Perodua Kenari Aerosport – Mr. CupCake

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Mahu yang hebat? Duitnya juga kena lebat…

Peminat jentera kompak di Malaysia merupakan salah satu komuniti yang boleh dikatakan sangat besar dalam negara kita. Dengan pelbagai ubah suai dan naik taraf, kebanyakkan jentera-jentera dalam kategori ini mampu memberi tarikan yang sangat dasyat kepada para penggemarnya.

Tidak dinafikan, bagi mereka yang ingin bermain dengan jentera kompak memerlukan satu belanja yang agak besar dek kerana aksesori dan alat gantinya yang boleh dianggap istimewa dan sukar untuk dijumpai di Malaysia dan perlu diimport masuk.

Namun begitu, terdapat juga kedai-kedai ‘halfcut’ yang sentiasa membawa masuk pelbagai peralatan dan aksesori bagi jentera kompak ini disebabkan permintaan yang sangat tinggi di pasaran. Walaupun kadang-kadang terdapat harga peralatan tersebut adalah sedikit tidak masuk akal, tetapi ianya amat berbaloi jika dikenakan pada jentera-jentera kompak yang sentiasa dimanjakan oleh si pemilik.

Untuk jentera kompak pilihan pada kali ini, Shift memaparkan kepada anda sebuah Perodua Kenari Aerosport binaan tahun 2003 yang telah diubah suai dengan begitu bergaya sekali. Rangka badan asal jentera ini masih lagi dikekalkan namun kit badannya telah digantikan dengan pemakaian kit badan milik Daihatsu Move L9 Casual Urban Rapid.

Selain itu juga, beberapa aksesori lain turut dipasangkan pada jentera ini bagi kelihatan lebih hebat antaranya skirt sisi SRXX, spoiler belakang milik L9 4WD bersama lampu brek ke-3, bumper step L9, garnish krom, signal krom milik Casual L9, lampu belakang yang telah dikustomkan serta cermin sisi Ganador. Akhir sekali, badan jentera ini kemudiannya telah dilayankan dengan warna ‘orange pearl’ oleh Autocoat di Meru, Klang. Penampilannya tampak lebih bergaya dengan padanan rim Volk Racing TE37 berukuran 15 inci dibaluti pula dengan tayar Kumho ECSTA keseluruhannya.

 

Bagi menjana kuasa yang lebih sempurna, enjin asal yang bersesaran 1000cc telah dikeluarkan dan kemudiannya diganti dengan penggunaan nadi baru K3-VET milik Daihatsu YRV Turbo R beserta sistem transmisi automatik Tiptronic.

Enjin K3-Vet yang digunakan ini telah dinaik taraf dengan beberapa ubah suai antaranya proses ‘port n polish’ kepala silinder dan penukaran unit turbo asal kepada turbo milik Subaru. Selain itu juga, beberapa peralatan asal turut digantikan bagi memberi lebih kehebatan kepada nadi baru ini seperti pemasangan wastegate berukuran 38mm dari Tial, ‘down-pipe’ yang dikustomkan, blow-off Sheepdog, oil catch tank Cusco yang dapat memerangkap minyak berlebihan daripada memasuki semula ruangan enjin, unit injektor milik GSR CK, serta penggunaan intercooler Blitz yang diikatkan di bahagian hadapan jentera ini.

Bagi memastikan kuasa ini dapat bertindak lebih cemerlang, enjin ini juga telah ditala dengan menggunakan sistem elektronik dari AEM FIC yang akan lebih membantu dalam pelarasan kuasa yang lebih optimum dan bertenaga. Kuasa yang dihasilkan kemudiannya dihantar ke bahagian roda melalui kotak gear Tiptronic yang didatangkan bersama.

Sistem penyerap hentak boleh laras GAB telah dipertanggungjawabkan untuk memastikan kedududkan jentera ini boleh dilaras dengan sempurna disamping dapat memberi keselesaan kepada pemandu dan penumpangnya. Untuk pemberhentian yang lebih cekap, jentera ini telah dipasangkan dengan kaliper brek milik Honda Odyssey di bahagian hadapan serta dipadankan bersama pelapik brek dari Hendrix manakala sistem brek belakang masih lagi dikekalkan milik Kenari.

Ruang dalaman jentera ini juga turut diubah dengan penggunaan papan pemuka milik L9, tempat duduk bucket Bride Illest dengan ‘harness’ Takata bagi pemandu serta tempat duduk penumpang hadapan dan belakang baldu milik L9 RS. kelihatan juga beberapa peralatan menarik lain turut dipasangkan seperti stereng Momo Tiptronic, meter paparan YRV 220kmh, karpet Zebra Move American Metal, door trim yang telah dibaluti dengan fabrik memaparkan jenama Bride, panel pintu dan ‘inpane’ Black Marble L9 juga door step milik L9. Sistem hiburan jentera ini juga tidak kurang hebatnya bila mana ianya telah dipasangkan dengan pemain audio Pioneer yang digabungkan dengan Carrozeria, speaker Carrozeria L150 dan tweeter Carrozeria.

Pemilik jentera ini telah memberi kepercayaan kepada pihak LAI Automotive & Rangers Autopart di Kota Damansara untuk menampilkan jentera ini seperti yang dapat kita lihat sekarang!

 

Spesifikasi Shift!

Kereta : Perodua Kenari Aerosport 2003

Modifikasi Enjin : Daihatsu YRV Turbo R K3-VET, port n polish head, wastegate Tial 38mm, custom down-pipe, blow-off Sheepdog, oil catch tank Cusco, turbo Subaru, injector GSR CK, intercooler Blitz, exhaust piping 2”, muffler HKS hi-silent

Transmisi : Automatik Tiptronic

Elektronik : AEM FIC

Suspensi & Cesi : GAB adjustable, strut bar & rear upper bar Ultra Racing

Sistem Brek : Odyssey (depan) + Hendrix pads, asal Kenari (belakang)

Roda & Tayar : Rim Volk Racing TE37 15 inci 7jj, tayar Kumho ECSTA 165/50R15

Dalaman : Dashboard L9, seat Bride Illest (pemandu) + seat L9 RS Baldu, harness Takata, Stering MOMO Tiptronic, meter YRV 220kmh YRV Turbo R, karpet Zebra Move American Metal, door trim balut Bride, door panel & inpane Black Marble L9, side step L9

Audio : Player Pioneer, woofer Carrozeria, speaker Carrozeria L150, tweeter Carrozeria

Luaran : Kit badan Move L9 Casual Urban Rapid, side skirt SRXX, side mirror Ganador, lampu belakang kustom, spoiler L9 4WD + lampu brek ke-3, garnish krom L9, bumper step L9, signal krom Casual L9, sunroof L9,

Warna : Orange Pearl (Autocoat Meru Klang)

Bengkel & Tuner : LAI Automotive & Rangers Autopart Kota Damansara

Foto : Kenny Yeoh@eosguy

GALERI :

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Share.

About Author

Leave A Reply