Mitsubishi Lancer Evolution 9 Wagon – Wild Thing

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Apabila sudah terlalu banyak model kereta yang telah digunakan, seseorang itu sentiasa memikirkan sesuatu yang agak berlainan sebagai kenderaan permaina beliau. Namun, mencari yang berlainan itu bukan sesuatu perkara yang mudah. Setelah beberapa ketika, akhirnya beliau bertemu dengan sebuah jentera yang boleh dikatakan sangat jarang dijumpai di atas jalan raya negara kita.

Biasanya kita mengetahui tentang Mitsubishi Evo hanya ada dalam bentuk sedan sahaja. Namun, tahukah anda, Evo juga dilahirkan dalam model wagon? Mitsubishi Evo Wagon ini merupakan salah satu jentera yang pasti akan menarik perhatian sesiapa sahaja yang melihatnya. Sebagai seorang taukey, ianya merupakan satu keperluan kepada pemiliknya untuk membawa barangan jualan beliau dengan lebih mudah.

Enjin jentera ini masih lagi dalam keadaan yang asal. Namun beberapa aksesori dan peralatan berprestasi telah dipasangkan pada jentera ini antaranya pelindung manifold berjenama ARC, ‘blow-off’ HKS, pelindung tali sawat gentian karbon, ‘brake stopper’ Ralliart, serta sistem ekzos lengkap HKS Super Silent. Unit ecu asal yang menala enjin ini telah diberi nafas lebih baru bagi berkhidmat dengan lebih cemerlang.

Untuk pemberhentian yang lebih cekap, jentera ini telah dipasangkan dengan sistem brek lengkap AP Racing keseluruhannya. Set suspensi boleh laras Tein Type Flex dipasangkan bagi melaraskan kedudukan jentera tersebut bersesuaian seperti yang dikehendaki oleh pemiliknya.

Ruang dalamannya tampak mewah dengan pelbagai aksesori yang sangat menarik antaranya tempat duduk bucket Recaro SRII dari Evo X, deretan meter Defi Advance 6 beradik, unit pemasa turbo Blitz, pelapik kaki Ralliart serta pemain audio Pioneer yang pasti memeriahkan sesi pemanduan.

Untuk luaran, kita badan jentera ini masih lagi kekal yang asal. Namun begitu, untuk memberi penampilan lebih menarik, aksesori dari Ralliart seperti lips bumper dan spoiler, hood hadapan gentian karbon dari Varis, cermin sisi Ganador gentian karbon, ‘door visor’ MMC CT9W, strut bar Cusco Titanium dan ‘brace bar’ hadapan. Penampilan jentera ini tampak lebih memikat dengan padanan rim SSR Type C RS berukuran 18 inci disertakan dengan tayar Michelin PS3 keseluruhannya.

Bagi mereka yang selalu mencari barangan ‘aftermarket’ dan juga ‘halfcut’ pastinya mengenali Rafique Garage & Autoparts. Kalau ada pergi ke sana pasti tahu siapa pemiliknya…

 

Spesifikasi Shift!

Kereta : Mitsubishi Lancer Evolution 9 Wagon (CT9W)

Enjin Asal : 4G63T

Modifikasi Enjin : Enjin asal, cover manifold ARC, blow-off HKS, belting cover CF, Ralliart stopper brake, radiator cap Ralliart, exhaust set HKS Super Silent

Elektronik : ECU Reflash

Transmisi : Asal

Brek : AP Racing 6 & 4 pot

Rim & Tayar : MICHELIN PS3 245/40/18,  rim 18” SSR Type C RS 9.5JJ OFFSET 29

Suspensi : TIEN Type Flex

Luaran : Bodykit original, lips bumper Ralliart, spoiler Ralliart, front hood CF Varis, side mirror Ganador, door visor MMC CT9W, strut bar Cusco titanium, front brace bar, lower engine bar

Dalaman : Recaro SRII Evo X, Defi Advance Meter (Turbo, oil temp, water temp, exht temp, RPM, volt), turbo timer Blitz, carpet Ralliart, Audio Pioneer

Bengkel : RAFIQUE GARAGE&AUTOPARTS

Pemilik : EJAL RAFIQUE

Foto : Shah Bahulu@Adam Photography

GALERI 

 

Share.

About Author

Leave A Reply