Mitsubishi Triton – Badbois

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Jentera 4×4 nampaknya semkain popular penggunaannya di dalam negara kita. Dengan kepopularan yang ada serta prestasi yang mampu dihasilkan, ianya bukan sekadar sebuah kenderaan pengangkut barang atau trend. Kebiasaannya dahulu, banyak kita dapat lihat rancangan-ranacangan yang memaparkan tentang sukan ‘off-road’ di kaca-kaca televisyen, akan tetapi, sekarang kita dapat melihat sendiri telah banyak jentera 4×4 digunakan dalam sukan drag. Di Thailand, jentera 4×4 ini telah lama digunaka sebagai jentera perlumbaan, dan sekarang racunnya sudah merebak ke dalam negara kita dengan begitu meluas sekali.

Jentera 4×4 yang dipaparkan pada kali ini merupakan salah satu jentera yang telah dilakukan pelbagai modifikasi oleh pemiliknya iaitu saudara Remy Black. Telah banyak yang dilakukan untuk jentera ini keliuhatan seperti sekarang. Bukan sebuah sahaja jentera seperti ini di rumahnya, malah ada  beberapa buah lagi yang turut diubah suai mengikut kegunaan yang digemari oleh beliau.

Mitsubishi Triton ini merupakan sebuah model dengan nadi bersesaran 3.2 liter yang terakhir pengeluarannya sekitar penghujung tahun 2010 sebelum keluarnya model-model baharu dengan nadi berkapasiti lebih rendah. Konsep drag yang di tampilkan pada kali ini adalah begitu ekstrem dan masih lagi dalam ujian untuk memuaskan hati beliau.

Piston asal enjin diesel ini telah digantikan dengan penggunaan piston berjenama Mahle yang lebih tahan berbanding yang asal. Unit injektor asalnya digantikan dengan kapasiti 1600cc serta nozel asalnya telah dikustomkan oleh pihak Prospeed. Pam bahan apinya pula telah di naik taraf yang turut dikustomkan oleh pihak Prospeed. Untuk kuasa yang lebih bertenaga, unit turbo TE06 telah digunakan. Turut kelihatan, enjin ini turut dipakaikan dengan wastegate berjenama Precision berukuran 40mm. Sistem penyejukkan enjinnya pula dikuasakan lagi dengan penggunaan unit radiator aloi diikat kemas di bahagian hadapan ditambah pula dengan pemakaian intercooler Trust bagi penyejukkan udara yang lebih baik. Bagi mengukuhkan lagi kedudukan enjin, ianya turut dipasangkan dengan damper dari Tein.

Kuasa dari enjin kemudian disampaikan ke bahagian roda melalui kotak gear RB25 yang disalin lengkap dengan peralatan dari OS Giken keseluruhannya. Klac yang dikustomkan oleh pihak Prospeed kemudiannya dipasangkan bagi memastikan kuasa yang disampaikan lebih tepat dan padu. Talaan yang dilakukan pada jentera ini turut diperhebatkan lagi dengan penggunaan unit elektronik Prospeed Unlimited yang telah direka khusus bagi kesesuaian enjin ini.

Sistem suspensi bagi tujuan drag pada jentera ini juga telah dilakukan ubahsuai oleh pihak ZA Garage agar ianya tidak menganggu semasa kuasa jentera ini dipacu pada kadar yang maksimum. Sistem brek bagi jentera ini juga masih lagi kekal dengan yang asal namun telah dipakaikan bersama pelapik brek yang berketahanan pada suhu yang tinggi. Selain itu juga, ianya turut dipasangkan dengan Jegs burn lock brake bagi memudahkan untuk pelepasan semasa di garisan permulaan serta ‘burn out’.

Ruang dalaman jentera ini diringkaskan untuk kesesuaian bagi perlumbaan. Tempat bagi pemandu dipasangkan dengan tempat duduk bucket Momo Corse dipadankan bersama tali pinggang Takata. Penampilan luarnya pula masih lagi dikekalkan dengan yang asal Cuma diubah dengan penggunaan spoiler Akana serta hood hadapan gentian karbon dari Kazumi. Bagi memastikan kadar cengkaman pada permukaan jalan lebih mantap, jentera ini telah dipakaikan dengan tayar Hoosier 28.0×10.5 serta Mickey Thompson 31.5×12.5.

Pihak yang sememangnya bertanggung jawab untuk memastikan jentera ini berkuasa di atas litar lumba adalah Major Auto Garage dan Prospeed Boyza Garage. Tidak ketinggalan 5Zan Paiting yang menaja warna pada jentera ini.

                    

Spesifikasi Shift!

Kereta : Mitsubishi Triton

Enjin : 3200cc 4M41

Modifikasi Enjin : Piston Mahle, injector 1600cc, nozzle custom by Prospeed, fuel pump custom by Prospeed, external fuel pump C44, SCV 330cc, Turbo TE06 billet, wastegate Precision 40mm, radiator alloy, intercooler Trust, Tein engine damper

Transmisi : Gearbox RB25 + OS Giken parts, custom clutch by Prospeed

Elektronik : Prospeed Unlimited

Suspensi & Cesi : Tuned by ZA Garage

Sistem Brek : Standard + Jegs burn lock brake

Roda & Tayar :  Rim Volk Racing TE37 15”, tayar Hoosier 28.0×10.5 & Mickey Thompson 31.5×12.5

Dalaman : Seat bucket Momo Corse, Takata belt

Luaran : Spoiler Akana, Hood Kazumi CF

Bengkel & Tuner : Major Auto Garage, 5Zan Painting, Prospeed Boyza Garage (Tune)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Share.

About Author

Leave A Reply