Nissan Sentra B13 – Green Garuda

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Jika diberi peluang untuk memandu jentera ini, adakah anda sudah benar-benar yakin???

Sewaktu berkunjung ke acara Speedday di Melaka baru-baru ini, kami amat bertuah kerana dapat bertemu dengan ramai kenalan yang selama ini hanya dikenali Cuma di laman Facebook. Disamping itu juga, ‘team’ kami juga tidak ketinggalan untuk memburu jentera-jentera hebat untuk dikongsikan bersama pembaca semua.

Ternyata kunjungan ke acara Speedday di Melaka suatu masa dahulu tidak sia-sia. Beberapa buah jentera hebat yang selama ini jarang kelihatan telah sempat kami rakamkan gambarnya termasuklah Nisaan Sentra B13 ini. Jentera ini telah diubahsuai keseluruhannya berkesesuaian bagi perlumbaan drag. Jentera ini telah dilengkapi dengan enjin SR20 namun begitu, ianya telah diperhebatkan lagi dengan kit stroker Tomei SR22.

Melihat sahaja ke bahagian enjin jentera ini pasti akan membuat sesiapa sahaja berasa teruja. Beberapa perlatan prestasi dapat dilihat dengan jelas terpasang pada segenap bahagian enjin ini antaranya unit turbin Garrett GTX35, wastegate berukuran 38mm dari Tial serta sistem koil palam pencucuh dari MSD. Bagi menyampaikan bahan api di dalam tangki rekaan kustom dengan lebih pantas dan cekap kepada enjin, ianya dipam masuk menggunakan sepasang pam dari jenama Walbro seterusnya dilaraskan menggunakan pelaras Sard menuju ke rel juga dari jenama yang sama dan akhir sekali dipancit masuk menggunakan injektor berkapsiti 700cc ke dalam bahagian kebuk pembakaran. Untuk lebih ketahanan, setiap sambungan bahan api tersebut menggunakan hos ‘steel braided’ manakala paip sambungan bagi sistem enjin pula menggunakan paip stainless steel keseluruhannya.

Udara luar yang membantu pembakaran akan disedut masuk menggunakan unit throttle body S90 terus ke dalam intake. Bagi mengelakkan minyak enjin berlebihan yang keluar dari memasuki semua ke dalam enjin, unit ‘oil catch tank’ dari M7 telah dipasangkan pada satu sudut. Gas karbon hasil dari pembakaran dalam enjin kemudiannya di hantar keluar menggunakan header rekaan kustom. Kuasa yang dihasilkan seterusnya dihantar ke bahagian roda melalui kotak gear ‘dog box’ Precision Automation Robotics dengan bantuan shifter dari K-Tuned yang dipasang di bahagian dalam jentera ini. Prestasi yang ditampilkan juga lebih cemerlang dengan penggunaan unit ecu dari Link G+.

 

Untuk memastikan jentera ini berada dalam keadaan stabil apabila kuasanya dipacu pada tahap yang maksima, keempat-empat penjurunya telah dipasangkan dengan sistem penyerap hentak boleh laras dari GAB. Di ruangan enjin pula diikatkan dengan strut bar dari Ultra Racing. Kuasa memberhentikannya pula dipertanggung jawabkan kepada sistem brek asal yang telah dinaik taraf serta dipadankan bersama pelapik brek berketahanan suhu tinggi dari Bendix Metal King.

Ruang dalaman jentera ini sememangnya tampak ringkas seperti mana jentera perlumbaan yang lain. Di bahagian papan pemuka dipasangkan dengan deretan meter Defi bagi memudahkan pemandunya memantau keadaan di dalam enjin. Kelihatan juga Rev  Limit Control dari ECU Shop dipasangkan di bahagian tengah papan pemuka jentera ini. Tempat duduk bucket Sparco Evo dipasang dipadankan pula bersama stereng Momo. Bagi tujuan keselamatan, set lengkap ‘roll-cage’ dipasang di bahagian dalam jentera ini.

Penampilan luar jentera ini masih lagi dikekalkan dengan yang asal. Cuma di bahagian hadapannya sahaja diubah bagi memuatkan tayar bagi perlumbaan. Rim hadapan dan belakang dari Weld Racing telah dipasangkan dengan tayar Mickey Thompson bagi memberi lebih cengkaman di atas permukaan trek.

Agak jarang untuk melihat jentera dari model ini dibina bagi tujuan perlumbaan drag. Sekalung tahniah kepada pihak L10 Pro kerana telah berjaya menghasilkan jentera yang hebat ini. Setelah ditala oleh pihak Tourqe Racing, jentera ini akhirnya telah berjaya menghasilkan kuasa kuda sehingga 700hp. Sepanjang pembinaan jentera ini, terdapat beberapa pihak yang  turut memberi tajaan dan sokongan antaranya M Power Motorsports, Ban Soon Tyre, Jason Wong dan EK Meng.

Spesifikasi Shift!

Kereta : Nissan Sentra B13

Enjin : SR20 + SR22VET 700HP

Modifikasi Enjin : Tomei SR22 stroker kit, Garrett GTX35 Turbo, Tial Wastegate 38mm, fuel regulator Sard, fuel rail Sard, injector 700cc, stainless steel piping, custom header, MSD ignition coil, custom fuel tank, Walbro fuel pump, steel braided hose, oil catch tank M7, throttle body S90

Transmisi : K-Tuned Shifter, Precision Automation Robotics Dog Box

Elektronik : Link G4+

Suspensi & Cesi : Gab Suspension

Sistem Brek : Original B13 + Bendix Metal King pads

Roda & Tayar : Rim Weld Racing, Tyre Mickey Thompson

Dalaman : Defi meter, Rev Limit Control ECU Shop, Sparco Evo bucket seat, Steering Momo, custom roll cage

Luaran : Standard B13, custom front bodykit

Bengkel & Tuner : L10 Pro

Tuner : Torque Racing

Penaja : M Power Motorsport, Ban Soon Tyre, Jason Wong, EK Meng

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Share.

About Author

Leave A Reply