Perodua Kancil – Small Matter

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Jika dilihat pada mata kasar ianya nampak seperti Kancil biasa, tapi kalau diselidik secara halus, ianya amat berbisaaaaaa…   

Biasanya, orang Malaysia kalau nk modified kereta, habis semua ditukarnya. Baik kereta besar takpun kereta kecil, mesti mereka mahu kelihatan benar-benar 100% nampak tulin seperti yang diidamkannya.

Kereta kompak sememangnya telah sinonim dengan dunia modifikasi di negara kita. Model-model yang terdapat di pasaran semestinya tidak semua terdapat di negara kita. Maka terpaksalah ianya diubahsuai bagi kelihatan seakan sama dengan apa yang diidamkan oleh peminatnya.

Berbeza dengan abang Cypul kita, beliau lebih memetingkan prestasi berbanding rupa luaran. Dengan jiwanya yang sudah sebati dengan dunia perlumbaan, maka beliau telah mengambil keputusan untuk memastikan tahap ketahanan nadi jentera ini lebih mantap berbanding rupa luarannya.

Jika dilihat sekali imbas, ianya kelihatan sama seperti kereta Kancil yang lain. Dengan kit badan mata belalangnya, skirting L200S, spoiler Suzuki Alto di belakang dan lip depan K4, siapa sangka, ianya memiliki nadi yang amat berkuasa di dalamnya.

Jentera Perodua Kancil ini asalnya adalah model 660 yang dihasilkan sekitar tahun 1995. Beliau telah mengambil keputusan untuk menggantikan nadi asal yang sudah tidak bermaya dengan enjin Daihatsu Mira L502S JB-JL Twincam Turbo yang pastinya akan memberi sinar baharu kepada jentera ini. Bagi seorang pomen yang mempunyai banyak pengalaman dalam bidang modifikasi, beliau telah berjaya menaik taraf nadi baru ini dengan begitu sempurna.

Conrod jentera ini telah dikustomkan dan dipadankan bersama piston Wiseco kustom berukuran 61mm. kepala silindernya pula telah dilakukan proses ‘port n polish’ dan dipadankan dengan aci sesondol dari D Sport. Sistem bahan apinya dilancarkan lagi dengan penggunaan unit injektor dari model L200S.

Selain itu, terdapat beberapa perlatan prestasi lain turut digunakan anataranya turbo RHF33, intercooler GSR, unit blow-off GReddy Type S, radiator aluminium kustom 48mm, fuel regulator REV, sistem paip tahan karat serta sistem ekzos yang juga turut dikustomkan menggunakan besi tahan karat.

Kuasa yang dihasilkan kemudiannya disampaikan terus ke bahagian roda melalui kotak gear 5 kelajuan JB-JL LSD yang telah dikustomkan final drive nya. Beberapa peralatan elektronik turut dipasang bagi membantu melancarkan lagi pergerakkan enjin anataranya Apexi SAFC Neo, Apexi RSM, meter Defi (water temp, boost) dan Ultra Baby timer.

Untuk sistem pemberhentian, keseluruhan sistem brek jentera ini telah digantikan dengan pemakaian sistem brek milik Daihatsu Mira L502S dan diperkasakan lagi dengan hos steel braided bagi penyampaian bahan cecair brek.

Kekuatan cesi dan kestabilan badan jentera ini dibantu dengan penggunaan sistem suspensi APM yang digabungkan bersama spring RSR T2000. Turut dipasang adalah strut bar dan bar bonet Cusco bagi model L502S.

Ruang dalaman jentera ini turut diperkemaskan dengan tempat duduk Avanzator tag merah katanya dipadankan pula dengan stereng Personal. Untuk hiburan, pemain audio lengkap dari Alpine cukup memuaskan pendengaran. Penampilan jentera ini tampak lebih bergaya dengan rim Black Racing berukuran 14 inci dibaluti bersama tayar Kumho 165/55R14.

Spesifikasi Shift!

Kereta : Perodua Kancil 660 1995

Modifikasi Enjin : Daihatsu Mira L502s JB-JL Twincam 16 Valve Turbo, Turbo RHF33, Wastegate Turbosmart, piston Wiseco 61mm custom, custom conrod for JB-JL, camshafts D Sport, head port and polish, fuel regulator REV, intercooler GSR, GReddy Type S blow-off, stainless steel piping, custom aluminum radiator 48mm, full custom stainless steel exhaust,
injector L200S

Transmisi : 5speed JB-JL LSD custom final drive

Elektronik : Apexi Safc Neo, Apexi RSM, (water temp and boost meter) Defi, Ultra Baby timer.

Suspensi & Cesi : APM Perfomex potong 2 inc depan belakang, spring RSR T2000, L502S,  Cusco strut bar, L502s Cusco bonet bar.

Roda & Tayar : Rim Black Racing 14”, Tayar Kumho 165/55R14

Brek : Daihatsu Mira L502s depan belakang, pad Lemburg, l502s JB-JL brake pump servo, L502s JB-JL body pump, RS steel braided hose

Dalaman :Seat Avanzator tag merah, stering Personal, full set Alpine Mirror Link head unit.

Luaran : Kit badan Kancil Belalang, skirting L200s, Spoiler Suzuki Alto Work, lip Kancil K4.

Bengkel & Tuner : ZAG Klang, Tuner : Cypul Epul

Foto : Kenny Yeoh@eosguy

GALERI :

Share.

About Author

Leave A Reply