Proton Putra – O.M.G

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Tiada kata secantik keretanya…

Jika anda seorang kaki ‘modified’ apa perkara pertama yang akan anda lakukan kepada jentera kesayangan anda? Pastinya anda akan menukar rim dan tayarnya dahulu bukan??? Ini tidak boleh disangkal lagi kerana majoriti rakyat Malaysia akan melakukan perkara seperti ini.

Kita tutup mengenai cerita menukar rim. Anda lihat jentera yang dipaparkan ini. Adakah ianya menarik? Cantik? Menawan? Memikat? Bagi saya, ianya merupakan sebuah jentera yang cukup sifatnya. Memiliki rekabentuk yang menarik, kemas, ditambah pula nadinya berkuasa dan bertenaga apabila dikerah sepenuhnya.

Proton Putra ini pada masa dahulu menjadi rebutan dek kerana pakej yang dipersembahkan ke dalam pasaran Malaysia suatu masa dahulu. Namun, bagi pemilik yang ingin lebih berkuasa di atasa jalan raya, mereka pasti akan menaik taraf enjin tersebut dengan nadi yang lebih berkuasa. Disebabkan itu, pemilik jentera Proton Putra ini telah menggantikan nadi asal 4G93P ini kepada nadi milik Mitsubishi Evo III 4G63T.

Nadi baru yang digunakan ini pastinya tidak dibiar dalam keadaan stok. Pemiliknya telah mengambil keputusan untuk menik tarafnya dengan beberapa ubahsuai yang dapat meningkatkan lagi penguasaannya.

Di bahagian blok menempatkan set lengkap piston 2JZ berukuran 86mm dipadankan bersama conrod VR4 dan juga kit stroker dari model yang sama. Keseluruhan bearing enjin telah digantikan dengan penggunaan bearing dari jenama King. Kepala silindernya telah melalui proses ‘port n polish’ dan seterusnya dipasang dengan aci sesondol Tomei 288° yang diikat pada pulley boleh laras Works. Spring injap dan retainer BC pula memastikan gabungan yang lebih mantap untuk jenaan kuasa lebih sempurna.

Sistem penghantaran bahan api dilancarkan lagi dengan penggunaan pam bahan api Walbro 450lph yang akan mengepam masuk terus ke pelaras Sard. Bahan api tersebut akan disampaikan melalui rel Works dan dipancitkan ke dalam bahagian kebuk pembakaran oleh injektor Sard bersesaran 800cc.

Beberapa peralatan prestasi lain turut dilihat dipasangkan pada enjin ini antaranya turbo Garret AR50, blow-off Blitz, power TR AVS, wastegate Precision Turbo, intercooler Greddy lengkap dengan sistem paip, header kustom dari Tonnka, radiator Koyo serta tangki air gantian Sard.

Janaan kuasa enjin menjadi lebih bertenaga dengan padanan sistem ecu Link G4+ Extreme dan juga Microtech X4 bersama-sama. Kuasa dari enjin kemudiannya disampaikan terus ke bahagian roda melalui kotak gear semi LSD yang dilengkapi klac OS Gikeb twin plate.

Sistem pemberhentian pula diambil lengkap milik Mitsubishi Evolution 7. Pelarasan kedudukan jentera ini pula dilakukan melalui sistem penyerap hentak boleh laras XYZ HLSH dilengkapi dengan ‘pillow ball’.

Ruang dalaman jentera ini tampak hebat dengan penggunaan tempat duduk bucket milik Evo 5 di bahagian depan dipadankan pula dengan stereng Momo Tuner. Meter bewarna putih ditambah pula dengan lampu biru dan hujai menyerlahkan lagi paparan di dalamnya. Pada papan pemuka telah dipasang dengan beberapa meter antaranya Defi Advance, meter boost, meter pengawal boost Greddy, unit pemasa turbo HKS dan beberapa aksesori lain di dalamnya. Lihat pada gambar sebagai rujukan.

Bahagian luaran tampil hebat dengan penggunaan pintu dari spec UK bersama-sama cermin cromax. Bumper hadapan Kansai dipasang menggantikan yang asal. Cermin sisinya pula dari bahan gentian karbon rekaan Race Craft manakala hoodhadapan juga dari bahan gentian karbon milik Mitsubishi Evo. Di bahagian belakang pula telah diikatkan dengan spoiler milik Mitsubishi Mirage. Jentera ini turut dipasang dengan sunroof yang diambil dari Mitsubishi Galant VRG untuk pengudaraan lebih sempurna disamping gaya yang tampak lebih menyerlah. Akhir sekali, rim Enkei RPF1 menjadi pilihan untuk dipadankan kepada badan jentera ini ditambah pula dengan tayar Kumho ECSTA KU36 keseluruhannya.

Pihak-pihak yang bertanggungjawab dalam menyumbangkan hasil kerja tangan sehingga lahirnya jentera ini adalah M Performance Garage (Shah Alam), 4Tuned Auto (Kajang) dan  ATR Mechanics (USJ). Talaan yang lebih sempurna pula dilakukan oleh Dinn Dynamics yang sentiasa terbukti dengan hasil kerja sememangnya tidak mengecewakan.

 

Spesifikasi Shift!

Kereta : Proton Putra

Enjin Asal : 1.8 4G93P

Modifikasi Enjin : 4G63T Evo III – piston 2JZ 86mm, conrod VR4, stroker kit VR4, Kings engine bearings, 288° Tomei cams, Works adjustable campulley, Super Kevlar 2 Timing Belt, Simota air filter, BC valve spring & retainer, Works campulleys, , AR50 Garret Journal bearing turbo (stage 2 by Tong Turbo), blow off Blitz, AVS Power TR, NGK blue plug cable, wastegate Precision Turbo, custom Tonkka header, Works fuel rail, Sard injector 800cc, Sard fuel regulator, Walbro 450lph fuelpump, GReddy intercooler + pipping, Koyo Radiator, Sard spare watertank, Regu R muffler with stainless steel piping

Elektronik/Management : Link G4+ Extreme & Microtech X4

Gearbox : Evo III Semi LSD, twin plate OS Giken clutch

Brek : Brembo Evo 7,  Endless brakepad

Tayar & Rim : Kumho Ecsta KU36 215/45/17 + Enkei RPF1

Suspensi : XYZ Evo3 HLSH + Pillow ball, Hardrace lower arm, Ultra Racing anti-roll bar, Ultra Racing side fender bar, Ultra Racing engine bar, Ultra Racing room bar

Luaran : UK spec doors + cromax, Kansai bumper, CF Racecraft side mirror, CF Evo hood, Mirage spoiler, Mitsubishi Galant VRG sunroof, ,4 wheel tank

Dalaman : Momo Tuner steering wheel + NRG quick release, white meter cluster (blue & green light), Evo 5 seat front, Defi Advance, GReddy boost controller, Defi boost meter, HKS turbo timer, gear knob japan, handbrake CF Evo 3 Japan, Ralliart knee rest, side arm driver rest, map drawer, Evo III dashboard + cup holder

Bengkel & Penaja : M Performance Garage (Shah Alam), 4Tuned Auto (Kajang) , ATR Mechanics (USJ), Tuned by Dinn Dynamics

Pemilik : Exad Hassan

Foto : Shah Bahulu@Adam Photography

GALERI : 

Share.

About Author

Leave A Reply