Proton Iswara – I’am Legend!

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Biar lama asal bergaya dan power!!!

Rasanya agak jarang atau memang tidak pernah model Proton Iswara menjadi paparan di dalam Shift. Akan tetapi, istimewanya keluaran kali ini adalah dengan adanya kelibat sebuah jentera Iswara ini yang telah dilakukan restorasi yang sangat memikat dan kemas secara keseluruhannya.

Ya, tidak boleh disangkal lagi, jentera keluaran tahun 1997 ini masih lagi mampu melakukan penampilan hebat di atas jalan raya negara kita. Dengan adanya peminatnya yang tersendiri, jentera ini mampu memberikan persembahan hebat kepada ramai orang di luar sana.

Hampir 2 tahun dan akhirnya dapat juga pihak kami merakamkan gambar jentera Proton Iswara milik saudara Ejam dari Negeri Bersejarah ini. Jika dilihat secara keseluruhan, pastinya sesiapa sahaja akan memberi komen positif terhadap watak yang telah ditampilkan ini. Ya, saya sendiri teruja apabila melihat kelibat jentera ini secara dekat.

Nadi asal jentera ini telah digantikan dengan penggunaan enjin 4G93 yang bersesaran 1.8 liter. Dengan kemampuan yang ada, pemiliknya telah melakukan naik taraf terhadap enjin ini. Kepala silindernya telah melalui proses ‘port n polish’. Seterusnya, ianya telah dipadankan bersama aci sesondol 272° dan diikatkan dengan pulley boleh laras dari HKS. Ruangan bloknya pula dihuni oleh piston yang diambil dari enjin Mivec.

Apa yang lebih menarik, intake manifold Skunk2 yang diikatkan bersama unit throttle body S90 turut dipasangkan bagi hasil kuasa yang lebih padu. Radiator aluminium Jasma menjadi pilihan untuk memastikan suhu jentera ini sentiasa berada pada tahap yang selamat. Kuasa yang dihasilkan akan dihantar keluar pada roda melalui kotak gear yang dilengkapi klac Triniti di dalamnya.

Suspensi boleh laras Tein telah dipilih untuk dikenakan di bahagian hadapan manakala suspensi belakangnya pula telah dikustomkan dan dipasang dengan spring milik Honda SM4 bagi memberi keselesaan disetiap sesi pemanduan. Untuk pemberhentian lebih cekap, sistem brek 4pot milik Toyota telah dipasangkan manakala dibelakang diambil dari model Mitsubishi VR4.

Bahagian dalaman jentera ini kelihatan lebih menarik dengan menampilkan tempat duduk Bride Low Max Carbon Kevlar. Papan pemuka LMST serta beberapa aksesori lain yang turut dibuat dari bahan gentian karbon turut membuatkan ruangan kokpit jentera ini tampak lebih hebat. Diatasnya dipasangkan dengan deretan meter Defi 5 beradik dan stereng Nardi sebagai pengemudi utama jentera ini.

Bahagian luarannya menampilkan identiti yang tersendiri. Skirt sisi VR4, hood hadapan Evo 3 gentian karbon kustom, sunroof milik Honda EG6 serta cermin sisi Spoon yang juga dari bahan gentian karbon menambahkan lagi kehebatan yang ada pada jentera ini. Spotlight “ketam” Iswara turut tidak dilupakan untuk memberi seri pada jentera ini.

Rim SSR Type C berukuran 16 inici yang dibaluti tayar Yokohama Advan Neova AD08R dipasangkan pada keempat-empat penjuru jentera ini bagi cengkaman lebih jitu pada permukaan jalan raya.

Setelah melihat jentera ini, apakah komen anda? Adakah ianya sama dengan yang lain? Ya, ianya cukup mengagumkan…

 

Spesifikasi Shift!

Kereta : Proton Iswara

Modifikasi Enjin : Enjin 4G93, hi-cam 272°, campulley HKS, piston Mivec, intake Skunk2, throttle body S90, Jasma radiator

Transmisi : Triniti 6 puck clutch

Suspensi & Cesi : Adjustable depan Tein, absober belakang custom, spring Honda SM4

Brek : Brek depan 4 pot Toyota, brek blakang VR Mitsubishi VR4

Roda & Tayar : Rim SSR Type C 16inci, tayar Yokohama Advan Neova AD08R 205/45R16

Dalaman : Bride Low Max carbon kevlar, dashbord LMST + carbon fiber , Defi water (temp, oil temp, oil press, vacum, volt), Nardi 3 spoke steering

Luaran : Side skirt VR4, lips LMSS , hood CF Evo3, sunroof Honda EG6, spotlight ketam Iswara, side mirror Spoon CF

Foto : Kenny Yeoh@eosguy

GALERI :

 

 

 

 

Share.

About Author

Leave A Reply