Incredible H – Honda Civic EG6

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Semakin lama makin berharga…

Honda, Honda dan Honda…… Di mana-mana sahaja ada je kelibatnya. Peminatnya??? Satu Malaysia! Baik dari motosikal hinggalah kereta, popularitinya amat luar biasa. Nasib baiklah Yamaha takde keluar kereta. Yang ada alat muzik je.

Tetapi, haruslah anda semua tahu, untuk memelihara sesebuah jentera yang telah berusia, ianya bukan sesuatu yang mudah. Selain dari kos, anda juga perlu ada minat. Tanpa minat jawapannya “ke laut’ lah nanti. Nampak gayanya, tiada lagi peminat Honda yang hangat-hangat tahi ayam kerana semuanya Nampak bersemangat dalam memastikan kehebatan jentera mereka. Baik dari model yang kecil hinggalah yang besar, semua akan memastikan jentera mereka ‘power’!

Penampilan jentera EG6 ini amat menarik perhatian sewaktu sesi fotografi dijalankan. Kehadirannya yang tidak disangka membuatkan banyak mata melihat terus ke arahnya. Ya, sebuah jentera kelahiran tahun 1992 ini dijaga dengan begitu baik sekali. Ditambah pula dengan proses restorasi yang secara keseluruhannya telah membangkitkan rupa dan kuasanya.

Dibawah hood hadapannya terdapat enjin berkod B16A yang telah diberi sentuhan berbisa oleh mekaniknya. Kepala silindernya telah melalui proses ‘port n polish’ serta dilengkapi dengan spring injap Skunk2 serta aci sesondol Type R yang diikat bersama pulley boleh laras dari AVS. Sistem penghantaran bahan api dibantu penggunaan pam dari AVS yang menghatar terus ke pelaras dari AEM seterusnya ke rel juga dari AEM.

Kehebatan kuasa enjin turut dibantu dengan penggunaan beberapa peralatan prestasi tinggi termasuklah intake Type R, distributor Type R, kabel palam pencucuh Ultra Silicon, serta piston bersaiz 82mm yang menghuni di dalam bahagian blok. Gas kabon hasil pembakaran dalam enjin kemudian ditolak keluar melalui ekstraktor 4-1 dari Jasma yang disambung bersama sistem paip ekzos lengkap dari Buddy Club.

Tenaga yang terhasil dari enjin kemudian disampaikan ke bahagian roda oleh kotak gear LSD dengan ratio gear 3&4 lengkap dengan klac berprestasi Ogura. Talaan enjin lebih padu dan terurus dengan penggunaan unit ecu P3.

Untuk pelaraskan kedudukan dan juga tahap keselesaan, set penyerap hentak boleh laras Mines HLSH telah menjadi pilihan. Untuk kuasa pemberhentian, sistem brek hadapannya telah dinaik taraf dengan penggunaan caliper 6 pot dari GReddy manakala di bahagian belakang masih lagi kekal yang asal.

Walaupun ruang dalamannya masih kekal dengan yang asal, namun terdapat beberapa aksesori diubah dan ditambah seperti tempat duduk DC2, stereng MOMO Race Gold, tombol gear Type R, meter GReddy 5 beradik, unit pemasa turbo GReddy, bar yang diimport dari Thailand serta beberapa aksesori lain yang boleh dilihat seperti dalam gambar.

Penampilan luar masih lagi kekal asli EG6, namun beberapa peralatan lain ditabah untuk menampakkan kehebatan rupa jentera ini. Antara yang menarik perhatian adalah cermin sisi “Mickey Mouse”, GT Wing gentian karbon J’s Racing, lampu belakang sonar, lampu depan TYC Chrome serta arm aloi dari Function7. Keserian rupanya ditambah dengan penggunaan rim Kid Racing dan dibaluti bersama tayar Toyo Proxes R888R.

Pihak yang bertanggungjawab untuk menaik taraf jentera ini bukan biasa-biasa. Ianya terdiri daripada RS Auto, Pitstop Garage dan juga RMD Tune.

Foto : Kenny Yeoh@eosguy

Spesifikasi Shift!

Kereta : Honda Civic EG6

Enjin : B16A

Modifikasi Enjin : Head port & polish, valve spring Skunk2, piston 82 high comp, cam Type R, distributor Type R, intake Type R, cable plug Ultra Silicon, cam pulley AVS, fuel pump AVS, fuel regulator AEM, fuel rail AEM, extractor 4-1 Jasma, piping set Buddy Club

Transmisi : Gearbox LSD, ratio gear 3 & 4, Ogura Clutch

Elektronik : ECU P30

Suspensi & Cesi : Adjustable Mines HLSH

Sistem Brek : GReddy 6 pot (depan), belakang ori EG6

Roda & Tayar : Rim Kid Racing, tayar Toyo Proxes R888, nut Rays

Dalaman : Meter GReddy 5 beradik, turbo timer GReddy, meter putih EG6, seat Integra DC2, stereng Momo Race Gold, VAFC, gear knob Type R, gear likage Type R, bar Thai set, center mirror Zoom, radio Sony, speaker Gathers, dalaman set 92

Luaran : EG6 original body part, visor EG 6, sunroof EG6, side mirror CF Mickey Mouse, GT Wing CF J’s Racing, lampu belakang sonar, lampu dpn TYC chrome, arm aloi Function7

Bengkel & Tuner : RS Auto, Pitstop Garage, RMD Tune

Kelab : Project R (Honda Racing)

 

Share.

About Author

Leave A Reply