Mesin Perlumbaan Drag GiM – Metamorphosis

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Perlumbaan drag di negara kita sebenarnya meriah dan rancak dengan adanya pelbagai acara yang dianjurkan. Boleh dikatakan, lumba drag ini adalah perlumbaan nombor 1 dan pastinya akan mempunyai daya penarik yang amat luar biasa apabila ianya diadakan. Sebut sahaja drag pasti ramai peminatnya dari berbilang bangsa dan peringkat umur akan sama-sama menyaksikan perlumbaan tersebut.

Jika dahulu, perlumbaan drag ini dilepaskan secara manual hanya dengan menggunakan bendera tanpa lampu isyarat mahupun pencatat masa yang tepat. Namun, hari ini, dengan teknologi yang semakin maju, semuanya sudah berubah. Para pelumba akan dapat dilepaskan secara adil dan juga boleh melakukan catatan masa terpantas yang boleh dilakukan.

Kita lupakan sejenak tentang teknologi moden mengenai perlumbaan drag, kini kita fokuskan pada jentera drag adik Apeh Jamal yang sebelum ini diabaikan sahaja… Hehehehe… Jentera perlumbaan ini kemudiannya diberikan kepada pihak ESR Garage untuk dinaik taraf dan diperbaiki semula dari segenap sudut dan bahagian yang paling difokuskan adalah enjin.

Nadi 4G63T ini telah dipadankan dengan piston bersaiz 86mm dari CP. Bagi tujahan lebih hebat, ianya telah dipadankan bersama padanan crankshaft milik Evo 4 berukuran 88mm serta rod Pauter 150mm. kepala silindernya pula dilakukan proses ‘port n polish’ bagi memberi lebih kelegaan terhadap pengudaraan keluar dan masuk. Ianya kemudian dipasangkan pula dengan aci sesondol dari Tomei bersama-sama injap dari Ferrea Racing. Aci sesondol berkenaan kemudiannya diikatkan pada pulley boleh laras juga dari Tomei dan kemudian diikat melalui head stud pada blok beralaskan gasket juga dari Tomei.

Intercooler HKS Type GT yang diikat di bahagian hadapan jentera ini telah disambungkan dengan paip-paip rekaan kustom dari bahan alumnium. Turbo Garrett GTX42 yang digunakan pula akan membantu dalam penghasilan kuasa yang lebih maksima ditambah pula talaan dari sistem elektronik Link Extreme yang turut digunakan.

Selain itu juga, beberapa peralatan ‘hardware’ lain turut digunakan bagi kelancaran perjalanan enjin ini contohnya pam bahan api Weldon yang akan menghantar cecair pembakaran tersebut terus ke injektor Billet Atomizer bersesaran 4000cc. Kelihatan juga fuel regulator, injap blow-off dan wastegate dari Turbosmart, throttle body Boomba diikat pada intake AMS serta radiator aloi Sard bagi membantu penyejukkan enjin lebih baik.

Kuasa yang dihasilkan seterusnya dihantar ke bahagian roda menggunakan kotak gear ShepTrans Dogbox yang dilengkapi klac berprestasi tinggi Exedy Stage 5 triple plate. Bagi mengkais dengan lebih padu, axle belakang dari model Evo 9 telah digunakan menggantikan yang asal.

Sistem penyerap hentak boleh laras Tein memastikan tahap kestabilan dan kadar ketinggian jentera ini boleh diubah mengikut kesesuaian. Selain itu, cesi badannya turut dikukuhkan lagi dengan pemasangan rollcage lengkap di bahagian dalam.

Kuasa memberhentikan jentera ini dalam keadaan kelajuan yang maksima masih lagi diberi kepercayaan kepada sistem brek asal Evo III dan dimantapkan lagi melalui pelapik brek berketahanan suhu tinggi dari Bendix Metal King depan dan belakang.

Di bahagian dalam jentera ini kelihatan tangki bahan bakar ATL berkapasiti 10 liter diletakkan di sebelah pemandu. Bagi tujuan perlumbaan, jentera ini telah dipasangkan tempat duduk bucket Sparco Sprint 5 lengkap dengan tali pinggang 4 point dipadankan pula dengan stereng juga dari jenama yang sama dan tombol gear Ralliart di sisinya.

Dengan mengekalkan rupa asal, jentera ini telah dipasangakan dengan parachute Simpsons 10’ dibahagian belakang. Tampak lebih jambu apabila dipasangkan dengan rim 5zigen berukuran 15 inci dan dibaluti pula tayar jenis perlumbaan dari Mickey Thompson.  Jentera ini telah mencatatkan bacaan 962whp@3bar VP M5 Dynojet! Adik dah tekan habis lom ni???

 

Spesifikasi Shift!

Enjin : 4G63T

Modifikasi Enjin : Piston CP 86mm, Tomei hi-cam 282°, Tomei campulley, Tomei head gasket, Ferrea Racing valve, L19 head stud, HKS Type GT intercooler, alluminium piping intercooler, crankshaft Evo4 88mm, rod Pauter 150mm, turbo Garrett GTX42, injector Billet Atomizer 4000cc, fuel pump Weldon 2345A, Autronic cdi, MSD ignition coil, Turbosmart blow-off valve, Turbosmart 38mm wastegate x 2, Turbosmart fuel regulator, AMS intake manifold, Boomba throttle body, alloy radiator Sard

Transmisi : ShepTrans Dogbox, Exedy stage 5 triple plate clutch, Evo9 RS axle

Elektronik : Links Extreme,

Suspensi & Cesi : Tein Adjustable, rollcage

Sistem Brek : Evo III Original, Bendix Metal King pads

Roda & Tayar : Rim 5zigen 15”, tayar Mickey Thompson Drag

Dalaman : ATL 10L fuel tank, Sparco Sprint 5 bucket + 4 point belt, Sparco steering, Ralliart knob gear

Luaran : Simpsons 10’ parachute

Bengkel & Tuner : ESR garage X GiM

Kuasa : 962whp@3bar VP M5 Dynojet

Foto : Zedx ZeroOnez

Share.

About Author

Leave A Reply