Proton Wira Fatboy Racing – Save The Dragon

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Jentera ini suatu ketika dahulu pernah hilang dan akhirnya ditemui kembali dengan keadaan yang serba tidak lengkap, namun ianya tidak mematahkan hasrat si pemilik untuk memastikan ianya bakal menggegar dunia permotoran tanah air. Segenap sudut jentera ini telah melalui proses restorasi bagi menampilkan personaliti yang baharu baik di luar mahupun di bahagian dalam termasuklah nadinya yang turut di naik taraf menjadi lebih berkuasa.

Jentera Proton Wira yang menjadi kebanggaan pasukan Fatboy Racing ini telah dipadankan dengan nadi dsri Mitsubishi dengan jolokan kod 4G6X Future Racing. Ianya merupakan satu binaan khas oleh pasukan tersebut dengan menempatkan pelbagai resepi istimewa ke dalamnya. Kepala silinder nadi ini telah melalui proses ‘port n polish’ dari pihak Nasty Port Flow. Ia kemudiannya dipasangkan dengan aci sesondol Kelfold TX276HL yang diikat bersama pulley boleh laras AEM. Di bahagian blok pula ditempatkan dengan piston Wiseco HD bergandingan dengan rod dari Howard dan juga crank dari Manley bagi penjanaan yang lebih padu.   

Udara yang berada di dalam enjin disejukkan pula dengan penggunaan intercooler Blitz berukuran 5 inci. Penyejukkan bagi enjin pula diperhebatkan lagi dengan penggunaan radiator FWIN dibantu pula ‘radiator shroud’ dari Racetech. Untuk menyampaikan bahan api ke bahagian enjin dengan lebih lancar, pam Walbro 450 telah digunakan yang kemudiannya akan menghantar terus ke pelaras Fuelab dan seterusnya ke injektor FIC bersesaran 2150cc yang akan memancitkan bahan api terus dalam ruangan kebuk.

Bagi melaraskan kuasa ke tahap yang lebih bertenaga, nadi jentera ini telah digandingkan dengan sistem ecu milik Microtech LT10c. selain itu jentera ini juga dilengkapi dengan Microtech Dash Meter serta Turbosmart Eboost 2 bersama. Kuasa yang dihasilkan seterusnya disampaikan ke bahagian roda melalui kotak gear lengkap 4WD Evo 3 lengkap dengan klac Twinplate HKS. Kotak gear tersebut diperkasakan lagi dengan padanan LSD tengah ATS Tarmac. Unit LSD depan digunakan dari ATS manakala belakang pula dari Cusco RS. 4 kaki jalan… ada bran???

Bagi sesebuah jentera perlumbaan, tahap keseimbangan perlu di fokuskan lebih bagi memastikan jentera ini boleh dipandu dalam keadaan yang sangat lask dan ekstrem. Oleh yang demikian, jentera ini telah dipakaikan dengan set suspensi BC ER yang telah dikustomkan dan di tala oleh pihak AHM Technik. ‘Lower arm’ dan Subframe pula digunakan dari SRF Fabrications. Jentera ini turut dilengkapkan lagi dengan ‘bushing’ dan gear cesi dari Racetech. Untuk keselamatan terhadap pemandu dan pegangan badan yang lebih kukuh, jentera ini kemudiannya telah dipasangkan dengan ‘rollcage’ Safety 21. Untuk pemberhentian yang lebih cekap, sistem brek Brembo 4 pot telah dipasangkan di bahagian depan diperhebatkan lagi dengan rotor Girodisc serta pelapik brek dari EBC Yellow.

Ruang dalaman jentera ini tampak ringkas dengan padanan stereng Momo F1 bersama-sama tempat duduk Sparco Sprint L lengkap dengan tali pinggang keledar Takata 4 point dan 6 point dari Sabelt.

Untuk penampilan luar pula, jentera ini dipasangkan dengan kit badan Evo III disamping bumper Cruisepower serta fender sisi yang dikustomkan dan spoiler ARC Evo III dibelakang. Jentera ini juga telah dilengkapi dengan suis pengawal ‘cut-off’ dari Sparco. Tampak lebih bergaya, jentera ini diperhebatkan lagi penggunaan rim Advan Racing berukuran 17 inci dibaluti pula dengan tayar Hankook Ventus Z221 Medium 255/40R17. Untuk ketahanan yang lebih padu, rim tersebut telah diikatkan dengan stud roda dari ARP.

Untuk menghasilkan jentera hebat ianya buka satu perkara yang mudah. Keseluruhan jentera ini telah mendapat hasil tangan dari pihak Fatboy Racing sendiri, Millenium Motorsports, RNR Auto, Shaiful Azri Racing Parts, Squirtparts, Advan Racing Autoparts, Powa Racing serta SRF Fabrications yang mana kesemuanya telah menyumbang hasil-hasil kerja yang amat mengagumkan. Akan tetapi, amat menyedihkan apabila jentera ini telah direhatkan oleh si pemilik buat selama-lamanya…

Persoalannya sekarang, siapa JINKL???

                    

Spesifikasi Shift!

Kereta : Proton Wira

Modifikasi Enjin : Mitsubishi 4G6X Future Racing, Nasty Portflow CNC Port Head, Piston WisecoHD, Rod Howard , Crank Manley, blowoff Synapse , Oilcatch Moroso , Injector FIC 2150cc , Intercooler Blitz 5inci, Turbo dan Manifold Forced Performance Ballbearing, Fuelab Fuel regulator, Fluidampr mainpulley, AEM campulley, Wastegate Turbosmart 45. Milspec wiring RNRAuto. Radiator FWIN. Oil Cooler Greddy. Kelford TX276HL , Kiggly Beehive Valvesprings & HLA. ARP Bolts. Racetech Crankscrapper. Intercooler Piping Stainless Steel. Walbro 450 fuel pump. Intake JUN. Racetech Radiator Shroud. Exhaust MFWorks

Transmisi : Evo3 4WD , ATS Tarmac LSD tengah, ATS LSD depan, Cusco RS LSD belakang, HKS Twinplate Clutch.

Elektronik : Microtech LT10c , Turbosmart Eboost2, Microtech Dash Meter.

Suspensi & Cesi : Customized BC ER Suspension, AHM Technik Setup, Lower Arm & Subframe SRF Fabrications. Racetech bushing chassis dan gear.. Rollcage Safety 21

Sistem Brek : Brembo 4 Pot, Girodisc Rotors, EBC Yellow Pads

Roda & Tayar : Advan Racing 17x9jj , Hankook Ventus Z221 Medium 255/40/17, ARP Wheelstud

Dalaman : Momo F1 steering,   Sparco Sprint L, 4 Point Takata , 6 Point Sabelt

Luaran : Evo3 Bodykit, Bumper Cruisepower, Fender  Custom. Sticker by Yaxan, Sparco remote cutoff switch, Spoiler ARC Evo3

Bengkel & Tuner : Fatboy Racing, Millennium , RNR Auto, DraxEcu, Shaiful Azri Racing Parts. Squirtparts. Advance Racing Autoparts. Powa Racing. SRF Fabrications

 

Share.

About Author

Leave A Reply