Nissan Silvia S15 Undersix – Need for Speed

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Lupakan seketika R35 serta generasi Skyline yang begitu gah meniti bibir semua peminat jentera berprestasi ketika ini. Nissan masih banyak model-model hebat untuk dijulang sebagai syarikat produksi automotif yang hebat di dunia. Diantara kebanyakkan model terhebat Nissan, Silvia merupakan antara yang terbaik dikalangan yang terbaik.

Generasi terakhir adalah Silvia S15 dihasilkan pada tahun 1999 yang dijana oleh mesin dengan kod pengenalan SR20DET yang mampu menghamburkan kuasa setinggi 250hp pada keadaan asalnya. Model ini masih relevan dan boleh dilihat berkeliaran di jalanraya ketika ini pada suatu masa tertentu.

Kami di Shift telah berjaya mengenalpasti sebuah dari model Silvia S15. Lokasinya adalah Bengkel Undersix di Bandar Sunway. Ianya bukanlah model biasa-biasa. Telah dinaiktaraf menjadi luarbiasa! Dipenuhi dengan komponen berprestasi tinggi yang mampu menampung beban kuasa yang maksima. Pemiliknya yang dahagakan kuasa penuh kelajuan telah memenuhi hasratnya dengan membina Silvia S15 ini dengan dengan keterujaan. Jentera Silvia S15 ini turut diperkasakan dengan sistem Nitrous Oxide Gas (NOS) seperti dalam permainan video Need for Speed.

Spesifikasi Shift!

Kereta: Nissan Silvia S15

 Enjin: Wiseco 87mm forged pistons, Tomei forged conrods, Tomei 1.2mm metal gasket, VVL-NEO head, Tomei N2 oil block, Adjustable cam gears, ACL Race bearings, ARP head studs ARP main studs, Garrett GT3582R turbo, Turbo Tong custom anti-surge turbo intake, Turbosmart 50mm external wastegate, Tonnka custom exhaust manifold, Tonnka special custom intake manifold, Tonnka special custom 90mm throttle body, Undersix custom radiator reservoir, Undersix custom enlarged breather, Undersix custom down pipe & front pipe, Undersix custom intercooler & air filter piping, HKS GT drag intercooler, HKS type-2 racing blow off valve, Samco intercooler hoses, Norma industrial clips, Undersix 3 1/2inch exhaust system, Nismo engine mountings, Greddy aluminum radiator, Greddy oil cooler & oil filter relocation kit, Greedy oversize oil sump, Greddy underdrive lightweight pulleys, Blitz cooling performer, Samco radiator hoses, AEM dry flow air filter, AEM fuel regulator, Bosch 044 fuel pump, SARD 850cc injectors, Splifire ignition coils, Nitrous Oxide Gas (NOS) system

Elektronik: AEM standalone ECU, AEM inlet temp sensor, AEM 5 bar MAP sensor, turbosmart dual boost controller

Transmisi: 5-speed manual transmission RB25, OS Giken twin plate clutch, OS Giken heavy duty clutch bearing, Cusco 2way LSD

Cesi & Kawalan: DIGI-5 suspension magic, Cusco castor rod, Cusco rear camber arm, Cusco brake cylinder stopper, URAS tie rod + angle rings, Nismo power brace,

Brek: AP Racing CP5555 6 pot calipers (front), AP Racing slotted 332mm rotors, Ferodo DS2500 pads, Nissan ECR33 2 pot calipers (rear), Slotted rotors, Race Brakes RB74 pads,

 Rim & Tayar: Rim Advan Rg2 18 inci x 9.5jj +10 (hadapan ) dengan Tayar goodyear asymmetric 265/35/18, 18 inci x 9.5jj +10 (belakang) dengan tayar goodyear asymmetric 265/35/18

Dalaman: Nismo 280km/h meter cluster, Pivot SSL-Pro shift light, Blitz fatt turbo timer, SARD 2.5 bar boost meter, Nardi 330mm steering, Nismo boss kit, Bride Zeta full bucket seat, Bride FG-type rails, Kenwood player

 Luaran: Genuine GP Sport bodykit, Ganador mirrors, Philips 6000k HID kit (low beam), Philips 6000 HID kit (high beam), Max 2000 strobe light, Wise Square LED lights, Custom LED lights all round, Custom headlight airbrush, Nismo smoked side indicators, PIAA silicon wipers

Bengkel: Under6ix & Under5ive

GALERI : 

Share.

About Author

Leave A Reply