Monster Reborn

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Proton Gen2 –

Beberapa tahun yang lepas, jentera yang anda semua lihat ini tidak sama seperti yang ditampilkan sekarang. Terlalu banyak perubahan yang telah dilakukan oleh pemiliknya demi menikmati kepuasan yang seringkali tidak pernah mencukupi. Kini, jentera Proton Gen2 ini telah dirombak secara keseluruhannya dalam masa beberapa tahun dan inilah hasil akhirnya.

Enjin 4G93 GSR yang dirojakkan bersama 4G92 Mivec Turbo ini nampaknya bukan biasa-biasa. Ianya telah mendapat sentuhan dan peralatan berganda berbanding yang sebelum ini. bayangkanlah, ianya mengambil masa selama beberapa tahun untuk disiapkan dan hasil yang diperolehi amatlah berbaloi. Blok dan ‘crankshaft’ adalah milik 4G93 manakala kepala silindernya pula adalah dari 4G92 Mivec lengkap dengan aci sesondol manakala spring injapnya pula adalah dari jenama JUN. Ia kemudiannya diikat kukuh menggunakan ARP ‘stud’. Intake manifold rekaan kustom yang digunakan telah diikatkan bersama unit ‘throttle body’ S90.

Bahan api dari tangki utama disampaikan ke bahagian enjin dengan cemerlang menggunakan pam dalaman Walbro 255lph dibantu lagi 2 pam di bahagian luar juga dari jenama yang sama bersesaran 400lph. Ia kemudiannya di sampikan melalui fuel rail dari Sard yang turut dilengkapi injektor Clinic 1650cc untuk memancitkannya ke dalam ruang pembakaran. Beberapa peralatan lain yang dipadankan pada enjin berkuasa ini boleh dilihat melalui spesifikasi yang dilampirkan. Terlalu banyak peralatan berprestasi yang telah digunakan bagi memastikan nadi ini lebih berkuasa dan bertindak cemerlang.

Kotak gear CM5A dikunci 2WD yang digunakan dilengkapi dengan klac Competition Twin Plat untuk menyampaikan kuasa ke bahagian roda. Untuk memastikan kuasa yang ditampilkan lebih baik dan terurus, penjanaan enjin telah dibantu dengan penggunaan Microtech LT-10C bersama ecu X4 Standalone. Bagi memastikan jentera ini sentiasa stabil semasa beraksi, sistem suspensinya telah dinaik taraf dengan menggunakan set penyerap hentak boleh laras GAB SS Series HLSH bersama-sama ‘pillow ball’ boleh laras dari Jasma. Strut bar belakang dari Ultra Racing pula dipasangkan untuk mengukuhkan lagi cesi badan jentera ini. Kaliper brek lengkap rotor CM5A 2pot telah dipasangkan dibahagian hadapan lengkap dengan pelapik brek dari Bendix Metal King Titanium untuk kuasa berhenti yang lebih cekap dan mencengkam bersesuaian dengan kelajuan yang mampu dihasilkan.

Menjenguk ke ruang dalaman jentera ini pasti akan membuat anda semua terpukau. Papan pemuka asal telah digantikan milik CM5A yang turut dilengkapi dengan stereng Momo dari Evo 4 deretan meter Defi Link BF 6 beradik serta Defi Advance ZD di atasnya selain unit pemasa turbo HKS Type 0 dan juga meter boost dari GReddy. Tempat duduk hadapannya dipasang dari model Bride Low Max manakala bagi pemandu ianya turut dilengkapi harness 4 point bersama. Kelihatan juga tombol gear Ralliart serta pedal Razo Racing turut dipasangkan. Untuk pegangan badan yang lebih kukuh, room bar Ultra Racing diikat kemas pada bahagian kiri dan kanan di dalamnya.

