Mitsubishi Lancer Evolution III – Saturday Night Heroes

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Arena sukan bermotor Drag telah berjaya menarik minat ramai penggemar jentera berprestasi tinggi untuk menghadirkan diri ke kejohanan-kejohanan drag utama di Malaysia seperti Sepang Drag Battle dan MUSC Drag Challenge. Sambutan acara ini cukup menggalakkan dengan kehadiran ribuan penonton untuk menyaksikan aksi-aksi jentera berkuasa ekstrim. Fenomena ini telah melonjakkan semula industri sukan bermotor di Malaysia yang pernah suram satu ketika dulu.

Acara drag ini dikhabarkan lebih dekat dihati dengan peminat sukan bermotor jika dibandingkan dengan cabang sukan bermotor yang lain. Walaupun kosnya cukup tinggi untuk melibatkan diri dalam sukan ekstrim ini, namun ianya seperti tiada apa yang mampu menghalang lebih ramai orang untuk menyertainya. Setiap pusingan, pasti ada kelibat jentera-jentera baru yang ingin mencuba nasib di litar lurus sepanjang 400 meter ini.

Berpengkalan di USJ 1, Subang jaya, jenama Jo 1 Racing bukanlah asing dikalangan peminat jentera berprestasi tinggi. Tidak terbilang dengan jari untuk menghitung jumlah pelanggannya telah berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan oleh para mekanik di Jo 1 Racing.

Diketuai oleh Saudara Nizam Nordin bersama pemilik jentera, ‘Rey JaweRacing’ Nordin, tahun 2011 adalah pencetus untuk pasukan Jo 1 Racing memulakan projek mega mereka untuk menggegarkan litar drag di Malaysia. Memilih chasis milik Mitsubishi Lancer Evolution III Kansai yang ditemui di sebuah kedai potong untuk disuntik dengan kuasa yang luar biasa. Menerusi pengalaman yang luas saudara Nizam dalam industri automotif, segala kepakarannya telah diterjemahkan terhadap mesin yang dicop dengan kod 4G63T. Dikhabarkan memiliki ramuan istimewa yang menjadikannya senjata rahsia untuk memberi saingan kepada jentera-jentera ‘otai’ yang sedia ada.

Nadi yang berkapasiti 2.0 liter, 4 silinder yang terkenal dengan teknologi DOHC turbocharged 4WD ini telah diberikan nafas segar menerusi pelbagai komponen berprestasi tinggi. Organ dalaman asalnya telah diganti. Piston bersaiz 86mm jenama Wiseco telah mengambil bahagian bergabung bersama Rod Manley Turbo Tuff. Kedua komponen ini telah disumbatkan pada blok yang memiliki stroker bersesaran 2.2 liter. Setelah itu, antara blok dan kepala silinder diselitkan dengan metal gasket jenama Fel Pro.

Bagi memastikan kelancaran operasi kepala silinder, proses ‘Ported Cylinder Head’ dengan 1mm Oversized Valve telah diaplikasikan. Bagi memastikan komponen dalamannya lebih kukuh sewaktu diasak pada rpm tinggi, bearing ACL dan skru pengikat headstuds dan mainstuds jenama ARP telah digunakan.

Dibahagian kepala silinder pula, terselindung 2 batang aci sesondol berdurasi lebih tinggi iaitu 280° dari jenama Brian Crower pada bahagian Intake dan Exhaust. Batang tersebut telah diikat dengan cam pulley boleh laras dari jenama HKS. Aci sesondol tersebut turut bertugas bersama-sama dengan valve spring dan retainer dan valve oversized 1mm dari jenama Kigly.

Bagi penghasilan kuasa yang lebih tinggi, unit induksi pendesak sistem turbo digantikan dengan yang lebih besar dari Garret GT Turbo. Operasi tekanan udara yang masuk ke dalam bahagian enjin telah disokong oleh banana manifold ekzos rekaan GME Racing, Intake custom rekaan JMF Racing oleh Uncle Sam, HKS intercooler, stainless steel intercooler piping berukuran 3” dan disalurkan menuju ke sistem ekzos  ekzos berukuran 3 ½” rekaan Capoi. Unit penyejukan enjin pula menempatkan radiator 2 lapis jenama Koyorad yang dibantu dengan Electric water pump EWP.

Bagi memastikan bekalan bahan api sentiasa mencukupi, sistemnya telah dipertingkatkan dengan penggunaan Fuel Injector FIC berkapasiti 2150cc dan dilaraskan tekanannya oleh Fuel regulator FPR 1000 jenama Turbo Smart. Sistem nyalaannya pula menggunakan kabel plug coil race tech yang disambungkan ke Microtech X4.

Bagi memastikan peralihan kuasa yang lancar, kotak transmisi telah dirombak keseluruhan menggunakan kotak gear Factory Gear Box disokong oleh set klac Quarter Master serta Factory Driveshaft di bahagian hadapan belakang, axles dan long shaft.

