Mitsubishi Lancer CB8A – Super Star

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Kalau dah minat, tiada apa yang mampu menghalangnya…

Jentera berprestasi yang dilahirkan pada zaman-zaman dahulu sentiasa mendapat perhatian daripada peminat mereka sehingga ke hari ini lebih-lebih lagi jika semua alat gantinya amat mudah untuk didapati disamping memiliki rekabentuk yang amat menawan hati. Nadi yang didatangkan bersamanya pula masih lagi mampu bersaing dengan enjin-enjin moden yang di zaman millenium.

Contoh jentera yang sentiasa diburu sehingga sekarang adalah Mitsubishi. Ya, dinegara kita bahkan di luar negara, jentera jenama ini sering menjadi rebutan untuk dimiliki bukan sahaja untuk koleksi tetapi untuk dimodifikasi bagi tujuan perlumbaan. Seperti yang diberitahu di atas, ianya menjadi buruan bukan sahaja disebabkan oleh rekabentuk yang menarik tetapi enjinnya yang mampu menghasilkan kuasa luarbiasa apabila di naik taraf turut menjadi sebab utama mengapa permintaannya sangatlah tinggi.

Untuk paparan kali ini, kami menampilkan sebuah jentera Mitsubishi Lancer CB8A (bukan Evo) yang telah dinaiktaraf menjadi sebuah model Evo III secara keseluruhannya. Disebabkan cesi yang sama, maka tidak menjadi masalah untuk keseluruhan jentera ini ditransformasi seperti yang dilihat sekarang.

Nadi asal 4D68 sudah lagi tidak digunakan dan digantikan dengan enjin bertenaga 4G63T yang disalin terus dari model Mitsubishi Evo III. Adakah enjin tersebut dibiarkan dalam keadaan asal??? Jawapannya mestilah tidak. Kepala silinder utama telah dilengkapi dengan aci sesondol HKS 264’ beserta cam gear dari Works Engineering. Penapis udara Blitz dipertanggungjawabkan untuk memastikan udara yang dibawa masuk ke dalam ruangan intake bebas dari bahan tercemar.

Selain itu, beberapa peralatan berprestasi lain turut dipasangkan pada enjin ini antaranya sistem paip intercooler rekaan kustom, unit throttle body Super90, blow-off Tial, wastegate dari Tial serta manifold turbo yang turut dikustomkan. Bahan api dari tangki utama dihantar untuk pembakaran melalui pam bahan api Walbro yang seterusnya melalui pelaras bahan api Arospeed  sebelum memasuki ruangan kebuk. Gas karbon monoksida hasil dari pembakaran kemudian di tolak keluar melalui sistem ekzos kustom berukuran 3 inci yang disambung dengan muffler Jasma SR di bahagian belakang jentera ini.

Kuasa yang terhasil dari enjin kemudian dihantar ke bahagian roda melalui kotak gear pacuan 4 roda dari Evo III lengkap dengan klac plat berkembar berprestasi milik OS Giken. Sistem brek dari jenama Brembo telah digunakan untuk kuasa memberhentikan jentera ini dengan lebih cekap. Bagi memastikan tahap kestabilan jentera ini berada pada tahap yang baik dan tidak menggangu prestasi semasa dipacu pada kadar yang maksimum, jentera ini telah dipadankan bersama sistem penyerap hentak boleh laras Tein keseluruhannya.

Ruang dalaman jentera ini juga turut disalin sepenuhnya dengan peralatan milik Evo III. Tempat duduk Recaro SPG dipasangkan pada bahagian pemandu dipadankan dengan stereng Momo Speed di hadapannya. Selain itu, terdapat beberapa aksesori lain yang turut menarik perhatian antaranya pedal Ralliart, deretan meter Defi 5 beradik, meter Apexi RSM dan SAFC II di bahagian papan pemuka.

Apa yang lebih menyerlah adalah penampilan luaran jentera ini. Jentera ini telah dipakaikan dengan kit badan lengkap dari Evo III manakala bumper hadapan Kansai dipadankan dengan fender serta dari gentian karbon. Sel;ain itu, pintu depan dan belakangnya juga telah dibaluti dengan bahan gentian karbon serta di ‘wide body’ kan keseluruhan sisinya. Spoiler belakangnya pula diambil dari model Evo II serta dikustomkan.

Beberapa peralatan lain yangturut digunakan pada jentera ini adalah signal Lanser USDM, visor lampu hadapan, sunroof dan cermin belakang Evo III serta cermin sisi Ganador gentian karbon. Akhir sekali, rim Volk Racing TE37 berukuran 17 inci telah menjadi pilihan serta dibaluti tayar Toyo Proxes T1R keseluruhannya.

Bagi memastikan jentera ini  berkuasa dan kelihatan bertenaga di atas jalan raya, pemiliknya telah memberi kepercayaan kepada pihak Duan Pomen Garage serta Rady Workshop untuk menyelesaikan segala-galanya.

 

Spesifikasi Shift!

Kereta : Mitsubishi Lancer CB8A

Tahun : 1999

Enjin Asal : 4D68

Modifikasi Enjin :4g63T evo3 , camshaft HKS 264′, cam gear Works Engineering, penapis udara Blitz, manifold turbo custom, wastegate Tial, intercooler Greedy, piping intercooler custom, throttle body Super90, blow off Tial, fuel pump Walbro, fuel regulator Arospeed, kabel plug NGK R09, exhaust pipe custom 3′ + Muffler SR Jasma

Transmisi : Kotak gear & sistem pacuan AWD Evo III, klac berkembar OS Giken

Suspensi :  Tein

Brek : Brembo

Rim & Tayar : Rim Volk Racing TE37 + Toyo Proxes T1R 225/45/17

Dalaman : Evo III, Recaro SPG, Stereng Momo Speed, burger dashboard, pedal Ralliart, meter Defi, RSM Apexi, SAFC II Apexi

Luaran : Kit badan Evo III, bumper & fender Kansai, Widebody Full Blast, cermin sisi Ganador, sunroof & cermin belakang berwiper Evo III, visor lampu depan, signal amber Lancer USDM, spoiler Evo II custom, bodypart CF

Bengkel : Duan Pomen Garage, Rady workshop

Pemilik : Zool Ayub (Evo silver)

Foto : Shah Bahulu@Adam Photography

GALERI :

 

Share.

About Author

Leave A Reply