Mitsubishi Lancer Evolution III – Time Machine : 820WHP & 580lbft Torque @ 8500rpm

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Jika anda pernah datang ke acara Sepang Drag Battle, saya pasti anda akan memberikan perhatian yang lebih kepada sebuah jentera warna hijau dengan cop Mitsubishi Lancer Evolution III. Ini adalah kerana ianya merupakan sebuah jentera jalanan berprestasi tinggi yang mencuba nasibnya di litar lumba sepanjang 400 meter.

Perkara yang menjadi perhatian penting penyertaannya di dalam perlumbaan yang berprestij tersebut adalah ianya sebuah jentera jalanan yang lengkap dengan sistem penghawa dingin dan kerusi untuk penumpang belakang serta beberapa komponen lengkap lain berbanding jentera lumba yang ‘rentung’ menjadi saingannya.

 

Pasukan jentera ini telah meletakkan sasaran di bawah 10 saat pada penyertaan mereka di Sepang Drag Battle Pusingan 3. Sasaran yang diletakkan tersebut nyata releven setelah beberapa proses naiktaraf baru dilakukan termasuklah sistem transmisinya. Nyata sasaran tersebut hampir direalisasikan setelah jentera Mitsubishi Lancer Evolution III tersebut berjaya melangkah ke pusingan akhir untuk bertemu dengan pendahulu kelas A, Daihatsu 4G63T.

Apa yang membezakan jentera ini dengan jentera lumba drag yang lain adalah ianya sebuah kereta lumba yang mempunyai sistem penghawa dingin… Kau ada?

 

Spesifikasi Shift!

Kereta: Mitsubishi Lancer Evolution III

Enjin: 4G63 2.0 liter, 4 silinder, DOHC Turbocharged 4WD

 Modifikasi Enjin:

 Head: 1mm Oversized Intake & Exhaust Valve, HKS Valve Spring, HKS 280º Camshaft, HKS Campulley, ARP HEadstud, MLS Headgasket, Port & Polish by Setiawangsa Racing.

Block: Wiseco Piston, Eagle Rods, Stock Crank, Fully balanced Engine by Setiawangsa Racing,.

Turbo: Custom GT FP35R Ball Bearing, Tial Wastegate

Others: Magnus Intake Manifold, 80mm Throttle Body, 2200cc Injectors, Thrust Intercooler, Stainles Steel Complete Piping, RCI Racing Fuel Tank with Bosch 044 x 2 Fuel Pump.

Transmisi: Custom Ratio Dogbox (PAR-Magnus), Quarter Master Clutch, Custom Rear Axle by Setiawangsa Racing

 Suspensi: Custom Adjustable Absober hi-lo soft-hard

Elektronik: HKS F-CON V.PRO Version 3.3, MSD DIS2 Plus, HKS AFK, Defi Gauges

 Rim & Tayar: Rim Volk Racing TE37 15 inch dengan tayar Mickey Thomson Street Radial

 Dalaman: Seat Aluminium Kirkey USA

Power: 820WHP / 580lbft Torque @ 8500rpm boost 2.75bar (E85 Fuel)

Tuner: Mat Penang Setiawangsa Racing, Ukay Perdana Ulu Klang

GALERI :

Share.

About Author

Leave A Reply