Mitsubishi Evolution VIII – Still Killin’ It

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Tipulah, kalau sebut nama Evo ni orang tidak tahu apa punya kereta. Popularitinya tidak boleh disangkal lagi. Dan lebih mengejutkan, baru-baru ini, saya bertemu dengan seorang anak gadis memandu sebuah Evo 8. Hebatnya Mitsubishi Evo ini sehinggakan komuniti pemilik Mitsubishi Evo atau Three Diamonds Members telah mengadakan acara Evo Day di Perak yang telah berjaya menghimpunkan ratusan jenis jentera Mitsubishi dari model Lancer dan Evo. Tahniah diucapkan kepada penganjur.

Dengan modal yang ada dan saja untuk mengubah angin, pemilik jentera Mitsubishi Evo 8 yang menjadi paparan utama kali ini telah mendapatkan perkhidmatan dari pihak EvoShop di Thailand untuk menaik taraf serta memberi sentuhan lebih padu ke atas jentera beliau ini. Dan hasilnya seperti yang anda dapat lihat sekarang!

Nadi 4G63T milik jentera ini telah dirombak keseluruhannya. Kit stroker 2.3 dari Tomei menjadi teraju utama. Dengan saiz piston dirahsiakan, kepala silinder yang turut di ‘upgrade’ dan dipadankan bersama aci sesondol HKS 272° diikat pada bahagian blok beralaskan gasket dari Cometic. Turbo GTX pula memastikan kuasa yang dihasilkan oleh enjin ini dapat dipacu dengan lebih maksimum. Kelancaran perjalanan bahan api diperhebatkan lagi dengan penggunaan injektor Dynamic bersesaran 1350cc. beberapa alatan berprestasi lain juga dapat dilihat pada enjin ini antaranya ‘timing belt’ HKS, sistem paip dari HPI, strur bar Carbing dan juga intercooler HKS yang berfungsi menyejukkan udara dengan lebih baik. Gas karbon yang terhasil dari dalam ruangan kebuk dihantar keluar melalui sistem ekzos titanium Trust.

Kuasa yang dihasilkan kemudiannya dihantar ke keempat-empat roda melalui kotak gear milik Evo 9 yang digunakan. Selain itu, prestasi yang dihasilkan lebih menyerlah dan mantap dengan bantuan unit ecu Link G4+.

Untuk prestasi membrek yang lebih cekap, jentera ini telah dipasangkan dengan sistem brek lengkap dari Brembo manakala di bahagian kalipernya telah dipadankan dengan pelapik dari jenama Endless kesemuanya. Untuk keselesaan dan juga corak pemanduan yang lebih agresif, keempat-empat penjuru jentera ini telah dipasang dengan sistem suspensi boleh laras BC Racing.

Dibahagian dalam, kita dapat melihat 8 buah meter Defi serta Defi ZD bersama-sama Apexi RSM Immamura, Defi Din Ralliart dan GReddy Profect B LED dipasang di bahagian papan pemuka. Selian itu, padanan stereng TME dan juga tombol gear Ralliart memberikan prestasi luar biasa semasa sesi pemanduan.

Kit badan Voltex versi ‘Time Attack’ menjadi pilihan untuk menghiasi bahagian luarannya. Kehebatannya lebih menyerlah dengan spoiler Type5 gentian karbon, hood gentian karbon Voltex, Vortex generator, ‘trunk’ belakang Varis serta cermin sisi Ganador. Rim Volk Racing CE28 berukuran 18 inci telah menjadi pilihan untuk tampil lebih menyerlah berbanding biasa.

Mengikut hasil risikan yang dijalankan, pemilik jentera ini telah berhabis lebih kurang RM 90 ribu untuk mendapatkan hasil seperti sekarang. Walau ape pun, demi kepuasan, wang ringgit sudah tidak  menjadi ukuran…Tidak sia-sia beliau menanti selama 6 bulan untuk hasil yang sebegini rupa!

 

Spesifikasi Shift!

Kereta : Mitsubishi Evolution 8

Modifikasi Enjin : Stroker kit Tomei 2.3°, Cometic gasket, Turbo GTX, Cam HKS 272, Injector Dynamic 1350cc, Ekzos Trust  TITANIUM, HKS intercooler, Piping aloi HPI, Bar Carbing, COIL ON PLUG, belt HKS

Transmisi : Evo 9

Elektronik : G4+ Link management

Suspensi & Cesi : BC Racing adjustable

Sistem Brek : Brembo, Endless pads

Roda & Tayar : Rim Volk Racing CE28 18inch offset 12

Dalaman : Defi 8pcs Japan, ZD 2pcs japan, Apexi Imamura RSM, tombol gear Ralliart, stereng TME, zoom mirror, Defi Din ralliart, GReddy Profect B LED

Luaran : : Bodykit Voltex Time Attack version, Spoiler carbon Type5, Bonet Carbon Voltex, Vortex generator, rear trunk Varis, side mirror Ganador

Bengkel & Tuner : Evoshop Thailand

Pemilik : Khairul Asyraf @ Cikgu Raff

*Hasil kerja Evoshop Bangkok yang menelan belanja lebih rm90,000.00

Foto : Shah Bahulu@Adam Photography

Share.

About Author

Leave A Reply