Proton Satria Neo R3

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Jenama tempatan sentiasa menjadi idaman…

Satu jenama tempatan yang sangat popular adalah Proton Satria. Bukan sahaja untuk digayakan bagi kegunaan harian mahupun hujung minggu, tetapi ianya menjadi pilihan utama dalam beberapa siri perlumbaan untuk dijadikan mesin pertaruhan bukan sahaja di Malaysia malah juga di luar negara. Kalau anda semua tahu, jentera Proton Satria Neo telah digunakan dalam perlumbaan IRC (International Rally Challenge) yang dikenali sebagai Proton Satria Neo S2000.

Ini merupakan sesuatu yang cukup membanggakan apabila ada pasukan luar yang menggunakan jentera tempatan bagi perlumbaan bertaraf antarabangsa dan lebih mengembirakan adalah mereka menampilkan prestasi yang sangat cemerlang pada setiap perlumbaan.

Proton Satria Neo didatangkan dengan enjin Campro CPS yang memiliki kekuatannya yang tersendiri. Namun, bagi pemilik Satria Neo R3 yang ditampilkan ini, ianya belum cukup memuaskan. Oleh yang demikian, keseluruhan enjin dirombak semula dan dipadankan dengan beberapa peralatan lebih berprestasi antaranya piston beketahanan tinggi berukuran 76mm, ‘crankshaft’ dan stroker 4G18, bearing berjenama King dikeseluruhan enjin, serta aci sesondol dari Matspeed.

Kepala silindernya juga telah melalui proses ‘port n polish’ bagi memberi pelawasan sistem pengudaraan keluar dan masuk ke dalam ruangan kebuk. Tampak lebih menarik pada enjin ini adalah intake gentian carbonnya milik Lotus R3. Unit ambilan udara dibantu dengan penggunaan penapis dari K&N. gas karbon monoksida hasil dari pembakaran kemudian di tolak keluar melalui ekstraktor 4-2-1 yang dibaluti kain kedap pemanasan.

Kuasa yang dihasilkan oleh enjin ini diperkasakan lagi dengan pemakaian unit ecu MegaSquirt V3 ditala oleh Wak Rejal. Kotak gear yang telah dilengkapi klac Exedy 3 kaki akan memastikan kuasa dari enjin akan disampaikan ke bahagian roda dengan lebih cekap dan pantas tanpa sebarang masalah.

Sistem suspensi Zerone SSR 700 dipasangkan di bahagian depan dan belakang manakala ‘caster’ nya pula telah dikustomkan dari Husaien Traction bagi mendapatkan tahap kestabilan yang lebih baik serta kawalan lebih baik semasa jentera ini di pacu di atas jalan raya. Untuk pemberhentian, kaliper brek asalnya telah dipasangkan dengan pelapik Ultrex 700° yang mencengkam erat pada rotor rekaan kustom.

Ruang dalaman jentera ini masih lagi dalam keadaan asal dan cuma ditambah dengan bar dari Ultra Racing untuk memberi lebih kekuatan pada cesi badannya. Di atas papan pemuka dipasangkan dengan meter Defi ZD serta stereng Momo Tuner yang dipadankan bersama tombol gear dari R3.

Dari segi luarannya pula, jentera ini tampak lebih hebat apabila dikenakan dengan bumper hadapan berkonsepkan jentera S2000 ditambah pula hood hadapan gentian karbon rekaan kustom, cermin sisi dan ‘lining’ R3 juga dari bahan gentian karbon. Akhir sekali, rim Volk Racing CE28 yang dibaluti tayar Hankook RS4 berukuran 15 inci mengambil tempat masing-masing.

Mengikut info, jentera hasil tangan Man Garaz ini merupakan salah satu jentera ‘top 30’ WDG Trackday di Sepang. Masa terpantas yang pernah dicatatkan adalah 2.56saat. Boleh tahan!

Spesifikasi Shift!

Kereta: Proton Satria Neo R3
Enjin: Campro Cps
Modifikasi Enjin: Piston Art High Compression 76mm, Crankshaft 4g18, Stroke 4g18, King bearing, Matspeed High Cam 278° intake 260° exhaust, Head Port and Polish, Ceramic Coating Piston&Head&Exhaust Port, Plug Coil K20, Brisk racing spark plug. R3 Lotus carbon fiber intake, K&n air filter. Extractor 4-2-1 with heat shield wrap.
Elektronik: MegaSquirt v3 Tune by Wak Rejal
Transmisi: Exedy 3 puck


Brek: Ultrex 700 degree brake pad, Slotted and drilled brake disc
Tayar & Rim: Hankook RS4 195/50/15, Rays Ce28
Suspensi & Cesi: Zerone SSR 700 8k front 6k rear, Caster by Husaien Traction.
Luaran: Custom S2000 Concept Front Bumper, Custom Carbon fiber Hood, Side mirror carbon fiber, Lining R3 carbon fiber
Dalaman: Ultra Racing bar, Defi Zd, R3 gear knob, stereng Momo Tuner
Bengkel & Penaja: Man Garaz, Adra Coat, Husaien Traction
Pemilik: Mohamad Alif b Abdul Rahim

Pencapaian :
Top 30 WDG Trackday Sepang Circuit timing 2.56s
RJMT GenX MIMC category campro no. 5
Fleet Oil Sucimuci Elite Circuit no. 4

Share.

About Author

Leave A Reply