja akan berani menaik taraf jentera mereka seperti ini…

Memang tidak disangkal lagi bahawasanya di negara kita ini kebanyakkan penggemar kereta memilih untuk memiliki jentera buatan negara Jepun yang sentiasa menyediakan penampilan serta kekuatan yang tersendiri dalam setiap jentera yang dibina oleh pengeluar kereta di sana. Antara model yang popular di sana adalah seperti Daihatsu, Toyota, Honda dan Mitsubishi.

Namun, ada beberapa model yang dikeluarkan agak sukar untuk didapati di Malaysia. Maka terpaksalah mereka yang kreatif dan berpengalaman melakukan pelbagai kerja kacukkan untuk membuatkan jentera mereka kelihatan sama seperti yang ada di pasaran. Dengan kehadiran pelbagai jenis model-model ‘half cut’ yang dibawa masuk, maka kerja yang hendak dilakukan semakin mudah dengan pelbagai perlatan yang diinginkan ada disediakan.

Daus adalah salah seorang penggila jentera Mitsubishi yang telah menarik minatnya sejak dari awal penglibatannya dalam dunia permotoran. Namun, oleh kerana model yang diiginkan agak sukar untuk didapati serta diletakkan dengan hahrga yang mahal, maka, beliau mengambil keputusan untuk membina sebuah jentera yang sama seperti sebuah Mitsubishi Evolution III. Akhirnya, sebuah jentera Proton Wira dikorbankan bagi mengapai cita-citanya!

Untuk memberikan penampilan yang sama seperti sebuah Evo III bukanlah satu perkara yang mudah. Jentera ini telah dilakukan kerja-kerja pengubahsuaian di bahagian belakang bagi dipasangkan dengan set lampu serta bonet belakang yang lebih pendek dari model Evo III. Segala kerja ini dilakukan dengan sangat teliti serta dinilai setiap kekuatan dan kekemasan setiap sambungannya. Setelah itu, keseluruhan badan jentera ini digantikan dengan kit badan lengkap dari Evo III termasuklah spoiler dan juga ‘sunroof’ asal model Evo III.

Untuk bahagian enjin, pastilah tidak diabaikan. Enjin asal 4G92 jentera ini telah dikeluarkan seterusnya digantikan dengan penggunaan enjin berprestasi 4G63T . Walaubagaimanapun, blok asal pada enjin tersebut tidak lagi digunakan dan digantikan dengan pemakaian blok dari 4G64 sekaligus menjadikan enjin ini menjadi 2.4 liter. Piston berjenama Wiseco digabungkan dengan conrod Eagle di dalam bahagian enjin bagi penjanaan yang lebih mantap. Kepala silinder asal 4G63T masih lagi dikekalkan dan dilakukan proses port & polish serta dipadankan dengan penggunaan sepasang aci sesondol HKS 272° diikat bersama pulley boleh laras rekaan kustom.

Turbo Garrett GT35 diberi kepercayaan menggantikan yang asal diikat pada manifold kustom lengkap dengan wastegate Turbosmart. Udara yang disedut masuk ditapis kebersihannya oleh penapis udara Simota yang tampak kemas bergaya. Udara sejuk dari intercooler Greddy dibawa masuk melalui paip stainless steel terus ke bahagian intake manakala ‘blow-off’ GReddy pula bertujuan bagi melepaskn kadar tekanan yang berlebihan daripada masuk ke dalam intake.

Bahan api dari tangki utama di pam masuk oleh pam bahan api Walbro, dilaraskan oleh pelaras Sard seterusnya dipancitkan masuk ke dalam ruangan kebuk oleh injektor ID1000 yang cukup padu. Gas karbon yang dihasilkan dari dalam kebuk dihantar keluar melalui paip ekzos bersaiz 3 inci terus ke muffler 5Zigen RO yang diikat dibahagian belakang jentera ini.

Kuasa yang dihasilkan seterusnya dihuraikan oleh kotak gear AWD asal Evo III yang berfungsi sepenuhnya! Kotak gear ini turut dibantu khidmatnya dengan set lengkap klac berprestasi OS Giken twin plate untuk menggerakkan kempat-empat tayar pada jentera ini. Penjanaan kuasa pada enjin lebih mudah ditala dengan bantuan unit ecu Haltech E6X. Selain itu, turut kelihatan penggunaan meter kawalan boost HKS EVC serta deretan meter Defi (oil press, water temp, oil temp, fuel press, ext temp) bagi memudahkan pemantauan dalam enjin dibuat serta unit pemasa turbo dari Blitz.

Kestabilan bagi jentera buas ini dibantu dengan penggunaan set penyerap hentak boleh laras lengkap dari Cusco yang akan memastikan kedudukannya tidak begitu liar ketika sedang dipacu di atas jalan. Penggunaan brek dari Galant VRG serta brek asal dari Evo III yang dipasangkan dengan pelapik brek berketahanan tinggi pula membantu untuk memberhentikan jentera ini dalam apa jua situasi dengan selamat.

Ruang dalaman jentera ini telah disalin sepenuhnya dari peralatan Evo III. Kelihatan tempat duduk ‘bucket’ Recaro SPG yang dipasang pada bahagian hadapan bagi memegang cekap kedudukan pemandunya ketika beraksi. Akhir sekali, rim Volk Racing TE37 bersaiz 16 inci dipasangkan serta dibaluti dengan tayar Yokohama berukuran 205/55R16 dipasangkan sekaligus menampilkan personaliti yang sangat hebat pada jentera ini.

Projek naik taraf jentera ini telah dilakukan oleh sebuah bengkel yang sangat terkenal dengan hasil kerja yang sangat hebat iaitu B’ Machine Development. Ternyata mereka sentiasa memberi kepuasan maksimum kepada setiap pelanggannya dengan memberikan sesuatu yang sangat membanggakan!

Spesifikasi Shift!

Kereta : Proton Wira

Enjin : 4G63T

Modifikasi Enjin : Blok 4G64, piston Wiseco, conrod Eagle, port & polish, camshaft HKS 272°, campulley custom, air filter Simota, turbo Garrett GT35, turbo manifold custom, wastegate Turbosmart, intercooler GReddy, blow-off GReddy, fuel pump Walbro, injector ID1000, fuel regulator Sard, plug NGK R09, custom pipe 3”, muffler 5Zigen RO

Transmisi : AWD Evo III gearbox, klac OS Giken Twin Plate

Elektronik : Boost controller HKS EVC, Haltech E6X, Meter Defi (oil press, water temp, oil temp, fuel press, ext temp), turbo timer Blitz

Suspensi & Cesi : Cusco adjustable

Brek : Galant VRG (depan), Evo III (belakang)

Rim & Tayar : Rim Volk Racing TE37 16”, Tayar Yokohama 205/55R16

Dalaman : Evo III, Recaro SPG

Luaran : Evo III

Bengkel : B’ Machine Development

 

 

Share.

About Author

Leave A Reply