Kereta kompak sememangnya popular baik di Malaysia mahupun luar negara. Ini kerana kenderaan kecil seperti ini mudah untuk dipandu serta diletakkan di kawasan-kawasan yang agak sukar. Namun begitu, dengan pelbagai produk hebat yang diberikan oleh para pengeluar kereta, ianya menjadi pilihan bukan sahaja kerana saiz kompak dan harganya yang agak berpatutan tetapi turut menjadi projek ubahsuai yang mengagumkan.
Kebiasaanya, jentera kompak yang popular untuk dinaik taraf di negara kita jenamanya datang dari negara matahari terbit. Sebagai contoh Daihatsu, Toyota dan juga Honda. Sebanyak 3 generasi Honda telah dilahirkan dan ianya sentiasa mendapat idea kepada para pemilik dan mekanik-mekanik hebat untuk melakukan sesuatu yang luar biasa kepada jentera ini.
Honda Jazz yang anda lihat ini contohnya, dikuasakan oleh enjin L15A yang telah diubah suai dengan padanan sistem turbo yang dapat membantu lagi penjanaan kuasa lebih laju. Ianya diperhebatkan lagi dengan penggunaan kotak gear manual RS 6 kelajuan yang dilengkapi klac berprestasi Ogura Super Single di dalamnya. Sistem elektroniknya pula ditambah baik dengan padanan unit ecu Datatec yang akan melakukan penjanaan lebih baik dan teratur keseluruhan kuasa enjin yang terhasil.
Untuk keselesaan dan pelarasan mengikut kesesuaian, jentera ini dipasangkan dengan sistem suspensi berjenama AR Racing. Sisitem brek asalnya juga masih lagi dikekalkan kerana mampu untuk memberhentikan jentera ini pada bila-bila masa.
Ruang dalamnya juga ringkas. Tempat duduk bucket Bride Low Max dipasangkan bagi si pemandu. deretan meter Defi 248s 6 beradik tampak menarik di atas papan pemuka ditambah pula meter Defi ZD disebelahnya serta meter boost dari HKS pada meter paparan utama.
Penampilan luarannya tampak lebih menarik apabila dikenakan dengan beberapa aksesori buatan gentian karbon Swift Sport dari Monza. Akhir sekali, rim Volk Racing TE37 berukuran 15 inci dibaluti tayar Toyo Proxes R888 menyerlahkan lagi kehebatan jentera ini.
Ubahsuai yang dilakukan pada jentera ini adalah hasil kerja dari pihak MK Performance. Memang padu!
Spesifikasi Shift!
Model : Honda Jazz GK5
Enjin : L15A
Modifikasi Enjin : Bolt on Turbo
Elektronik : Datatec
Transmisi : RS 6 speed with ogura super single
Brek : Stock
Tayar & Rim : TE37 15” with TOYO Proxes R888
Suspensi : AR Racing
Luaran : Swift sport Carbon By Monza
Dalaman : Seat Bride Low Max Illest, Defi 248s 6 pcs, Defi ZD, HKS boost meter
Bengkel & Tuner : MK Performance
Pemilik : Rhys Jason
Foto : Shah Bahulu@Adam Photography
GALERI