Mitsubishi Lancer CB1A – Drunken Machine

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Jika kita hendak menyatakan tentang model-model Mitsubishi yang terawal semestinya 7 hari 7 malam pasti tidak habis untuk dikaji dan dipelajari. Terlalu banyak model-model yang diperkenalkan. Daripada reka bentuk yang seakan-akan sama tidak semestinya enjin yang didatangkan juga adalah sama. Maka terpaksalah Google dan Wikipedia dijadikan sumber rujukan untuk memastikan kesahihan sesuatu model itu. Inilah gunanya teknologi, harus digunakan dengan sebetulnya bukan dipersiakan…

Model yang dipaparkan ini merupakan Mitsubishi Lancer CB1A. tetapi adakah ianya kelihatan seperti sebuah Lancer? Tidak sama sekali. Ianya telah disumpah menjadi sebuah Evo III. Manakan tidak, lihat sahaja keseluruhan penampilannya, kesemuanya telah ditukar dan tampak lebih bergaya berbanding dengan sebelumnya. Kit badan lengkap Cruise Evo III telah menjadi pilihan untuk dipakaikan pada jentera ini dan diperhebatkan lagi dengan GT Wing di bahagian belakang. Tampak lagi menarik, ianya turut dipakaikan dengan beberapa aksesori lain seperti lampu belakang USDM, sunroof milik Evo III serta cermin sisi Ganador asli milik Evo III kata pemiliknya.

Melihat sahaja ke bahagian dalam jentera ini pasti akan membuat anda terpukau dengan pelbagai aksesori yang dipakaikan. Tempat duduk TME telah menjadi pilihan lalu dipadankan dengan Stereng Momo serta tombol gear Ralliart bersama. Antara aksesori dan peralatan lain yang digunakan adalah perehat lengan “telu” Evo III, pemain audio Pioneer, tweeter lengkap dengan crossover juga dari jenama yang sama, pembesar suara “bantal” Carrozzeria, unit pemasa turbo Apexi, pengawal boost GReddy serta pedal dari Ralliart.

Enjin 4G91 yang asal pada tubuh jentera ini telah ditamatkan perkhidmatannya lalu digantikan dengan enjin 4G63T yang diambil terus dari body potong Evo III. Ternyata Mitsubishi mempunyai sebuah model enjin yang sangat lejen dan terkenal di seluruh dunia. Prestasi yang boleh dihasilkan oleh nadi baru ini masih belum mencukupi. Oleh yang demikian, pemiliknya telah mengambil keputusan untuk menaik taraf keseluruhannya bagi memberi lebih kepuasan dalam sesi pemanduan.

Piston Wiseco berukuran 86mm telah mengambil tempatnya di dalam ruangan blok dipadankan bersama conrod dari Manley. Keseluruhan bearing asal telah digantikan dari jenama King. Bahagian kepala silindernya pula telah dipasangkan dengan aci sesondol milik HKS 264°. Sistem penyejukkan udara dari intercooler HKS disalur melalui paip rekaan kustom. Unit ‘throttle body’ Super90 pula membantu dalam penjanaan kuasa yang lebih optimum dengan bantuan sistem turbo AR50 yang digunakan. Manifold ekzos rekaan Tonnka dipadankan dengan wastegate Tial berukuran 38mm di atasnya. Gas karbon hasil pembakaran dalam enjin kemudian dihantar keluar melalui sistem ekzos Kakimoto Regu 92Z.

Kuasa yang terhasil  jangan dipersiakan. Oleh yang demikian, ianya telah disampaikan ke bahagian roda melalui kotak gear 4WD Evo III lengkap dengan LSD dan klac mantap single plate dari Ogura.

Sistem penyerap hentak boleh laras HWL HLSH dengan body shift telah dipasangkan di keseluruhan penjuru jentera ini agar memastikan penumpang dan pemandu berada dalam keadaan selesa setiap kali kuasanya dipacu. Untuk pemberhentian pula, kaliper brek AP Racing memastikan ianya akan mencengkam erat kepada rotornya di bahagian hadapan manakala sistem brek asal Evo III diletakkan di bahagian belakang. Akhir sekali, bagi kelihatan lebih bergaya, jentera ini dipadankan dengan rim Volk Racing TE37 berukuran 18 inci dan dibaluti tayar Bridgestone RE003 keempat-empatnya.

Untuk mendapatkan hasil seperti ini, Melan bukan sahaja menggunakan satu sahaja mekaniknya, tetapi 5 pihak yang bertanggungjawab iaitu Duan Pomen Garage, Cikie Custom Piping, Station Snow Wash, K3 Garage dan Mie Ayam Motorsport yang bertanggungjawab untuk menala keseluruhan jentera ini.

 

 Spesifikasi Shift!

Kereta : Lancer CB1A

Tahun : 1993

Enjin Asal : 4G91

Modifikasi Enjin :4G63T Evo III, piston Wiseco 86mm, conrod Manley, King bearing,camshaft HKS 264’, pam Walbro 255lph, regulator sard, NGK plug, intercooler HKS + piping custom, turbo A/R50, throttle body Super90, manifold Tonnka with wastegate Tial 38mm, oil cap Ralliart, radiator cap Ralliart, ekzos Kakimoto Regu 92Z

Transmisi : Kotak gear 4WD Evo III LSD with Ogura single plate clutch

Suspensi : HWL HLSH with body shift

Brek :  AP Racing caliper, rotor 330mm (depan) Evo III (belakang)

Rim & Tayar : Volk Racing TE37 18”, tayar Bridgestone RE003 18″

Dalaman :Seat  TME, defi 6 beradik, Apexi RSM, Apexi SAFC 2, armrest telor Evo III, berger Evo III, stereng Momo Speed, player Pioneer, tweeter Pioneer with crossover, speaker bantal Carrozzeria, turbo timer pen Apexi, boost controller GReddy, knee rest Evo III, pedal kaki Ralliart, gearknob Ralliart

Luaran : Bodykit complete Cruise Evo III Original, lampu belakang USDM,  singnal tepi USDM, sunroof Evo III, side mirror Ganador CE9A Original, GT Wing

Bengkel : Duan Pomen Garage, Cikie Custom  Piping ,Station Snow Wash, K3 Garage, Tuning by Mie Ayam Motorsport

Pemilik : Melan

Foto : Shah Bahulu@Adam Photography

GALERI

 

Share.

About Author

Leave A Reply