Proton Satria 4G63T ESR Garage – Adrenaline Rush

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Drag! Satu cabang sukan bermotor yang tidak asing lagi untuk peminat sukan permotoran. Sukan yang menjanjikan seribu satu kepuasan untuk mereka yang mengambil bahagian samada sebagai peserta ataupun penonton. Acara yang disertai oleh jentera berkuasa tinggi yang telah dinaiktaraf secara maksima. Acara ini lebih dikatakan releven di hati penggemar jentera berprestasi kerana mudah untuk diaplikasikan terhadap jentera jalanan masing-masing. Cukup berbeza dengan cabang sukan permotoran yang lain, sukan lumba drag ini dilihat lebih popular kerana menguji kepakaran mekanik menaiktaraf jentera, kemahiran ‘tuner’ dalam menala enjin dan faktor yang paling utama adalah kos pelaburannya yang tinggi.

Jika paparan utama sudah menceritakan sebuah jentera terhebat di negara ini, paparan sampingan ini juga tidak harus dibiarkan sambil lewa dalam aspek pemilihan jentera. Untuk menjamin kepuasan pembaca dan lebih nilai dari pelaburan pembelian senashkah majalah ini, kami tampilkan sebuah lagi jentera ESR Garage yang tidak kurang hebatnya juga. Walaupun jentera ini baru sahaja siap dan masih dalam proses penyelidikan dan pembangunan, namun hasilkan cukup menakjubkan.

Menggunakan nadi kuasa dengan kod pengenalan 4G63T yang diambil dari Mitsubishi Lancer Evolution 3, ianya tidak dibiarkan dalam keadaan yang asal. Rombakan berskala mega telah dilakukan untuk mencapai kuasa yang maksima. Komponen dalaman yang utama talah diganti kepada yang lebih kukuh. Piston berukuran 86mm dengan kapasiti 10.1:1cr mengambil alih tugasnya dari yang asal. Unit tersebut diikat pada batang rod ciptaan Manley. Blok enjin dan kepala silinder dicantumkan dengan menyelitkan gasket jenama toda. Bahagian kepala silinder tersebut juga telah mendapat sentuhan pakar dari Nasty Port Flow yang bertanggungjawab memastikan aliran di ruangan ini lancar. Aci sesondol asal diganti kepada yang berdurasi lebih tinggi dari jenama BC beserta komponen sokongannya yang lebih padu termasuklah valve spring retainer, valve serta valve guide.

Tugas ambilan udara ‘intake manifold’ diserahkan kepada barang buatan Magnus lengkap dengan throttle body berukuran 90mm. Aliran bahan api pula emndapat khidmat fuel pump jenama Bosch 044 kemudiannya distabilkan oleh fuel regulator jenama Works Engineering sebelum disuntik ke kebuk pembakaran enjin menerusi 4 unit injektor jenama ID berkapasiti 2000cc. reaksi thermal yang berlaku akan menghasilkan gas yang disalur keluar menerusi sistem ekzos rekaan ADM.

Kuasa yang terhasil dari gabungan komponen berprestasi seperti yang disebutkan di atas telah mendapat sokongan dari kotak transmisi asal nadi ini tetapi mendapat bantuan dari sistem klac terbaik berkapasiti plat berkembar dari Quater master. Projek naiktaraf ini telah diselaraskan menggunakan kotak komputer perlumbaan dari jenis Link G4+. Proses talaan jentera ini telah diberikan kepada Dinn Dynamic Tuning yang popular namanya di kalangan tuner terbaik di negara kita.

Cengkaman tayar amat diperlukan dalam usaha menghasilkan catatan masa yang terbaik. Oleh sebab itu, jurutera jentera ini telah melantik tayar jenis perlumbaan drag dari jenama Hoosier dengan durasi 28×14.5 membalut rim weld berukuran 15 inci di bahagian hadapan dan tayar M&H berukuran 26×4.5 membalut rim TE37 bersaiz 15 inci dibahagaian belakang.

Pasti ramai merindui aksi jentera-jentera hebat di Litar Antarabangsa Sepang. Namun begitu, usahlah gusar kerana dikhabarkan kita bakal ada litar drag sebenar yang kini dalam pembinaan. Semoga dipermudahkan semuanya…amin.

 

Spesifikasi!

 Modifikasi enjin : Block evo3, piston 86mm 10.1:1cr, conrod manley, head gasket toda, timing belt toda, port polish nasty port flow (NPF), bc camshaft complete valve spring retainer, ferrea valve, ferrea valve guide, AVS spark plug, intake manifold magnus, throttle body 90mm, exhaust manifold adm, fuel pump bosch 044, fuel regulator works, injector id2000cc, oil catch tank custom, head stud arp.

Transmisi : Quater Master twin plate, evo3 gearbox.

Elektronik : Ecu link G4+, oil press work.

Suspensi & cesi : Custom engine mounting, tien belakang dan depan.

Brek: Depan oem, Blkg tiada

Rim&tayar: rim weld 15″ + hoosier semi 28×14.5

Rim te37 + m&h 26×4.5

Dalaman: Sparco seat

Luaran: fender bumper bonet evo3

Bengkel: ESR GARAGE

Tuner: Dinn Dynamics Tuning

 

Share.

About Author

Leave A Reply