Honda Jazz – Seeker Maniac

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Apa pun konsep yang ditampilkan, kalau dah lawa, tetap akan lawa…

Honda, Honda dan Honda… Di mana-mana sahaja pasti kita dapat melihat kelibat jentera berjenama Honda. Kepopularan jenama ini buka sahaja terletak pada kualiti jentera tersebut, malahan rekabentuk yang dihasilkan oleh para jurutera dan pereka model-model kereta tersebut memang tidak boleh disangkal. Selain itu, harga yang ditetapkan bagi model-model yang dikeluarkan juga masih lagi mampu dimiliki oleh setiap golongan.

Setiap model yang dihasilkan mempunyai peminat dan pengikutnya yang tersendiri. Maka, beberapa tuner juga akan menghasilkan aksesori dan peralatan prestasi untuk digayakan. Bagi model kompak Honda seperti Jazz, ianya nampak agak mudah untuk digayakan namun, untuk memberikan satu kelainan, seseorang itu haruslah pandai menampilkan konsep yang mereka inginkan.

Saya amat meminati rekabentuk Jazz yang terbaru ni. Rekabentuknya tampak gagah disegenap sudut. Dengan beberapa naik taraf dan ubahsuai, Jazz ini pasti memiliki kelainan berbanding Jazz yang lain. Honda Jazz GK berwarna merah ini telah dinaik taraf oleh pemiliknya yang amat menggilai aksesori dan peralatan berjenama Seeker. Boleh dikatakan keseluruhan jentera ini telah dipakaikan dengan aksesori dari jenama terkenal ini.

Enjin jentera ini masih lagi dalam keadaan yang asal dan dipasangkan juga dengan beberapa aksesori Seeker antaranya penutup radiator, penutup minyak enjin dan juga ‘air flow’. Udara yang disedut masuk ke bahagian enjin ditapis bersih melalui penapis udara K&N. Gas karbon yang terhasil dari dalam ruangan enjin di dihantar keluar ke bahagian ekzos yang turut disambungkan dengan muffler SES di bahagian belakangnya. Kuasa yang terhasil kemudiannya dihantar ke bahagian roda melalui kotak gear automatik yang masih dalam keadaan asal.

Untuk tahap keselesaan dan kedudukan yang tampak lebih bersesuaian dengan saiznya, jentera ini telah dipakaikan dengan penyerap hentak boleh laras Racing Gear HS dipadankan bersama ‘pillow-ball’ dari Bestrush. Cesinya pula diperkukuhkan lagi dengan penggunaan ‘tower bar’, ‘monkey bar’ dan ‘rear bar’ dari Bestrush. Selain itu, ‘anti-roll’ bar berjenama Cusco turut dipasangkan.

Sistem brek jentera ini dipertingkatkan dengan pemakaian kit brek lengkap AP Racing Mini 4 pot di bahagian hadapan. Kuasa memberhentikan jentera ini pada sebarang kelajuan tidak perlu dipertikaikan lagi.

Ruang dalaman jentera ini kelihatan sangat menarik dengan penggunaan tempat duduk Recaro SR4 dibahagian hadapan dipadankan pula dengan stereng juga dari jenama yang sama. Dereta meter Defi Racer 3 beradik telah ditempatkan kemas di atas papan pemuka jentera ini. Selain itu, turut kelihatan ‘dressup mirror’ dan juga ‘blue mirror’ dari jenama Seeker menambahkan lagi keistimewaan pada jentera ini.

Ya, penampilan luar bagi jentera ini menunjukkan identiti dan tema sebenar. Kegilaan pemiliknya terhadap jenama Seeker telah membuatkan beliau memasangkan beberapa aksesori Seeker kepada jentera ini antaranya grill hadapan, diffuser belakang, ‘roof spoiler’ serta lip hadapan gentian karbon. Lampu hadapan dan belakangnya pula dari model GP5. Akhir sekali, rim Volk Racing CE28 berukuran 15 inci ditambah pula set lengkap tayar Toyo Proxes R1R dipadankan pada jentera ini. Nampak ‘simple’, tetapi telah berjaya menambat hati ramai penggemarnya di luar sana…

Spesifikasi Shift!

Kereta : Honda Jazz

Enjin : L15A i-Vtec

Modifikasi Enjin : Seeker radiator cap, oil cap, air flow & SES muffler, K&N air filter

Transmisi : Automatik

Suspensi & Cesi : Racing Gear HS adjustable, Bestrush tower bar, Bestrush pillow ball, Bestrush monkey bar, Bestrush rear bar, Cusco anti-roll bar

Sistem Brek : AP Racing mini 4pot(depan)

Roda & Tayar : Rim Volk Racing CE28 15”, tayar Toyo Proxes R1R 205/50R15

Dalaman : Seeker dressup mirror, Seeker blue mirror, Seeker steering, Defi Racer 52mm, seat Recaro SR4 (depan)

Luaran : Seeker grill, Seeker CF rear diffuser, Seeker roof spoiler, Seeker CF front lip, lampu depan dan belakang GP5

GALERI / FOTO : Jas Evalcez@Blackmailz

 

 

Share.

About Author

Leave A Reply