Nissan Skyline BNR34 V Spec II – Self Satisfaction

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Merungkai sedikit sejarah silamnya, model Nissan Skyline pertama telah dilancarkan pada pertengahan 1952 oleh syarikat automotif Prince Motor Company yang ditawarkan sebagai sebuah kenderaan dalam kategori segmen mewah. Pada tahun 1960-an. Gabungan syarikat telah merombak struktur penjenamaan semula iaitu Nissan. Antara watak penting dalam merekabentuk model Skyline ini adalah Shinichiro Sakurai yang merupakan ketua jurutera dalam projek pembangunannya. Bulan Februari tahun1969, buat pertama kalinya Skyline GT-R diperkenalkan kepada umum seterusnya menjadi inspirasi di dalam dunia perlumbaan sukan bermotor dunia.

Menetap di Malaysia, versi Nissan Skyline BNR34 V-Spec II ini ada sedikit kelainannya daripada edisi yang sebelum ini. Rencah dan ramuan yang digunakan telah membuatkan dirinya lain daripada kebiasaan. Dijana oleh enjin berkapasiti 2.6 liter dengan konfigurasi 6 silinder sebaris beserta sokongan sistem induksi pendesak turbo berkembar mampu menghasilkan kuasa sehingga 3++PS dengan daya kilas setinggi 3++Nm pada keadaan asalnya. Itulah kemampuan mesin dengan kod pengenalan RB26DETT yang sering kegemaran ramai tuner tuner di seluruh pelusuk dunia.

Pemilik jentera paparan kali ini telah memilih jentera Nissan Skyline BNR34 V-Spec II ini sebagai mainannya. Tanpa menoleh kebelakang lagi, jentera kesayangan beliau telah menjalani proses naiktaraf untuk memberikan sedikit kelebihan kepadanya berbanding rakan sebayanya yang lain. Ianya semata-mata memuaskan nafsu untuk memandu sebuah jentera berkualiti di jalanan.

Spesifikasi Shift!

Kereta: Nissan Skyline GT-R R34 V Spec

Enjin : RB26DETT 2.6 Liter Straight Six, DOHC Turbocharged

Modifikasi Enjin : HKS Forged Piston Step 2 Kit, HKS 1.2mm Metal Head Gasket, Tomei 260 IN/EX Poncams, Tomei Type A Valve Springs, Tomei Adjustable Cam Pulleys, Tomei Oil Pressure Restrictor Kit, Garret 2860-5 Turbo, Greddy Radiator, Greddy Blow Off Valve, Gates Timing Belt, HKS Reinforced Actuator, HKS Oil Cooler, HKS Front Pipe, JUN Oil Pump, JUN Sump Baffle, N1 Water Pump, Nismo Main Bearing, Bosch 044 Fuel Pump, Nismo 130kpa Radiator Cap, Nismo Engine Oil Cap, Nismo Thermostat, Splitfire Direct Ignition Coils, Siemans 750cc Injectors, Sard Fuel Regulator, Samco Sport Hoses, Tomei Turbo Outlets, ARC Oil Catch Tank, ARC Super Induction Box, ARC Intercooler, Fluidampr Crank Damper.

Transmision : Getrag 6 Speed manual, OS Giken Triple Plate Clutch.

Suspension : Ohlins DFV Adjustable Suspension, HPI Engine Damper, Nismo Transmission and Engine Mount

Elektronik : Apexi Power FC L-Jetro, HKS EVC 5, Greddy Turbo Timer, Bee-R Rev Limiter

Rim & Tayar : TE 37 18 Inci

Dalaman : Nismo Floor Mat Set, Nismo GT Shift Knob, Nismo 320kmh Meter Gauge Cluster

Luaran :Top Secret Front Bumper, Top Secret Carbon Hood, Ganador Side Mirror, Nismo Side Skirt

GALERI :

Foto : Kenny Yeoh @ eosguy

Share.

About Author

Leave A Reply