Proton Perdana – Blast Off

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Makin lama makin menawan…

Proton dan Mitsubishi merupakan satu nama yang amat sinonim kepada ramai penala kereta di Malaysia. Ini terbukti kerana kebanyakkan pengguna jentera berjenama Proton pasti akan mengubahsuai jentera mereka dengan peralatan dan juga aksesori dari Mitsubishi yang banyak terdapat di negara kita.

Dengan lambakkan itu jugaklah, ianya amat memudahkan para pemilik Proton untuk menaik taraf jentera masing-masing menjadi lebih berkuasa berbanding yang asal. Proton Perdana pada asalnya merupakan sebuah model yang dihasilkan dengan penampilan yang mewah diawal kemunculannya. Ia dahulunya digunakan oleh kebanyakkan pegawai kerajaan dan juga ahli-ahli korporat. Namun, setelah beberapa ketika, model Proton Perdana ini telah digantikan dengan beberapa model yang lebih baharu.

Oleh itu, dengan harganya yang lebih mudah untuk dimiliki pada masa sekarang telah membuatkan ramai peminatnya dahulu telah berjaya memiliki jentera ini serta dinaik taraf untuk tampak lebih berkuasa dan tampak hebat ketika dipandu di atas jalan raya.

Proton Perdana milik saudara Boy Rima ini merupakan sebuah jentera yang boleh dicontohi dengan naik taraf ringkas serta mampu menjanakan kuasa hebat. Enjin asal yang bersesaran 2.0 liter automatik telah dikeluarkan dari perut jentera ini dan kemudiannya digantikan dengan nadi dari Mitsubishi Evo III 4G63T. piston asal 4G63T tersebut telah dialih keluar dan dimasukkan pula dengan piston dari enjin Mitsubishi Pajero yang lebih besar. Kepala silindernya pula telah melalui proses ‘port n polish’ bagi memberi lebih kelegaan kepada pengudaraan yang keluar dan masuk ke dalam ruangan. Aci sesondol HKS 272° yang digunakan pula diikat bersama dengan pulley boleh laras rekaan kustom.

Keseluruhan enjin ini juga turut dimantapkan lagi dengan penggunaan bearing dari King. Pam bahan api Walbro pula memastikan bahan api dari tangki dapat disampaikan ke pelaras Sard sebelum dihantar ke dalam ruangan kebuk. Udara luar ditapis oleh penapis udara HKS sebelum dibawa masuk ke dalam enjin. Penyejukkan enjin pula dibantu dengan penggunaan radiator aluminium yang diikat kemas di bahagian hadapan enjin.

Gas hasil pembakaran dalam kebuk kemudiannya dihantar keluar melalui banana rekaan kustom terus ke paip ekzos yang diikatkan dengan muffler HKS Silent Hi Power di bahagian belakang jentera ini. Talaan enjin menjadi lebih berkuasa dengan pemakaian unit ecu GReddy E-Manage Blue yang akan memastikan penjanaan enjin lebih hebat dari yang biasa. Kuasa dari enjin kemudiannya disampaikan terus ke bahagian roda melalui kotak gear Evo III yang masih lagi berfungsi dengan baik.

Sistem brek bagi jentera ini pula diambil lengkap juga dari model Evo III serta dipadankan bersama pelapik brek Endless bagi tahap cengkaman yang lebih cekap semasa memberhentikan kenderaan. Sistem penyerap hentak boleh laras Mines HLSH telah menjadi pilihan untuk dikenakan pada jentera ini bagi memberi keselesaan dan juga lebih kestabilan semasa bergerak di atas jalan raya.

Ruang dalaman jentera ini masih lagi dikekalkan dengan yang asal tanpa sebarang ubahsuai yang terlampau kerana pemiliknya mementingkan keselesaan lebih-lebih lagi semasa memandunya bersama-sama keluarga. Rim TE 37 berukuran 17 inci dipasangkan untuk menampakkan lagi kehebatan jentera ini. Keseluruhan ubahsuai yang dilakukan oleh pihak WW Eastern Garage dan Aman Speedwork telah melahirkan sesuatu yang baru terhadap jentera ini!

 

Spesifikasi Shift!

Model : Proton Perdana SEi 2.0

Enjin Asal : SEi 2.0 auto

Modifikasi Enjin : Evo III 4G63T, Piston Pajero, Port n polish head, bearing King, extractor banana, fuel regulator Sard, fuel pump Walbro, hicam HKS 272, HKS air filter, radiator aluminium, HKS Silent Hi Power muffler

Elektronik : GReddy E-manage Blue, meter boost Apexi

Transmisi : Evo III LSD

Brek : Evo III,  brake pad Endless

Tayar & Rim : TE37 Rota, tayar 215/45/17

Suspensi : Adjustble Mines HLSH

Luaran : Bodykit Alfa

Dalaman : Asal Perdana

Bengkel & Penaja : WW Eastern Garage & Aman Speedwork

Pemilik : Boy Rima

Foto : Shah Bahulu@Adam Photography

GALERI : 

Share.

About Author

Leave A Reply