Mitsubishi Evolution VI BlueBabyYou

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Sekali dia lalu, silau biji mata…

Minat seseorang terhadap jentera berprestasi tinggi sememangnya tidak boleh diikat ataupun di halang. Ini kerana, penangan sesuatu hobi itu pasti akan membuatkan peminatnya tidak akan berhenti daripada melakukannya walaupun dihalang dengan apa cara sekalipun. Ada yang minat main N/A, ada pula yang minat main turbo. Apa pun yang diminati, ianya adalah hobi yang amat menyeronokkan.

Asalnya dahulu, pemilik jentera ini hanyalah seorang mekanik di sebuah bengkel. Setiap hari, pelbagai jenis kenderaan yang akan beliau baiki. Dengan pengalaman dan modal yang ada, akhirnya beliau telah berjaya membuka bengkelnya sendiri dan dinamakan sebagai 199 Garage. Jika dahulunya kami ada menampilkan sebuah jentera Satria dengan nadi 4G63T Evo 3 yang juga miliknya, kini, pemilik jentera Proton Arena Kuning laju yang dahulunya milik Encik Bob tampil bersama Mitsubishi Evolution VI.

Jentera berwarna biru ini telah benar-benar menarik perhatian dek kerana rekabentuk badannya yang tampak garang ditambah pula warna biru yang amat menyerlah sekali hasil kerja tangan dari pihak Hotwheel Car Bodywork ini.

Jika diamati, jentera ini telah dipakaikan dengan kit bdan lengkap milik Evo 6.5 Tommi Makinen yang amat ‘rare’ di abad ini. Selain itu, penampilan jentera ini turut diserikan lagi dengan penggunaan diffuser Ralliart, air dam milik Evo 9, hood hadapan gentian karbon berjenama Monster, fender dan juga bonet belakangnya turut dari bahan gentian karbon.

Cermin sisi Ganador dan juga ‘reflector’  belakangnya juga turut menyerikan lagi rupa paras jentera ini. Padanan rim SSR Type C asli dari Jepun berukuran 17 inci dibaluti pula dengan tayar Mickey Thompson Street Comp memastikan cengkaman pada permukaan jalan raya adalah lebih dipercayai.

Ruangan dalam jentera ini pula dihiasi dengan penggunaan door trim dari model TME. Tempat duduk Recaro dipadankan dengan stereng dari Momo untuk keselesaan si pemandu untuk mengemudi jentera ini. Dibahagian papan pemuka pula dipasangkan dengan deretan meter Defi 6 beradik serta meter Apexi RSM bukan sebagai hiasan, tetapi untuk memantau setiap aktiviti yang berlaku di dalam enjin.

Buka sahaja hood hadapan jentera ini, anda akan dapat melihat enjin yang telah diambil dari model Evo 6.5 TME. Bagi memastikan jentera ini akan menampilkan prestasi lebih hebat berbanding yang asal, pemiliknya ini telah melakukan naik taraf ke atas enjin tersebut. Di dalam ruangan blok telah dihuni oleh set lengkap piston berjenama CP berukuran 86mm dipadankan bersama conrod dari Tomei. Kepala silinder yang telah melalui proses port n polish kemudiannya dipasangkan dengan aci sesondol HKS 272° bersama spring injap juga dari jenama yang sama. Bearing dari jenama King telah dipasangkan untuk menggantikan bearing yang asal. Bagi memastikan keseluruhan enjin dalam keadaan yang lebih baik, ianya telah melalui proses imbangan secara keseluruhannya.

Kuasa dari enjin menjadi lebih bertenaga dengan gabungan turbo milik Evo 9 25g bersama. Sistem pengudaraan yang bersih adalah melalui penggunaan penapis udara dari HKS. Udara yang bakal memasuki runagn enjin pula akan disalurkan melalui paip sambungan serta intercooler yang juga dari jenama HKS. Penyejukkan enjin pula dibantu oleh radiator Koyorad yang diisi bersama ‘coolant’ Neo Synthetic di dalamnya. Gas karbon monoksida dari dalam enjin kemudiannya dihantar keluar melalui sistem ekzos titanium terus ke belakang jentera ini yang akhirnya diperangkap bunyinya melalui muffler dari Trust.

Selain palam pencucuh Iridium NGK yang digunakan, minyak pelincir dari Motul 15W50 300V juga turut membantu dalam melancarkan lagi penjanaan enjin ini. Ditambah pula dengan gabungan unit ecu Ralliart yang ditala semula, pastinya prestasi yang mampu di hasilkan amat memuaskan. Kotak gear LSD dikunci penuh dilengkapi klac Clutch Masters 725 akan memastikan kuasa dapat disampikan ke bahagian roda adalah cukup padu!

Sistem brek asal jentera ini masih lagi dikekalkan dan diperkasakan dengan padanan pelapik brek dari Endless keseluruhannya bagi cengkaman yang lebih jitu semasa dipacu kuasanya. Akhir sekali, keselesaan, kekuatan cesi dan pelarasan kedudukan jentera ini dipertanggungjawabkan kepada sistem penyerap hentak boleh laras Tein HLSH Super Street dibantu oleh bar dari Cusco di bahagian depan dan belakang.

Bagi mendapat keputusan yang lebih sempurna, jentera ini telah dihantar untuk talaan kepada pihak Leina Racing dan Slipstream. Ada tangkal lain??? Itu adalah rahsia!!!

 

Spesifikasi Shift!

Kereta : Mitsubishi Evolution VI

Enjin : Evo 6.5 Tommi Makinen

Modifikasi Enjin : HKS air filter, cam HKS 272°, valve spring HKS, piston CP 86mm, conrod Tomei, bearing King, full balancing, turbo Evo 9 25g, intercooler & piping HKS, radiator Koyorad, fuel regulator Works Engineering, cooling plate Tintanium, NGK Iridium plug, titanium exhaust piping, Trust muffler, Motul 15W50 300V Competition engine oil, Neo Synthetic coolant

Transmisi : LSD Full lock, klac Clutch Masters 725

Elektronik : Ecu reflash Ralliart, RSM, Defi 6 beradik

Suspensi & Cesi : Tein Hi Low Soft Hard Super Street, Cusco bar (depan & belakang)

Sistem Brek : Asal Evo 6 Endless pads

Roda & Tayar : Rim SSR Type C 17” x 9.5jj, tayar Mickey Thompson Street Comp 235/45R17

Dalaman : Evo 6 TME door trim, seat Recaro, stereng Momo

Luaran : Tommi Makinen bodykit, diffuser Ralliart, Evo 9 OEM air dam, front hood Monster CF, fender CF, rear bonnet CF lightweight, side mirror Ganador, rear reflector, paint job by Hotwheel Car Bodywork

Bengkel : 199 Garage

Tuning : Leina Racing & Slipstream (Elixer Powered)

 

GALERI : 

Foto : Kenny Yeoh@eosguy

 

Share.

About Author

Leave A Reply