Mitsubishi Evolution 9 – JDM Trooper

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Jenama yang tidak asing lagi untuk prestasi mengagumkan  

Jentera berjenama Mitsubishi ini semakin menjadi bualan dek kerana komuniti mereka semakin membesar. Pelbagai model yang sentiasa menjadi buruan kaki-kaki kereta yang ingin berkuasa di atas jalan raya. Di media sosial juga seringkali dikongsikan dengan pelbagai gambar dan video jentera jenama ini milik rakyat Malaysia yang nampaknya semakin ramai pemiliknya serta memiliki naik taraf yang lebih hebat dan sempurna. Ubahsuainya pula sudah lebih ekstrem berbanding sebelum-sebelum ini. mereka semakin berani untuk memberikan kuasa yang lebih gila terhadap jentera masing-masing tanpa mengira kos yang perlu dikeluarkan. Ini dinamakan demi “kepuasan”!

Jentera Mitsubishi Evolution 9 yang dipaparkan ini salah sebuah Evo yang telah dilakukan modifikasi yang terlalu gila. Nampak seperti biasa namun jantung utamanya bukan biasa-biasa. kebanyakkan alat gantinya telah dinaik taraf dengan barangan yang lebih berprestasi. Nadi Mivec Turbo ini telah mendapat nyawa barunya apabila menempatkan piston Mahle berukuran 86mm dipadankan bersama H-Beam rod di bahagian blok. Kepala silinder yang telah melalui proses port n polish dipasangkan dengan aci sesondol Kelford 282°. Untuk lebih ketahanan, tali sawat Gates Racing Blue telah digunakan.

Udara luar disedut masuk melalui Blitz Open pod. Sistem penyejukkan udara pula diberuikan kepada intercooler HKS. Sistem penyejukkan enjinya pula dibantu dengan penggunaan radiator aluminium Koyorad yang kukuh diikat di bahagian hadapan beserta plat penyejukkan dari Ralliart. Beberapa peralatan lain yang melengkapi lagi e njin ini adalah blow-off GReddy, penutup radiator dan minyak enjin dari Ralliart serta kabel ‘grounding’ Splitfire.

Gas karbon hasil pembakaran dalam ruangan enjin dihantar keluar melalui HKS Twin Scroll banana yang diikatkan bersama sistem ekzos titanium Trust. Penyampaian kuasa ke bahgaian roda ditugaskan kepada kotak gear asalnya yang dilengkapi klac Ogura Twin Plate di dalamnya. Talaan menjadi lebih mantap dengan penggunaan sistem ecu Link G4.

Kedudukan jentera ini dilaraskan melalui sistem suspensi boleh laras Sustec Pro untuk hadapan manakala Tein di belakang. Kekukuhan cesi badean jentera ini ditambah lagi dengan pamasangan Titan power bar Front titanium 3 point, Cusco front lower 4 point bar, Cusco brace bar dan Cusco anti roll bar.

Untuk memberhentikan jentera ini ketika berada pada kelajuan yang maksimum dengan lebih baik, kaliper breknya telah dipadankan bersama pelapik brek dari Endless keseluruhannya.

Bahagian dalaman jentera ini masih lagi dikekalkan dengan yang asal. Namun begitu, beberapa meter tambahan telah dipasang di bahagian papan pemuka seperti deretan meter Defi dan unit pemasa turbo Apexi. Tombol gear Ralliart menambahkan lagi keserian.

Penampilan luarnya pula diperhebatkan lagi dengan pemasangan cermin sisi Ganador, kit badan Voltex Cyberevo Fuza, GT wing gentian karbon, diffuser belakang dan bingkai tingkap gentian karbon Varis Kevlar. Hood hadapannya pula gentian karbon rekaan khusus untuk CT9A dari Seibon USA. Melengkapi lagi jentera ini adalah rim Enkei RPF1 berukuran 18 inci bersama tayar Yokohama AD08 keseluruhannya.

Apa lagi dimahukan? Seperti ini sudah cukup buat jiran sebelah tak tidur lena terbayang-bayang…

Spesifikasi Shift!

Kereta : EVO 9 2005

Enjin : Mivec Turbo

Modifikasi Enjin : Piston Mahle 86, H beam rod, walbro 450lph fuel pump, aem fuel regulator, Kelford cam 282°, gates racing blue belt, engine bay +wire tuck done, Hks intercooler, Hks piping, Hks twin scroll banana, Blitz open pod, Greddy blow off, Greddy profec boost controller, Koyorad aluminium radiator, Ralliart oil cap, Ralliart radiator cap, Ralliart cooling plate, Splitfire grounding cable, Full titanium trust exhaust

Transmisi : Ogura twin plate kring kring,

Elektronik : link g4 pnp

Suspensi & Cesi : Adjustable sustec pro (F) + tein (R), Titan power bar Front titanium 3 point, Cusco front lower 4 point bar, Cusco brace bar, Cusco anti roll bar

Sistem Brek : Endless brakepad

Roda & Tayar : Rim 18 9.5jj et15 rpf1, Tyre ad08 265/35/18 80%

Dalaman : Defi 5pcs (oil temp, oil press, water temp,  boost, exhaust temp), Sony double din player, Ralliart knob gear, Apexi turbo timer,

Luaran : Original Ganador with remote, Seibon usa kevlar cf, Voltex cyberevo fuza kit, Voltex gt wing cf, Voltex rear diffuser cf, Varis kevlar window frame cf

Foto : Muzakkir Rosli  

 

Share.

About Author

Leave A Reply