Proton Putra 4G63T – Something Unexpected

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Menjadi mesin popular pilihan ramai kepada peminat jentera berprestasi tinggi kerana kemampuan dan potensi yang ada padanya. Itulah 4G63T!

Nama Proton merujuk kepada Perusahaan Otomobil Nasional Sdn. Bhd. yang merupakan syarikat automotif yang utama di Malaysia. Dibangunkan pada tahun 1983 dan tampil dengan pengenalan model pertama mereka iaitu Proton Saga pada tahun 1985. Saban tahun, mereka telah banyak memperkenalkan model-model baharu dan terkini untuk terus bersaing dengan syarikat pengeluaran lain.

Dalam banyak model Proton, Putra merupakan satu model yang mendapat sambutan oleh ramai anak muda untuk menjadi ‘mangsa’ dinaiktaraf menjadi sebuah jentera yang hebat dijalanan. Mempunyai iras-iras Proton Wira dan hanya dibezakan dengan hanya pintu dua untuk si Putra manakala si Wira mempunyai empat pintu. Selain itu, Nadi penggerak yang asal untuk si Putra pula lebih berkuasa dengan kod 4G93 bersesaran 1.8 liter berbanding Wira yang datang dengan beberapa siri enjin berbeza kapasiti.

Faktor yang mendorong populariti jenama Proton Putra dijalanan juga adalah disebabkan produk tersebut dibangunkan berasaskan platform milik Mitsubishi yang berasal dari Jepun yang sudah bertapak kukuh di pasaran automotif dunia pada waktu tersebut. Maka dengan itu tidak hairanlah kita melihat model-model klon ataupun jadian jenama Mitsubishi yang berselindung di sebalik jenama Proton Putra.

Proton Putra menjadi pilihan ramai anak muda kerana karektor dan perwatakkan yang menarik pada ketika itu. selain itu juga, model tersebut telah menjadi pilihan ramai anak muda untuk dinaiktaraf berdasarkan potensi juga kemampuannya untuk menanggung beban kuasa yang lebih besar. Selain itu juga, lambakan alat ganti juga komponen berprestasi tinggi di pasaran menyokong kukuh untuk dinaiktaraf.

Jentera paparan kali ini menampilkan sebuah Proton Putra yang merupakan antara model yang menjadi pilihan ramai anak muda bukan setakat rupa dan rekabentuknya sahaja malahan dari segi prestasi serta kawalan pemanduannya yang dikuasakan oleh enjin 4G63 yang disokong dengan desakan kuasa sistem turbo. Namun disebabkan ketidakpuasan terhadap kuasa sedia ada oleh enjin asal tersebut, Pemiliknya telah beralih arah dengan mendapatkan juga sebuah enjin buatan Mitsubishi dengan kod pengenalan yang sama 4G63 tetapi dengan sokongan sistem desakan turbo dari model Mitsubishi Lancer Evolution III.

Enjin 4G63T tersebut tidak dibiarkan dalam keadaan asal sebelum disumbat ke ruangan enjin Proton Putra ini, sebaliknya telah menjalani proses rombakan dengan menempatkan komponen-komponen berprestasi tinggi dalam usaha melonjakkan kuasanya ke tahap yang maksima.

Kapasiti enjin asal 2.0 liter telah dinaiktaraf kebanyakkan komponen dalamannya termasuklah bearing yang mampu menahan asakan pada takat kuasa tinggi dari ACL Bearing. Paling diberikan perhatin pada bahagian kepala silinder enjin dimana di lokasi tersebut menempatkan dua batang aci sesondol berdarasi 264ᵒ dari HKS. Dihujung aci sesondol telah diikat rapi oleh sepasang camgear dari jenama Works Engineering.

Dalam usaha melonjakkan kuasa sedia ada, sistem induksi turbo asalnya telah diganti kepada yang lebih besar iaitu dari model TD06 20G. Kesemua sambungan pada unit turbo tersebut telah digantikan dengan paip binaan stainless steel. Tekanan udara yang terhasil pada sistem pendesak tersebut dilepaskan menerusi unit wastegate jenama Greddy Type S dan unit Blow Off Valve dari Greddy Type R. Reaksi thermal yang terhasil daripada proses pembakaran enjin akan menghasilkan gas karbon monoksida yang dilepaskan menerusi sistem ekzos ke paip berukuran 3 inci terus bersambungan ke perendam bunyi jenama HKS Hi-Power.

