Mitsubishi Lancer CB8A – Phantom of the Opera

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Hobi dalam menaiktaraf dilihat seakan tiada penghujungnya. Malahan ianya boleh menjadi ketagih selepas mendapat nikmat dari keterujaan memandu sebuah jentera yang dinaiktaraf. Kerana kegilaan tersebut, ramai diantaranya sanggup berhabis wang ringgit semata mengejar kepuasan demi mencapai nikmat yang bersifat sementara. Pelbagai ragam dan gaya ditonjolkan menerusi penampilan jentera masing-masing. Ada yang menggayakan semata untuk tayangan di acara-acara automotif. Ada juga yang menaiktaraf jentera mereka untuk fungsi di litar lumba.

Fenomena ini seperti ‘berhantu’ dan mampu mendorong rakan-rakan lain terjebak bersama. Walaubagaimanapun, Untuk menceburi dunia modifikasi jentera berprestasi ni bukanlah suatu hobi yang murah. Sejumlah wang yang besar untuk menjadi modal pelaburan dalam mendapatkan kepuasan yang maksima. Setelah itu, lambakan tawaran jualan komponen berprestasi tinggi untuk pelbagai model serta kemudahan urusan jual beli termasuklah menerusi rangkaian internet dan laman sosial telah menggalakkan lagi aktiviti ini menjadi lebih aktif. Tidak kira dimana kumpulan anda berada. pastikan pelaburan yang anda lakukan mendapat balasan yang setaraf.

Isu kali ini Shift tampilkan sebuah lagi model yang berjaya mendapat perhatian kami sekaligus memikat hati semua. Walaupun bukan model pilihan ramai tetapi masih ada nilai dan pakej yang bagus untuk dikongsi bersama semua pembaca. Sebuah Mitsubishi Lancer CB8A! Walaupun dari jauh dilihat tidak ubah seperti  Proton Wira keluaran Malaysia yang digemari ramai untuk menjadi mangsa ‘salinan’ EVO tetapi banyak perbezaan yang begitu ketara dari model tersebut. Walaubagaimanapun, model paparan kali ini tidak boleh diperkecilkan lagi kerana atas usaha dan minat pemiliknya, jentera ini menjadi lebih hebat dari yang biasa.

Menurut sumber rujukan dari internet yang saya perolehi, Kod CB8A merujuk kepada enjin diesel berkapasiti 2.0 liter yang hanya berkuasa kuda setinggi 68 sahaja. maka dengan usaha pemiliknya, jentera ini diperkukuhkan dengan nadi penggerak yang baru agar kelihatan lebih handal apabila beraksi di jalanan. Dikuasakan oleh enjin baru dari siri Lancer Evolution dengan kod pengenalan 4G63T. Tidak cukup dengan itu, enjin tersebut dipertingkatkan lagi kapasitinya kepada 2.2 liter menggabungkan stroker kit beserta unit piston Toyota 1JZ bersaiz 86mm dan Conrod Brian Crower I-Beam.

Enjin ini sememangnya terkenal dengan lonjakan kuasa tingginya. Maka, sistem turbo adalah tunjang kepada potensi enjin ini. Unit turbo asal jentera ini diganti kepada Turbo Garret GT35 yang ditenggekkan di atas manifold ekzos yang lengkap beserta pelepas tekanan berlebihan iaitu wastegate Tial berukuran 44mm. Unit penyejukan udara pula menempatkan intercooler dari Nissan Skyline R32 lengkap beserta paip stainless steel dengan tenggekan pelepas tekanan Blow Off jenama Apexi twin chamber.

Bahagian kepala silinder enjin turut dirombak menerusi proses kejuruteraan ‘Port N Polish’ bagi memastikan aliran udara masuk dan gas keluar lancar serta efisien. Tidak cukup dengan itu, komponen pada bahagian tersebut dinaiktaraf dengan menempatkan aci sesondol berdurasi tinggi 272° jenama HKS. Sistem aliran bahan api turut diberikan perhatian dengan  aliran yang dimulai tangki dengan sokongan Surge Tank Custom dengan pam dalaman dari Walbro berkapasiti 255lph dan pam luaran sebanyak 2 unit dari Bosch 044 terus menuju ke ruangan enjin menerusi bantuan larasan penstabil dari Sard Fuel Regulator. Bahan api tersebut akan disuntik ke kebuk pembakaran menerusi unit injector jenama Racetronic berkapasiti 1050cc.

