Mitsubishi Starion – Combined to Rules The Game

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Dengan bermulanya pengeluaran Starion, Mitsubishi juga telah berjaya membina sebuah jentera yang menggunakan sistem pengecas turbo bagi jentera berprestasi di Jepun serta jentera pertama yang telah menggunakan sistem pemancit bahan api elektronik.

Fawster Motorsports yang dimiliki oleh pelumba terkenal dan nakal semasa di dalam litar perlumbaan, saudara Faidzil Alang yang terletak di Bandar Sunway merupakan sebuah bengkel yang menyediakan pelbagai perkhidmatan berkenaan dengan kenderaan untuk kegunaan harian dan juga menaik taraf bagi tujuan prestasi. Semasa berkunjung ke bengkel tersebut, pihak Shift telah berjaya mengesan sebuah Mitsubishi Starion yang berada dalam kondisi yang sangat cemerlang serta telah dinaik taraf dengan begitu hebat sekali oleh pihak Fawster.

 

Di ruangan enjin tidak lagi kelihatan kelibat enjin berkod 4G63 milik asal jentera ini. ianya telah diisikan dengan nadi baru yang bukan dari keluarga asal Mitsubishi. Enjin SR20DET bersesaran 2.0 liter telah menjadi penghuni baru menggantikan enjin lama Starion ini. Bukan mudah untuk memuatkan enjin yang berlainan cesi ini ke dalam ruangan enjin jentera ini. Beberapa ubah suai diperlukan, diteliti serta diukur agar setiap inci enjin ini stabil dan kukuh untuk menampung enjin barunya agar tidak mendatangkan masaalah ketika enjin ini di mulakan khidmatnya.

Spesifikasi Shift!

Kereta : Mitsubishi Starion

Enjin : SR20DET

Modifikasi Enjin : Tomei high cam 272°, HKS campulley, Garret AR60 turbo, Tonnka header, Torq main pulley, Torq fuel rail, Torq injector, Sard fuel regulator, ARP head stud, ACL bearing, ATL racing fuel cell 30l, walbro external fuel pump, GReddy intercooler, Samco hose, custom radiator, spal radiator fan, exhaust system by Undersix

Elektronik : Haltech Platinum Sprint 500

Transmisi : SR20 gearbox with ACT racing clutch, LSD S14

Suspensi  : Custom made suspension from Fawster Motorsports

Roda & Tayar : Weldsport 17”x9.5jj, Hankook slick

Brek : 6pot Grex + 320mm disc (depan), S14 calliper (belakang), Mintex brake pads

Luaran : Standard Starion, Fiber hood & bonnet

Dalaman : OMP stereng, OMP Racing seat, OMP Harness, OMP safety net, FIA roll cage, M7 gauge

Bengkel : Fawster Motorsports (Bandar Sunway)

Tuner : GT Auto (Sunway)

GALERI :

Share.

About Author

Leave A Reply