Proton Satria – Red Warrior

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Jentera Buatan Malaysia ada pelbagai model, tetapi kereta yang popular pula hanya ada beberapa sahaja termasuklah Proton Satria. Sebab apa Satria dikatakan popular? Lihat la disekeliling anda, jentera apa yang selalu menjadi pilihan untuk di naik taraf, jentera apa yang selalu digunakan untuk sukan bermotor seperti drag, rali, grassrot dan juga trek? Jelas bukan jawapan ini…

Satria bukan sahaja nampak menarik, tetapi kesesuaiannya untuk diubahsuai bagi pelbagai tujuan juga merupakan satu aspek penting yang membuatkannya menjadi popular. Dengan segala aspek yang diambil kira, model seperti ini sentiasa mendapat perhatian untuk ditransformasi oleh peminatnya.

Sedikit demi sedikit jentera milik Kapai dari Fastwork Garage ini dinaik taraf oleh pemiliknya yang juga seorang mekanik berpengalaman. Dari bekerja di Singapura hinggalah di JB sekarang, beliau sentiasa fokus dalam menghasilkan sesuatu yang akan membuatkan diri beliau berpuas hati dengan setiap hasil kerjanya. Proton Satria yang bernadikan enjin 4G93 antara jentera yang menjadi uji kaji beliau sebelum diturunkan kepada jentera-jentera yang ingin diubah suai yang lain.

Kepala silinder serta blok enjin ini telah dilakukan ubah suai oleh pihak Fastwork sendiri mengikut ukuran mereka yang tersendiri bagi menhasilkan puncak kuasa yang lebih maksimum serta selamat. Segalanya telah dilakukan mengikut perkiraan yang berhati-hati supaya tidak keterlaluan sekaligus membuatkan kuasa yang sepatutnya hilang tanpa dikesan. Kelihatan juga enjin ini dipasangkan dengan paip intake gentian karbon dari B.S.R.

Penyampaian bahan api dari tangki utama dilakukan melalui pam 255lph yang menyalurkannya terus ke pelaras milik MFR dibantu kelancarannya dengan pemakaian hos dari Earls. Gas karbon hasil pembakaran dari ruangan kebuk dihantar keluar melalui unit ekstraktor Cusco 4-2-1 seterusnya ke perendam bunyi HKS Windmaster yang diikat kukuh di bahagian belakang jentera ini.

Kotak gear 5 kelajuan yang lengkap dengan final drive 4.3 dan klac OS Giken Super Single sudah bersedia untuk menghantar kuasa ke bahagian roda tanpa ada sebarang masalah. Gabungan yang hebat serta talaan yang hanya dilakukan menggunakan ecu asal, nadi ini masih lagi mempamerkan hasil kuasa yang tidak mengecewakan pemiliknya.

Untuk tahap kestabilan yang lebih baik bagi setiap sesi pemanduan, pemiliknya ini telah mengenakan sistem penyerap hentak dari APM Motorsport untuk bahagian hadapan manakala 6K untuk belakang dan tidak lupa juga ‘pillow ball’ Tein yang turut digunakan. Selain itu, jentera ini turut dipasang dengan ‘anti-roll bar’ Ultra Racing serta strut bar Cusco di bahagian hadapan. Sistem brek Satria GTi telah mengambil alih tugas brek yang asal dan dipadankan bersama-sama pelapik brek Ferodo untuk kuasa berhenti yang lebih cekap.

Keseluruhan bahagian luar dan dalaman jentera ini telah mendapat salinan lengkap model Satria GTi. Di bahagian papan pemukanya dipasangkan dengan meter Defi Race tekanan minyak dan suhu air serta ‘shift light’ dari Pivot. Stereng Sparco pula dipasang untuk kuasa mengemudi yang lebih menyeronokkan.  Untuk bahagian luar, kit badan GTi ini trurt dipasangkan dengan lip hadapan dari R3 dan dilayangkan pula warna Merah teksi yang diserlahkan lagi dengan lapisan 2K. Penampilannya tampak lebih hebat apabila dikenakan pula dengan rim Works RSZ Gamma berukuran 15 inci bersama padanan tayar GT Radial SX2 di hadapan.

Jika anda semua tahu, bengkel Fastwork Garage ini merupakan sebuah bengkel yang telah banyak menghasilkan jentera-jentera berpresti dan ubahsuai baik dari Malaysia serta Singapura. Hasil kerja mereka tidak pernah mengecewakan. Dan baru-baru ini juga, mereka telah menghasilkan beberapa buah jentera bagi tujuan perlumbaan litar. #masehar

Spesifikasi Shift!

Kereta : Proton Satria

Modifikasi Enjin : Enjin 4G93, FWG  spec head works, FWG spec lower block works, NGK racing spark plug, B.S.R cf intake pipe, Airinx air filter, MFR fuel regulator n 255lph fuel pump, Earls fuel delivery hose n fitting, Cusco 4-2-1 extractor, HKS Windmaster muffler

Transmisi :5 speed fd 4.3, clutch OS Giken Super Single

Elektronik : asal(sementara)

Suspensi & Cesi : APM motorsport 8k(d) 6K(b), Tein pillow ball, Ultra Racing anti-roll bar, Cusco strut bar

Brek : Stock GTI with Ferodo brake pads

Roda & Tayar : Works RSZ Gamma 2pcs tayar GT Radial SX2 195/55/15

Dalaman : Satria GTi kecuali meter n karpet, Defi Race Red (oil press  n water temp), pivot shift light, stereng sparco

Luaran : satria GTi, lip depan R3, colour Taxi Red 2k

Bengkel : Fastwork Garage Bandar Baru Seri Alam Masai

Share.

About Author

Leave A Reply