Proton Satria GTi – Super Star

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Setiap jenama yang menghasilkan sesebuah kenderaan itu pastinya akan memperkenalkan paling kurang sebuah model yang pastinya menjadi rebutan ataupun sebutan dikalangan para peminatnya. Jenama tempatan kita tidak ketinggalan untuk menghasilkan beberapa model hebat bagi memenuhi permintaan penggunanya di sini. Proton memang satu nama yang tidak asing lagi dikalangan peminat kereta tempatan. Pastinya anda semua tahu, mereka ada menghasilkan beberapa model yang sangat menjadi rebutan seperti Putra dan juga Satria GTi.

Kenapa ianya menjadi rebutan??? Sudah pasti kerana spesifikasi yang didatangkan pada model tersebut menjadi perhatian utama terutama sekali nadinya serta aksesori berjenama yang terdapat di dalamnya. Walau bagaimanapun, ramai pemilik tidak akan pernah puas dengan apa yang dimiliki. Oleh yang demikian, pemilik jentera Proton Satria GTi yang dipaparkan pada kali ini telah memastikan mekanik yang dipertanggung jawabkan merombak semula keseluruhan enjin ini untuk menjadi lebih berkuasa.

Nadi barunya ini boleh digelar sebagai Mivec 1.8 atas gabungan serta adunan yang telah dilakukan pada keseluruhannya. Bahagian blok telah dipasangkan piston Mivec ART berukuran 82mm. kepala silindernya pula diperhebatkan dengan penggunaan aci sesondol 304’ dan diikat bersama pulley boleh laras milik Arospeed. Unit ambilan udara milik enjin B18 Type R telah diikat bersama throttle body S90 digunakan bagi penjanaan kuasa lebih bertenaga. Udara yang memasuki ke dalamnya pula ditapis melalui kotak angin rekaan Sard.

Radiator aloi dari ARC ditugaskan untuk menyejukkan enjin dengan lebih baik. Gas karbon dari ruang pembakaran seterusnya dihantar keluar melalui paip ekzos berukuran 2.3 inci secara keseluruhannya. Tidak dilupakan, sistem penyampaian bahan api dibantu oleh pelaras berjenama Sard untuk memastikan bahan bakar tersebut sampai ke tempat sepatutnya dengan lebih terkawal.

Kuasa yang telah dihasilkan oleh enjin di sampaikan ke bahagian roda menggunakan kotak gear manual yang lengkap klac Exedy 6 spoke di dalamnya. Talaan enjin menjadi lebih mantap dengan adanya unit ecu dari Haltech SP 500 yang membantunya.

Jentera ini turut dilengkapi dengan sistem suspensi boleh laras ZerOne HLSH yang membolehkan ianya dilaras mengikut kehendak pemandunya serta mempunyai keselesaan lebih baik berbanding yang lain. Selain itu, cesi badannya turut diperkukuhkan lagi dengan pemasangan arm aloi dari jenama yang sama serta bar atas dari Ultra Racing.

Sistem pemberhentiannya masih lagi dikekalkan milik GTi yang mampu lagi menahan kelajuan yang mampu dihasilkan oleh enjin tersebut.

Ruang dalaman jentera ini pula menampilkan rupa baharu apabila papan pemuka asalnya telah diganti milik model Mivec. Turut kelihatan meter ZD serta Defi 3 beradik utelah mengambil tempat yang telah ditetapkan. Sesi pemanduan menjadi lebih bertenaga dengan padanan tempat duduk Recaro milik Civic EK9 bersama-sama stereng personal dan juga ‘short shift’ di sisinya.

Rupa luarannya diperhebatkan dengan pemasangan cermin sisi Ganador serta beberapa aksesori gentian karbon merangkumi hood hadapan, fender sisi serta spoiler belakangnya.

Untuk memastikan jentera ini data berkhidmat dengan cemerlang, pemiliknya telah memberi kepercayaan kepada pihak Cams Pro Auto di Pontian Johor untuk menaik taraf jentera ini seperti sekarang. Dyno Torque Racing pula telah bertindak sebagai penala untuk memastikan jentera ini mampu beraksi dengan lebih sempurna. Pihak Smartworkshop juga dari Pontian memastikan kawasan ‘bay’ enjin jentera ini kelihatan lebih menarik dengan hasil kerja mereka yang cukup teliti. Setelah ditala, enjin ini telah merekodkan kuasa yang mampu dihasilkan sehingga 205 kuasa kuda….

 

Spesifikasi Shift!

Kereta : Proton Satria GTi

Enjin : Mivec 1.8

Modifikasi Enjin : Piston Mivec ART 82mm, hi-cam 304, ARP stud, Arospeed campulley, fuel regulator Sard, S90 throttle body, intake Type R B18, alloy radiator ARC, stainless steel pipe, air box Sard steel, 2.3 inch exhaust piping

Transmisi : Clutch Exedy 6 spoke

Elektronik : Haltech SP 500

Suspensi & Cesi : ZerOne adjustable HLSH, arm alloy ZerOne, upper bar Ultra Racing

Brek : Original GTi

Roda & Tayar : Rim TE37, tayar Toyo Proxes R888 (depan) R1R (belakang)

Dalaman : Dashboard Mivec, ZD + Defi 3 beradik, seat Recaro EK9, stereng Personal 3 spoke, short shift

Luaran : Side mirror Ganador, front hood+fender+spoiler CF

Bengkel & Tuner : Cams Pro Auto Pontian, Smartworkshop Pontian (engine bay), Dyno Torque Racing Permas

Kuasa : 205hp

Foto : Zul Yusri

GALERI : 

 

Share.

About Author

Leave A Reply