Nissan AD Resort-Gives You Wings

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Dengan kepelbagaian model-model hebat yang berada di atas jalan raya, mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa ada beberapa model kereta yang lain turut menjadi kegunaan dan minat ramai peminatnya di luar sana. Sebagai contoh, jentera yang anda dapat lihat sekarang…

Nissan AD Resort merupakan sebuah jentera serbaguna yang dapat mengangkut barang dan juga membawa muatan yang kereta lain tidak dapat lakukan. Akan tetapi, dengan reka bentuk yang menarik, ianya telah memberi tarikan kepada para peminatnya untuk di naik taraf.

Satu contoh yang menarik kita boleh dapat dari jentera ini. Dengan pelbagai masalah yang telah dihadapi sejak dahulu untuk menyesuaikan enjin bagi jentera ini, akhirnya, nadi SR20 W11 GT4 juga yang berjaya dipadankan dengan jayanya. Untuk memastikan setiap perjalanan bersama jentera ini sentiasa lancar, tidak banyak naik taraf ekstrem dilakukan hanya sekadar memberi lebih prestasi ketika kuasanya dipacu.

Kepala silinder enjin ini dilakukan proses ‘port n polish’ untuk memberi lebih kelegaan pada pengudaraan dalam enjin. Penghasilan kuasa menjadi lebih bertenaga dengan penggunaan unit turbo Garrett AR80 ballbearing yang dipadankan. Beberapa peralatan berprestasi lain yang turut digunakan pada enjin ni antaranya wastegate dari Tial, blow-off Apexi twin chamber, serta sistem paip stainless steel keseluruhannya. Udara yang memasuki bahagian enjin ditapis dengan menggunakan penapis udara Blitz manakala penyejukkannya pula dilakukan melalui intercooler GReddy yang diikat di bahagian hadapan.

Penghantaran bahan api dari dalam tangki dilakukan oleh pam bahan api Walbro yang menghantar terus ke pelaras Works. Gas karbon yang terhasil dari ruangan kebuk kemudiannya ditolak keluar melalui sistem ekzos HKS Super Silent Hi Power berukuran 3 inci. Kuasa yang dihasilkan kemudian di hantar ke bahagian kotak gear kustom dari pihak KS Garage lengkap dengan klac Triniti untuk dihuraikan ke bahagian roda. Persembahan yang dihasilkan menjadi lebih hebat dengan pemakaian unit ECU dari Nissan Pulsar ditambah pula dengan talaan dari unit GReddy E-Manage Blue bersama.

Untuk memastikan jentera ini berada dalam keadaan stabil dan selesa ketika sesi pemanduan, ianya telah dipasangkan dengan sistem suspensi dari Ftuned yang ternyata semakin mendapat sambutan ramai pengguna di luar sana. Dengan sistem suspensi yang baik ditambah pula dengan bar dari Ultra Racing, pasti dapat memastikan sesebuah jentera itu boleh dipandu dalam sebarang keadaan yang diinginkan tanpa sebarang masalah. Untuk keselamatan yang yang dipertingkatkan, sistem brek jentera ini telah dinaik taraf dengan penggunaan sistem brek lengkap yang diambil dari jentera Nissan Skyline R33 depan dan belakang serta dipadankan bersama pelapik brek berketahanan pada suhu yang tinggi.

Melihat ke ruang dalaman jentera ini, ianya telah dilengkapi dengan salinan lengkap keseluruhannya dari model Wingroad dan yang paling menarik adalah karpet ‘dam’ yang digunakan. Pengendalian jentera ini menjadi lebih hebat dengan pemasangan stereng dari Personal. Pada papan pemukanya pula dipasangkan dengan meter boost dari HKS dan juga unit pemasa turbo dari Apexi. Untuk hiburan, pemiliknya telah memasangkan pemain audio Sony Xpload lengkap dengan pembesar suara dari jenama yang sama dan juga pembesar suara dari Kenwood di bahagian belakang.

Penampilannya pula lebih menyerlah dengan kit badan lengkap Wingroad di keseluruhan badan jentera ini termasuklah pintu. Scoop dari pulsar turut dipasangkan di bahagian hood hadapan bagi memberi lebih pengudaraan di dalam ruangan enjin. Di bahagian bumper turut dipasangkan dengan ‘sportlight’ dari Daihatsu Move. Kehebatan rupa jentera tampak lebih menyerlah dengan penggunaan ‘sunroof’ dari Audi A4 serta spoiler Shonan. Rim Volk Racing TE37 telah menjadi pilihan untuk dipadankan bersama jentera ini. Cengkaman pada permukaan jalan raya menjadi lebih cekap dengan pemakaian tayar Roadstone N9000 215/45R17 keseluruhannya.

Pemilik jentera ini amat berterima kasih kepada pihak yang telah banyak membantu menyiapkan jentera ini seperti yang dapat dilihat hingga ke hari ini. Antara yang bertanggung jawab dan terbabit adalah seperti KS Garage, Kobo SR, Grape Garage, KSR Speed, Ban Tuner Craft, Ramco Autowork, ASG Autospray dan KF Airbrush.

 

Spesifikasi Shift!

Kereta : Nissan AD Resort 1994

Enjin : SR20 W11 GT4

Modifikasi Enjin : Port n polish head, turbo Garrett AR80 Ballbearing, Walbor fuel pump, Tial wastegate, Apexi twin chamber blow-off, Works fuel regulator, Blitz air filter, Samco Sport hose, stainless steel piping, GReddy intercooler, HKS Super Silent Hi Power 3” exhaust system

Transmisi : Custom gear box by KS Garage, Triniti Clutch

Elektronik : ECU Nissan Pulsar + GReddy E Manage Blue

Suspensi & Cesi : FTuned Suspension (Road), bar Ultra Racing

Sistem Brek : Nissan Skyline R33 GTR 4pot (depan), R33 GTR 2pot (belakang)

Roda & Tayar : Rim Volk Racing TE37 17x4x7.5 pcd 100, tayar Roadstone N9000 215/45R17

Dalaman : Dashboard Wingroad Airbag Black, seat + door panel Wingroad, carpet Wingroad Dam, stering Personal, boost meter HKS, Turbo timer Apexi, Sony Xpload player + Speaker, Kenwood roof Speaker

Luaran : JDM Wingroad (depan), scoop Pulsar, sportlight bumper Move, pintu Wingroad, sunroof Audi A4, spoiler Shonan, bumper belakang Wingroad, bonet belakang Wingroad, cover Libero + side marker

Bengkel & Tuner : KS Garage, Kobo SR, Grape Garage, KSR Speed, Ban Tuner Craft, Ramco Autowork, ASG Autospray, KF Airbrush

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Share.

About Author

Leave A Reply