Beralih ke kotak transmisi asal Proton Putra telah diganti mengikut enjin 4G63T. 5 Kelajuan manual diperkasakan lagi dengan LSD dan cengkaman sistem klac super single Cusco. Operasi keseluruhan enjin yang siap dinaiktaraf ini telah dipantau oleh unit kotak komputer Haltech Sprint 500. Takat boost sistem turbo pula telah dikawal oleh unit elektronik Boost Controller jenama HKS EVC.

Pasangan tempat duduk Recaro Tommi Makinen Edition (TME) telah dipadankan dengan stereng OMP TME didalam jentera ini. Amat mengiurkan bila dilihat aksesori berkenaan terpasang hebat di dalam jentera ini. Papan pemuka Evo III yang turut dipasangkan pula menempatkan deretan meter Defi bagi memudahkan pemiliknya melakukan pemantauan di bahagian enjin.

Penampilan jentera ini tampak lebih menyerlah dengan penggunaan kit badan Evo III di bahagian hadapan yang turut dipasangkan dengan hood gentian karbon serta bumper hadapan J-Speed. Bumper belakangnya pula dipasangkan dengan bumper Putra UK spec yang sangat mengancam diperhebatkan lagi dengan penggunaan spoiler Mirage Asti dan cermin belakangnya lengkap berwiper yang ‘super duper’ rare!

Mutu dan kawalan pemanduan pula dipertingkatkan menerusi sokongan sistem suspensi boleh laras tahap kekerasan dan ketinggian dari jenama D&D. Suspensi tersebut tersorok disebalik set rim Rim Volk Racing TE37 berukuran 17 Incidengan tayar berprestasi jenama Toyo Proxes T1R berdurasi 225/45ZR.

Bukan satu tugas yang mudah untuk mengklonkan model sehebat Mitsubishi Lancer Evolution. Tapi usaha tersebut nyata berbaloi kerana kuasa yang terhasil menjadi lebih banyak dari model asal Mitsubishi Lancer Evolution III. Sahabat Garage & Autoparts (SGA), Seri Kembangan telah berjaya melakukan sesuatu yang hebat pada jentera ini.

 

 

 

Spesifikasi Shift!

Kereta: Proton Putra

Enjin: 4G63T Mitsubishi EVO3

Modifikasi Enjin: Piston & Conrod EVO VIII, Bearing Complete Acl Race, Head Port & Polish,  HKS Camshaft 264, Cam Pulley Works Engineering, Turbo Greddy TD06-20G, Wastegate Greddy Type S, Blow Off Valve Greddy Type R, Intercooler Greddy, Piping Intercooler Custom, Throttle Body Super90, Pam Petrol Walbro, Fuel Rail HKS, Injektor 560cc, Fuel Regulator Sard, Coil On Plug Custom, Custom Pipe Exhaust 3 inch & Muffler HKS Hi-Power.

 ECU & Elektronik: ECU Haltech Sprint 500 , Boost Controller HKS EVC.

Transmisi: Kotak Gear 5 Kelajuan EVO III, LSD & Set Klac Super Single Cusco.

Chasis & Kawalan: Adjustable D&D Hi Lo Soft Hard

 Brek: Caliper 4 Pot Lexus LS430 & Disc Brek Mitsubishi GTO 315mm (hadapan) & Standard (Belakang).

Rim & Tayar: Rim Volk Racing TE37 17 Inci & Toyo Proxes T1R 225/45ZR
Dalaman: Dasboard Evo, Tempat duduk Recaro TME, stereng OMP Tommi Makinen Edition, meter Defi (boost, fuel press, oil press, ext temp)

Luaran: Facelift EVO III, Hood CF EVO III,, Bumper Depan J-Speed, Sunroof, Side Skirt EVO III, Side Mirror CF Ganador, Bumper belakang Putra UK Spec, Cermin Belakang Berwiper, Spoiler Mirage Asti.

 Bengkel & Tuner: Sahabat Garage & Autoparts (SGA), Seri Kembangan

 

 

 

Share.

About Author

Leave A Reply