Untuk penampilan luar, bumper hadapan milik Satria Neo R3 telah dikustomkan untuk dikenakan pada badan Gen2 ini. Skirting belaknag dan sisinya juga turut dipakai dari model R3. Hood hadapan dan spoiler belakang ‘acah-acah’ R3 pula dibuat dari bahan gentian karbon. Lampu hadapan asli Eagle Eye dan lampu belakang ‘smoke’ menambahkan seri pada jentera ini. Akhir sekali, rim Enkei RPF1 berukuran 17 inci yang dibaluti tayar Nexen N Fera SUR4G diikat kemas di keseluruhan badan jentera ini. Dengan hasil kerja cemerlang dari pihak HPGarage ini, jentera ini telah berjaya ditala oleh Abang Din dari ATR Mechanic dengan begitu sempurna. Jentera ini telah berjaya mencatatkan kuasa 520hp dengan boost 2.5 bar! Gulppppp…

Spesifikasi Shift!

Kereta : Proton Gen2

Enjin : 4G93+4G92 Mivec Turbo

Modifikasi Enjin : Garret GT3582R A/R.70, Wiseco Forged Piston 82mm, Duratech Connecting Rod (H-Beam), Duratech Billet Oil Pump Gear, Denso Iridium IK24 Spark Plugs, King Engine Bearing, 4G93T CM5A Engine Block, 4G93T CM5A Crankshaft, 4G92 CK4A Mivec Head, 4G92 CK4A Mivec Camshaft, JUN Racing Camshaft Valve Springs, Denso K20 Ignition Coils, ARP Head Studs, Custom Intake Manifold, S90 70mm Throttle Body, Fuel Injector Clinic 1650cc, Sard Fuel Rail, Stainless Steel Braided Fuel Line, Stainless Steel Braided Turbo Oil Line, external fuel pump Walbro 400lph 2X, internal  fuel pump Walbro 255lph, Custom Surge Tank with Stainless Steel Braided with Duratech Fittings, Custom Oil Catch Tank with Stainless Steel Braided with Duratech Fittings, Works Fuel Pressure Regulator (Stage 2), Works Mechanical Boost Controller, Works Adjustable Cam Pulley, Works Oil Filler Cap, ADM Speed Custom Top Mount Exhaust Manifold, Tial Q Blow Off Valve (50mm), Turbosmart Wastegate (38mm), 3′ Stainless Steel Intercooler Piping, 3′ Stainless Steel Exhaust Piping, Skunk2 Megapower 3′ Exhaust Muffler, Greddy Delta Fin Intercooler, DD Racing Radiator, Sard Radiator Cap, Tucking Wires

Transmisi : 4G93T CM5A 2WD Locked Gearbox, Competition Clutch Twin Plate Evo-8 Racing Clutch

Elektronik : Microtech LT-10c with X4 Standalone ECU

Suspensi & Cesi : GAB SS Series Hi-Low Soft Hard Adjustable Absorber, Jasma Adjustable Upper Mount Pillow Ball, Ultra Racing Rear Strut Bar

Sistem Brek : 4G93T CM5A 2 Pot Brake Calipers & Rotors (Front), Bendix Metal King Titanium Brake Pads

Roda & Tayar : Enkei RPF1 17 PCD 4×114.3 8jj Offset 35 (Black), Nexen NFera SUR4G Semi Slick Tyres 215/45/ZR17, RAYS Duralumin Lug Nuts, RAYS Valve Stems

Dalaman : 4G93T CM5A Dashboard, Momo EVO 4 Steering Wheel, Defi Link BF 6 Beradik, Defi Advance ZD, Pivot Speed Meter V (SML-V), HKS Type-0 Turbo Timer, Greddy Boost Meter, Ralliart Gear Knob, Razo Racing Pedals, Kenwood Player (Double Din), Bride Low Max Semi Bucket Seat, Original Takata 4 Point Quick Release Seat Belt Harness (Driver Seat), Ultra Racing Room Bar, Proton Gen-2 CPS Door Trim

Luaran : Grigio Medio 791 (Ferrari) Original Colour, Custom Proton Satria Neo R3 Bumper, Proton Gen 2 R3 Side & Rear Skirting, Real Carbon Fiber Front Bonnet, Custom Carbon Fiber Look R3 Spoiler, Original Sparco Bonnet Lock, Original Eagle Eye Headlamp, Aftermarket Smoke Rear Lamp

Bengkel & Tuner : HPGarage Taman Sri Manja, Jalan Klang Lama (Lan 0172539137), Tuned by ATR Mechanic USJ (Din)

 

 

Share.

About Author

Leave A Reply