Proton Saga FLX – The Game

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

3 tahun diambil untuk menjadi seperti sekarang!!!

 Sekiranya lihat pada sudut luarannya, mungkin anda menyangka Proton Saga FLX ini tiada yang berbeza dengan kereta-kereta lain. Mungkin ini disebabkan penampilan luarannya seolah-olah tampak biasa tanpa sebarang kit badan yang menonjol untuk membuktikan ia sebuah jentera sudah menjalani naik taraf.

Jentera kepunyaan William Low ini sebenarnya sudah dibelanjakan hampir RM25,000 untuk dimodifikasi secara keseluruhan bermula  daripada bahagian enjin, transmisi, suspensi, sistem brek dan juga ruang dalaman. Menurut Low, dia mengambil masa tiga tahun untuk menyiapkan jentera ini yang dinaik taraf secara berperingkat.

Sebaik membuka bonet hadapan, kelihatan enjin asal yang masih tegap menghuni di dalamnya. Namun begitu beberapa ubahsuai telah dilakukan untuk memberi lebih kepuasan kepada pemiliknya ini antaranya penukaran kepada piston berprestasi tinggi, selain menggunakan cam pulleycrank pulley dan pelaras bahan api dari jenama Works Engineering.

Pam bahan apinya pula menggunakan komponen berprestasi Walbro 255lph untuk penyampaian lebih cekap dan pantas. Sistem ekzosnya juga dinaik taraf dengan pemasangan manifold dan paip saluran utama yang ditukar serta dilengkapi peredam Kakimoto Hyper Rev pada bahagian hujungnya.

Uniknya lagi, sistem transmisi jentera ini telah ditukar daripada kotak gear CVT kepada lima kelajuan manual yang turut dilengkapi sistem LSD rekaan kustom. Tidak cukup dengan itu, ia turut dilengkapi dengan klac enam kaki serta penutup klac perlumbaan Exedy yang bertujuan menyampaikan kuasa ke bahagian roda dengan lebih cemerlang.

Sistem suspensi boleh laras BC Racing telah dipadankan bagi memberi kestabilan semasa pengendalian yang turut dibantu bersama-sama set lengkap bar Ultra Racing. Bagi memberhentikan jentera yang dilengkapi enjin yang kini sudah mencecah 120hp, sistem hentian bagi jentera ini diperhebatkan dengan menggunakan kaliper brek Honda RA6 (Honda Odyssey) yang turut dilengkapi hose tahan karat.

Penampilan luarnya pula masih lagi standard cuma dilengkapi kit badan SE serta bonet yang mempunyai scoop hadapan rekaan khas. Jentera ini tampak unik apabila menggunakan rim berbeza iaitu Wedsport TC05 di hadapan, manakala Kosei K1 di belakang dibaluti tayar Yokohama Advan Neova AD08R keseluruhannya.

Menjengah ruang dalamannya, kelihatan seat bucket Recaro diikat kemas untuk pemandu disertakan bersama tali pinggang bewarna merah. Selain itu, beberapa peralatan lain turut dipasangkan pada jentera ini seperti stereng Momo dan deretan meter Works  (oil press,oil temp,water temp,ext remp)

Jentera ini adalah hasil tangan pemiliknya sendiri yang mana dia juga merupakan pemiliki bengkel Wah Thai Car Cooler Centre, Cheras, Selangor.

Spesifikasi Shift!

Kereta : Proton Saga FLX

Enjin Asal : Campro 1.6

Modifikasi Enjin : High compression piston, Works Engineering cam pulley, Works Engineering crank pulley, Works Engineering fuel regulator, Walbro 255lph, Brisk Racing plug, intake piping with tig welding, HKS mushroom air filter, super circuit exhaust manifold with full set s/steel piping, Kakimoto Hyper Rev muffler, Evo oil cooler, braided oil cooler hose, high pressure oil pump

Elektronik : Stock

Transmisi : 5 speed manual with custom LSD, Exedy Racing clutch cover with custom 6 puck clutch

Brek : Honda RA6 brake caliper , s/steel brake hose, Redline dot4 brake oil

Roda & Tayar : Wedsport TC05 (depan), Kosei K1(belakang), tayar Yokohama Advan Neova AD08R Suspensi & Cesi : BC V1 adjustable (depan) 8k (belakang) 5.5k, full set Ultra Racing bar, lower arm custom bush (teflon)

Luaran : Original SE bodykit + custom bonnet scoop

 Dalaman : Recaro SPG bucket seat, red seat belt, Momo drifting steering, NRG bosskit, Works Engineering gauge 4pcs (oil press,oil temp,water temp,ext remp), CAG OB2 information meter, shift light

Bengkel & Penaja : Wah Thai Car Cooler Centre, Cheras, Selangor

Nama Pemilik :  William Low

Foto : Shah Bahulu@Adam Photography

GALERI :

Share.

About Author

Leave A Reply