Sistem nyalaan enjin pula dinaiktaraf dengan penempatan Coil On Plug Race-Tech (Limited Edition). Kotak transmisi manual 5 kalajuan 4WD sepenuh masa dengan bantuan unit LSD jenama Kaaz 2 way jentera ini dipertingkatkan sistem klacnya menggunakan klac perlumbaan twin plate jenama Competetion. Gear jentera ini diubah dengan menempatkan gigi gear close ratio 1 hingga 4 lengkap beserta Final Drive 4.3. Operasi keseluruhan enjin ini telah dikawal dengan pemetaan yang ditala mengikut kemampuannya menerusi kotak komputer Microtech LT10s yang hadir bersama X4 Ignitiernya.

Proses naiktaraf ini tidak tertumpu kepada bahagian enjin, sebaliknya lain-lain bahagian turut mendapat perhatian pemiliknya. Bahagian brek menempatkan unit caliper brek Brembo diambil dari EVO6 dibahagian hadapan  dan belakang serta diperkukuhkan lagi dengan pemakaian Race-Tech Brake Stopper. Bahagian sistem suspensi pula dinaiktaraf dengan menempatkan suspensi boleh laras sepenuhnya tahap kekerasan dan ketinggian dari jenama Titan. Untuk tujuan gaya pula, pemilihan set rim OEM Lancer Evolution 9 dibaluti dengan tayar berprestasi dari jenama Toyo R888 235/45/17. Tidak cukup setakat ‘kasut’ jentera ini, ianya diperkemaskan lagi dengan aksesori luaran kit badannya. Rujuk saja kepada spesifikasi Shift milik jentera ini. Panjang ceritanya jika dirungkai satu persatu.

Ini adalah salah satu projek ‘Gila!’ yang mendapat perhatian kami. Hebat dan mengagumkan!

Spesifikasi Shift!

 Kereta: Mitsubishi Lancer CB8A tahun 1992

 Modifikasi Enjin: 4G63T Engine Modified, Stroker kits 2.2 liter, Piston Toyota 1JZ 86mm, Conrod Brian Crower I-Beam, Coil On Plug Race-Tech (Limited Edition), Turbo Garret GT35, Blow Off Apexi twin chamber, Wastegate Tial 44 mm, Injector Racetronic 1050cc, Fuel Regulator Sard, Oil Catch Tank custom, Intercooler Nissan Skyline R32, Radiator Aluminium AVS, Camshaft HKS 272 degree, Fuel Pump Internal Walbro 255 lph & External 2 unit Bosch 044, Surge Tank Custom, AEM Methanol kits, Race-Tech Cooling Plate (chrome edition), Stainless Steel Piping, Muffler HKS Silent Hi Power

 Transmisi: Manual 4wd sepenuh masa dengan LSD Kaaz 2 way / full lock, Race-Tech smooth shifter, Race-Tech solid shifter worx, Race-Tech Clutch Reinforced Plate, Competition Clutch Twin Plate

 ECU & Elektronik: Microtech LT 10s, Microtech X4, Boost Controller Greddy Profec B spec II

 Brek: Brembo Evo 6 (depan & belakang) advance liquid gold chrome coated, Race-Tech Brake Stopper

 Suspensi & Cesi: Penyerap hentak boleh laras Titan, J’s Speed Fender Bar, Room Bar, Cusco Rear Bar, Race-Tech Chasis Alignment Kit (depan dan belakang), Roll-cage Advance liquid concept magnesium blue coated

 Rim & Tayar: Tayar Toyo R888 235/45/17, Rim OEM Lancer Evolution 9 advance liquid concept magnesium blue coated

 Dalaman: Meter Defi Amber Red (Turbo, Fuel Press, Oil Press, Water Temperature, Oil Temperature), Meter HKS Exhaust temperature, Meter AEM Air fuel ratio, Turbo timer ARK, Stereng Momo 2 spokes, Seat Recaro Lancer Evolution 7, Aluminium front carpet, ARP Map holder

 Luaran: Bodykit concept Full blast, Bumper depan Kansai, Fender Full blast CF, Pintu Asal berserta Advance Liquid concept Carbon wrapped, Cermin pandang sisi Ganador, Bonet depan CF

 Bengkel: Enjin, Modifikasi dan Penalaan G-Rotorworks – Taman Universiti JB, Piping & Ekzos Ben Soon Exhaust – Masai JB,Tayar & Suspensi Top Grip – Pasir Gudang, Salutan & Carbon Fiber Advance Liquid Concept

Pembekal peralatan berprestasi tinggi : Race-Tech – New Zealand, BFG Garage – Kulai, Shah Autoparts, JB, Zali Autoparts – Mersing, Sahabat Garage Autoparts – Balakong, FatBoy Racing – Shah Alam, Epul Satriage Racing, KL, Squirtparts – Shah Alam, Kedai Runcit Krol – Gurun, JDMH – KL

 

 

Share.

About Author

Leave A Reply