Nissan Skyline R32 GTR – Samurai X

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Dulu, kini dan selamanya… Sentiasa bertakhta di hati ramai penggilanya!

Tiada yang indah melainkan jika kita dapat memiliki sebuah jentera yang memang menjadi idaman. Dengan prestasi dan rekabentuk yang terdapat pada setiap jentera yang diimpikan itu, pastinya membuat kita akan berasa sangat teruja dan bertuah lebih-lebih lagi jika ianya merupakan sebuah jentera yang sentiasa mendapat perhatian di seluruh dunia. Bila disebut sahaja jenama Nissan, pasti semua akan memfokuskan ke arah model Skyline yang tidak pernah mengecewakan ramai peminatnya.

Dari model yang terdahulu hingga sekarang, pasti membuatkan si pemilik berasa amat beruntung dengan apa yang telah mereka miliki. Paparan utama kali ini menampilkan sebuah jentera Nissan Skyline R32 GTR yang benar-benar dijaga dengan rapi serta dinaik taraf dengan begitu ekstrem oleh pemiliknya.

Model asli R32 GTR ini didatangkan dengan nadi RB26 yang benar-benar ‘King’ dalam keluarga Skyline. Keseluruhan enjin ini telah dinaik taraf degan menggantikan perlatan asal kepada peralatan yang lebih berprestasi bagi menghasilkan kuasa yang lebih mentap dan bertenaga. Sistem induksi asal telah diganti dengan pemakaian unit turbo HKS GT-SS. Bahagian kepala silinder telah melalui proses ‘port n polish’ dan kemudiannya dilengkapkan lagi dengan aci sesondol dari HKS 264° di dalamnya. Kepala silinder tersebut kemudiannya diikatkan dengan bahagian blok berlapikkan sekeping gasket metal berukuran 1.2mm dari HKS bagi memberi lebih ketahanan ketika penjanaan kuasa yang maksimum dilakukan keatas enjin ini.

Udara yang disedut masuk akan ditapis melalui penapis udara Trust manakala udara sejuk dari intercooler berjenama Blitz yang lengkap dengan sistem paip GReddy akan memastikan udara yang disampaikan ke bahagian enjin akan dihantar dengan lancar. Kelihatan juga enjin ini dipasangkan dengan unit blow-off dari Blitz bagio melepaskan udara berlebihan dari memasuki ruangan pembakaran.

Bahan api dari tangki utama dipam oleh pam bahan api Sard yang seterusnya akan melalui rel bahan api HKS dan seterusnya dipancitkan ke dalam ruangan kebuk menggunakan unit injektor Sard bersesaran 700cc. selain itu, bagi memastikan perjalanan enjin lebih lancar, beberapa peralatan lain turut digunakan pada enjin ini antaranya ‘coil’ Splitfire,  ‘oil cooler’ ARC, ‘oil separator’ Nismo serta radiator aloi dari GReddy yang akan memastikan suhu dalam enjin sentiasa dalam keadaan terkawal.  

Gas karbon hasil dari pemabakaran dalam enjin kemudiannya dihantar keluar melalui manifold  Tomei Expreme yang seterusnya disambungkan dengan paip Y dari HKS dan ekzos titanium Tomei Expreme Ti. Bagi memastikan prestasi yang terhasil lebih berkuasa dari yang sepatutnya, enjin ini telah dipadankan dengan sistem elektronik dari Haltech Platinium Pro bagi pengurusan yang lebih baik.    

Untuk keselesaan dan tahap kestabilan yang lebih cemerlang, keselruhan jentera ini dipakaikan dengan sistem penyerap hentak boleh laras dari HKS. Sistem pemberhentiannya pula dipertanggung jawabkan kepada sistem brek Nissan GTR dipadankan bersama rotor Alcon yang diapit erat oleh pelapik brek dari Project MU. 

Ruangan dalam jentera ini kelihatan sangat kemas apabila dipasangkan dengan tempat duduk Bride Euroster II dipadankan pula dengan stereng Momo serta tombol gear dari Nismo. Deretan meter Defi telah dipasangkan di bahagian papan pemuka bagi membantu pemandunya memantau penjanaan enjin dengan lebih mudah.

Penampilan luar pula masih lagi kekal dengan rupa asal Nissan Skyline R32. Bagi menyerikan lagi rupa jentera ini, beberapa aksesori telah dipasangkan seperti lip hadapan dan ‘flap’ belakang dari Rocket Danser, hood hadapan gentian karbon dari Stout serta skirt sisi gentian karbon dari Hasemi. Untuk tampak lebih bergaya, rim Nismo LMGT4berukuran 18 inci dipasang serta dibaluti dengan tayar Yokohama Advan Neova AD08 keseluruhannya.

Keseluruhan jentera ini telah diberi tanggung jawab kepada pihak Wan Motorsport untuk dilakukan segala proses naik taraf yang dimahukan oleh pemiliknya. Kehebatan kuasa dan penampilan bergaya jentera ini pasti membuat anda hilang fokus walaupun ada teman wanita di sebelah…                           

 

Spesifikasi Shift!

Kereta : Nissan Skyline R32 GTR

Enjin : RB26

Modifikasi Enjin : HKS GT-SS turbo, Tomei Expreme exhaust manifold, HKS fuel rail, Sard 260L/H, Sard 700cc injector, Splitfire coils, HKS hi-cam 264°,  ARC oil cooler system, Blitz intercoller, Blitz blow-off valve, GReddy full set intercooler piping, Trust air filter, full set metal HKS gasket 1.2mm, Nismo oil separator, GReddy alloy radiator, Kansai Service strut bar, HKS Y pipe, Tomei Expreme Ti exhaust (titanium)

Transmisi : OS Giken twin plate, Nismo slave cylinder

Elektronik : Haltech Platinum Pro

Suspensi & Cesi : HKS adjustable

Sistem Brek : R35 brake, Alcon rotor, Project MU brake pad

Roda & Tayar : Nismo LMGT 4 Omari Factory spec 18″x9.5″ et 12, Yokohama Advan Neova AD08

Dalaman : Bride Euroster II, Momo stereng, Nismo gear nob, Defi set meter

Luaran : Front lip brand Rocket Danser, bonet CF Stout, rear flap Rocket Denser, side skirt CF Hasemi

Bengkel & Tuner : Wan Motorsports

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Share.

About Author

Leave A Reply