Sistem suspensinya turut dinaiktaraf dengan suspensi boleh laras tahap kekerasan dan ketinggian dari jenama D2. Keseluruhan bushing jentera EVO III ini telah digantikan dengan getah baru dari Mitsubishi Rubber. Atas faktor keselamatan, pepalang Roll Cage penuh dari jenama CUSCO telah digunakan. Sistem brek asal masih dikekalkan sekadar digantikan dengan pelapik brek berprestasi tinggi agar dapat menampung suhu yang lebih panas.

Penampilan luaran hanya besederhana tanpa banyak bodykit. Disamping kesederhanaan tersebut, rim jenis perlumbaan telah berada di keempat-empat sudut jentera ini. Rim berukuran 16 inci EVO Regamaster telah dibaluti dengan tayar semi slick berprestasi tinggi Toyo Proxes R888 225/45R16 untuk cengkaman yang lebih kukuh di litar lumba. Rim tersebut telah diikat dengan skru nut Rays Racing.

Pengubahsuaian nadi 4G63T secara keseluruhan telah diselaraskan oleh sebuah unit pengurusan enjin yang terbaik ketika ini iaitu Micro Tech ECU yang mana telah berjaya memperluaskan perihal karektor EVO III ini. Seakan tidak percaya bahawa menurut pemiliknya, Rey JaweRacing, EVO ini mencatatkan kuasa sehingga 700WHP@10,000rpm tetapi kini dijangka untuk mendapatkan kuasa yang lebih tinggi dengan pertambahan beberapa komponen berprestasi tinggi yang baru di masa yang akan datang.

Kami memuji pasukan Jo 1 Racing yang diketuai oleh Saudara Nizam Nordin dan Rey JaweRacing atas usaha mereka. Pasukan ini turut mendapat sokongan yang padu dari Jo 1 Racing Team Crew, Jaweracing Group dan Turbo Machine Community. Kami turut mengucapkan selamat maju jaya kepada pasukan Jo 1 Racing!

 

Spesifikasi Shift

 Kereta: Mitsubishi Lancer Evolution III Kansai

Enjin: 4G63 2.0 liter, 4-silinder, DOHC turbocharged 4WD

Modifikasi Enjin: Camshaft 280° Brian Crower Intake & Exhaust , HKS Cam Pulley, Main Pulley ATI Super Damper, Kigly Valve Spring and Retainer  & 1mm Oversize Intake / Exhaust Valves,  Headstuds and  Mainstuds by ARP, Bearing ACL,  Fel Pro Metal Gasket, Ported Cylinder Head dengan 1mm Oversize Valve, Piston Wiseco 86mm, Rod Manley  Turbo Tuff , Custom Oil Pump Gears, 2.2 Stroker Block,  Garret GT Turbo, HKS Intercooler, Stainless Steel Intercooler Piping 3” and Exhaust system 3 ½” by CAPOI, Radiator Customized 2 layer by Koyorad, Intake Custom JMF Racing by Uncle Sam, Blow Off Valve TIAL, Waste Gate TIAL, Banana by GME Racing, Electric Water Pump EWP, Coil Race Tech link to X4 M/Tech, Fuel Injector FIC 2150cc, Oil Catch Tank by GREDDY, Boost Controller Dual Stage by Turbo Smart, Fuel Regulator FPR 1000 by Turbo Smart, Shift Light by AUTOMETER,

Transmisi: Factory Gear Box, Clutch Set Quarter Master, Factory Driveshaft : hadapan dan belakang, axles dan long shaft.

Suspensi/Chassis: Adjustable Absorber High Low Soft Hard by D2 , All car’s Bushing by Mitsubishi Rubber , Full Roll Cage by CUSCO dan Stabilizer bar by Ultra Racing,

Dalaman: Stereng by SPARCO, Seat by RECARO.

Brek: Evo 3 calipers dan discs

Rim & Tayar: Rim 16” EVO Regamaster, Toyo Proxes R888 Semi Slick Tire 225/45R15, Rays Racing nuts.

Elektronik: Micro Tech ECU, Defi Gauges

Kuasa: 700WHP@10,000rpm

 Tuner:  Jo 1 Racing, USJ 1, Subang Jaya

– Dyno Machine by Milennium Motorsports Asia

Tuner : Nizam Nordin, Jo 1 Racing

Owner : Rey Jaweracing

Pengurus Pasukan: Nizam Nordin, Jo 1 Racing

Supporter : Jo 1 Racing Team Crew, Jaweracing Group, Turbo Machine Community.

 

Disediakan oleh : W@zid Zaidon         Foto : Kenny Yeoh@eosguy

GALERI :

 

Share.

About Author

Leave A Reply