Mitsubishi Evolution VII – REvolution

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

 

Kepuasannya nyata berbeza

Foto : Shah Bahulu@Adam Photography

Ramai yang semakin kuat termakan racun si Cik CT ini nampaknya. Kiri kanan depan belakang ramai dah semakin berani untuk naik taraf dengan penggunaan jentera yang lebih berprestasi. Jika dahulu, mereka hanya memasang impian, nampaknya, tahun ini benar-benar mereka telah ciptakan keajaiban dengan membuktikan impian mereka semua telah menjadi nyata.

Mitsubishi sentiasa memastikan semua ciptaan mereka akan mendapat tempat di hati ramai peminatnya seluruh dunia. Tiada siapa boleh menyangkal kenyataan ini kerana kebenarannya sudah jelas dan tidak perlu diterangkan dengan lebih terperinci. Bermula dari 1 hinggalah yang ke 10, kehebatannya sentiasa berada di tahap tertinggi secara keseluruhannya.

Mitsubishi Evolution VII paparan utama kita kali merupakan sebuah jentera yang telah ditransformasi keseluruhannya menjadi sebuah Evo 9! Ya, ini adalah kenyataan bukan mainan mata semata-mata. Penampilan luarnya telah diperhebatkan dengan pemakaian kit badan asal yang diambil dari model Evo 9 MR. satu perubahan yang ketara telah berjaya ditampilkan pada identiti baru jentera ini. Lip hadapan gentian karbon milik Evo 9 MR juga telah dipasangkan ditambah pula dengan padanan hood hadapan yang dikustomkan dari Voltex.

Ruang dalamannya pula diserikan lagi dengan pemakaian beberapa panel yang dibuat khas dari bahan gentian karbon. Selain itu, di bahagian papan pemuka Evo 9 yang digunakan turut kelihatan deretan meter Defi dan juga unit pemasa turbo Blitz Fatt DC. Tempat duduknya pula diambil milik Evo 8 MR lengkap dengan ‘door trim’ juga dari model yang sama.

Nadi 4G63T yang masih lagi dikekalkan penggunaannya telah dinaik taraf dengan begitu ekstrem. Kebanyakkan peralatan berprestasi tinggi yang dipadankan pada enjin adalah dari jenama Tomei antaranya aci sesondol 260 darjah, piston dan juga con rod. Kelancaran enjin pula dibantu dengan penggunaan keseluruhan bearing dari jenama King. Turbo berjenama Evoshop kustom telah ditugaskan bagi membantu dalam mempertingkatkan kuasa yang termampu untuk dihasilkan.

Bahan api dari tangki utama dipam menggunakan pam bahan api Walbro 400lph terus ke pelaras Sard yang kemudiannya akan menyampaikan ke bahagian rel bahan api Works yang dilengkapi bersama unit injektor FIC bersesaran 1050cc. Kelihatan juga enjin ini turut dipakaikan dengan wastegate Tial 44mm serta ‘blow-off’ HKS SSQV yang erfungsi untuk menolak keluar udara berlebihan dari memasuki ruangan intake. Gas karbon monoksida hasil dari pembakaran dalam ruangan kebuk di keluarkan melalui manifold ekzos rekaan Tonnka yang disambung dengan paip stainless steel berukuran 3” diakhiri dengan perendam bunyi Blitz Nur Spec di bahagian belakang. Bebrapa aksesori enjin lain turut dipakaikan pada enjin ini untuk memberi lebih ketahanan dan kekemasan pada keseluruhannya.

Kuasa yang terhasil kemudiannya dihantar terus ke bahagian roda melalui kotak gear yang dikunci LSD sepenuhnya lengkap dengan klac berprestasi Ogura Twin Plate Push Type.Unit ecu Autronic SMC Standalone dengan 4 bar ‘map sensor’ telah digunakan bagi memastikan pengurusan enjin ini lebih berkuasa dibantu pula dengan pengawal ‘boost’ GReddy Profec B bersama.

Sistem brek jentera ini pula masih lagi dikekalkan dengan kit brek Brembo yang asal dan diperkasakan dengan pelapik brek berketahanan tinggi dari Bendix Metal King. Pelarasan ketinggian dan keselesaan pula dibantu dengan penggunaan set suspensi boleh laras Tein HLSH lengkap dengan pillow ball keseluruhannya. Selain itu, kestabilan jentera ini turut dibantu dengan pemakaian ‘brace bar’ kustom dari Evoshop.

Penampilan jentera ini tampak lebih bergaya apabila dipasangkan dengan rim SSR Type C keemasan berukuran 18 inci dan dibaluti dengan tayar Achilles 123S 265/35R18.

 

 

Spesifikasi Shift!

Kereta : Mitsubishi Evo 7

Enjin : 4G63T

Modifikasi Enjin : Full Tomei racing parts, Tomei 260 highcam, Jun valve spring, Tomei piston, Tomei Rod, King bearing, 2.0 crankshaft, magnetic oilsump drain nut, Ati Damper, Powerbelt timing belt, FIC 1050cc injector, Work fuel rail, sard fuel regulator, Walbro 400lph fuel pump, Evoshop plug cover, Evoshop custom turbo 20g 11fin billet GTX3076 ball bearing, Samco radiator hose, Tonnka Exh. manifold twin scroll, 44mm MV-R Tial Wastegate Hi/lo on, Zaklee timing belt transparent cover, HKS ssqv blow off, HKS oil cap, Ralliart radiator cap, 3″ SS straight exh piping with Blitz nur spec muffler complete silencer

Transmisi : Ogura Twin plate push type, Front full lock LSD, Rear LSD with ayc

Elektronik : Autronic SMC standalone engine management build in 4bar map sensor, GReddy Profec B boost controller

Suspensi & Cesi : Evoshop custom brace bar, Tein HLSH + pillow ball

Sistem Brek : Brembo Original + Bendix Metal King pads

Roda & Tayar : SSR Type C Gold original japan 114.3 18×9.5jj et15, Tayar Achilles 123s 265/35/18

Dalaman : Full CF (refer pic), Blitz Fatt DC turbo timer, Defi Amber red turbo package 4units, Defi meter holder, Defi meter cap, Evo 9 dashboard, Evo 8MR seat & Door trim

Luaran : Full ori Evo 9 MR bodyparts, Front Evo 9 MR CF lip, Complete Evoshop Damd extension lips, Voltex Custom hood

 

 

 

 

Share.

About Author

Leave A Reply