Perodua Kelisa – Blue Crew

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Sekilas dan kelihatan seperti MINI Cooper tetapi tidak, anda salah. Ini adalah Kelisa X Mira Gino. K-car yang tempatan yang dilancarkan pada 2001 ini sangat popular hingga ke hari ini. Kereta yang mudah dikendali ini juga jimat bahan api dan mesra pengguna. Apa yang kurang ialah enjin yang lebih berkuasa kerana enjin 1-liter agak perlahan tetapi ia mencukupi untuk kegunaan seharian.

Mari kita mulakan dari bahagian luar kereta, pastinya ia tidak lagi kelihatan seperti asal. Penukaran sepenuhnya bahagian badan kepada Gino DSport. Turut dipasang ialah Lampu MINI Cooper, Scoop hud turbo, krom hiasan di sekeliling kereta dan lampu isyarat pada fender dan cermin sisi. Itu sudah tentu bukan sesuatu yang anda dapat dilihat setiap hari dan ianya diimport khas dari negara matahari terbit, Jepun.

Penukaran kepada Gino sepenuhnya tidak berlaku di bahagian luar sahaja. Padanan dari luar ke bahagian dalam kereta turut dilakukan. Boleh dikatakan ianya bukan Kelisa lagi. Papan pemuka, Stereng, tempat duduk, bumbung suria dan lain-lain adalah dari Gino. Cun!.

Beralih kepada nadi jentera ini, enjin Turbocharged 1.3 dari YRV Turbo R yang dipanggil K3VET telah menggantikan enjin asal Kelisa. K3VET mempunyai kira-kira 129HP,170Nm dan beratnya sekitar 800kg. Kecil namun sudah cukup berkuasa. Set piston 73mm dipasang bersama turbo TD04 dan Blowoff Greddy Type S untuk memanjangkan jangka hayat turbo. Boost Controller dari Greddy Profec B juga dipasang untuk mempercepatkan rangsangan pada enjin.

Emanage Ultimate telah dipilih untuk membantu ECU asal untuk mengimbangi kuasa dari enjin dan menambah sedikit keupayaannya. Kotak gear Tiptronic auto dipasang dan ia merupakan pilihan yang sangat baik kerana jika berada dalam kesesakan lalu lintas dan ianya manual pastinya gear auto akan memudahkan pemanduan.

Sistem brek, suspensi dan roda turut diganti untuk mengimbangi kuasa enjin. Set brek Endless telah diberikan tugas untuk melambatkan kereta. Sistem suspensi daripada Tein menggantikan yang asal untuk memberikan kestabilan yang lebih baik. Bagi roda, satu set rim Volk Racing RE30 menjadikan kereta lebih bergaya. Transformasi dari Perodua Kelisa biasa kepada Mira Gino ini pastinya akan menarik perhatian ramai setiap kali berada di atas jalan raya.

Spesifikasi!

Kereta : Perodua Kelisa

Modifikasi : K3VET YRV Turbo R Spec, 73mm Piston, TD04 Turbo, Greddy Type S Blowoff, Greddy Profec B Boost Controller

Kotak Gear : Auto Tiptronic

ECU : Emanage Ultimate

Brek : Endless Brake System

Rim : Volk Racing RE30

Suspensi : Tein Adjustable

Luaran : Gino DSport

Dalaman : Gino

Bengkel : RAB Garage

Foto : Shah Bahulu @ Adam Photography

Galeri :-

Share.

About Author

Leave A Reply