Mitsubishi Evolution VIII – Drunken Master

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Memandangmu tidak ku jemu, memilikimu adalah angan-anganku…

Tiada apa yang menjadi mustahil jika kita yakin untuk memiliki. Ya, ianya semakin tidak mustahil sekarang. Ramai anak muda semakin berjaya dan berusaha untuk meningkatkan taraf hidup mereka. Lihat saja pada gaya dan penggunaan kenderaan mereka, semuanya berada pada tahap yang amat membanggakan.

Dengan usia yang muda, pemuda ini telah berjaya memiliki sebuah jentera Mitsubishi Evo 8 yang telah dinaik taraf dengan begitu hebat sekali. Sebut sahaja Evo, pasti ramai yang akan memberi reaksi ‘wow’ di bibir mereka.

Jentera yang dilihat ini sememangnya ‘wow’ kerana serba serbinya telah dinaik taraf untuk lebih hebat berbanding yang asalnya. Enjinnya telah diperhebatkan lagi dengan penggunaan beberapa peralatan berprestasi antaranya turbo Garrett AR70, blow-off GReddy Type R, wastegate Tial dan oil catch tank dari Cusco. Udara luar pula ditapis memasuki enjin menggunakan penapis udara Apexi. Unit ‘throttle body’ Super 90 memastikan udara disedut masuk ke dalam bahagian intake manifold rekaan Tonnka adalah cukup sempurna.

Kelancaran aliran bahan api untuk jentera ini turut dibantu dengan penggunaan pelaras milik Works serta rel bahan api dari HKS. Gas karbon yang dihasilkan dari pembakaran dalam enjin seterusnya ditolak keluar melalui sistem ekzos lengkap dari HKS.bagi penyejukkan lebih terjamin, jentera ini telah dipasangkan dengan radiator AVS yang pasti dapat memberikan perkhidmatan yang cemerlang.

Kuasa dari enjin akan dihantar ke bahagian roda melalui kotak gear yang telah dilengkapi klac berprestasi OS Giken STR twin plate di dalamnya. Prestasi lebih menyerlah apabila sistem elektronik dari Motec M800 memberikan talaan yang lebih hebat secara keseluruhannya.

Untuk sesebuah jentera yang lengkap nadi berkuasa, sistem breknya juga harus diperhebatkan. Oleh yang demikian, pemiliknya telah mengenakan rotor dari Dixcel dipadankan bersama pelapik dari Endless untuk mencengkam erat bagi kehebatan dalam memberhentikan jentera ini. Kedudukan jentera ini pula dilaraskan mengikut kesesuaian melalui sistem penyerap hentak boleh laras dari BC.

Ruang dalaman jentera ini masih lagi kekal dengan yang asal. Cuma beberapa peralatan elektronik ditambahkan untuk pemantauan pergerakkan enjin antaranya Defi ZD, Defi Controller, HKS EVC, pemasa turbo HKS serta pemain audio Pioneer. Karpet Caro juga turut dipakaikan untuk lebih keceriaan di dalam badan jentera ini.

Penampilan luar jentera ini tampak lebih hebat dengan penggunaan kit badan dari Varis merangkumi bumper hadapan, air duct dan skirt sisi manakala fender sisi dan belakangnya pula dari Voltex. Cermin sisi Ralliart turut dipasang bagi menggantikan yang asal untuk kelihatan lebih macho!

Rim P1 Racing berukuran 17 inci yang turut dibaluti tayar Toyo Proxes R888 telah berjaya membuat jentera ini nampak lebih hebat keseluruhannya. Ada konvoi makan Kari Kambing 40 Hari lagi tak???

Spesifikasi Shift!

Kereta : Mitsubishi Evolution 8

Modifikasi Enjin : Turbo Garrett AR70 M24 EC1, GReddy Type R blow off, Tial wastegate, Tonnka intake manifold, S90 throttle body, Apexi air filter, Cusco oil catch tank, Works fuel pressure regulator, HKS fuel rail, HKS intercooler, HKS oil cooler, HKS exhaust, custom piping 3 inch, AVS radiator

Transmisi : OS Giken STR twin plate

Elektronik : Motec M800

Suspensi & Cesi : BC adjustable

Sistem Brek : Dixcel rotor, Endless brake pads

Roda & Tayar : Rim P1 Racing (depan-17×8.5, belakang-17×9), tayar Toyo Proxes R888 235/45R17

Dalaman : Caro Carpet, Defi ZD, Defi controller, HKS EVC, HKS turbo timer, Pioneer single din

Luaran : Varis (front bumper, air duct, side skirt) Voltex (wide fender, rear fender), Ralliart side mirror

 

Share.

About Author

Leave A Reply