Honda Jazz GK

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Badan kecil tak bermakna dia lemah…

Ramai yang menatakan, jika mereka mempunyai wang yang banyak, mereka akan membeli sebuah jentera yang benar-benar mengikut citarasa dan hebat bagi mereka. Bukan itu sahaja, jentera itu juga mestilah yang mampu menghasilkan kuasa yang hebat dan luar biasa. Namun, bagi mereka yang benar-benar menjiwai, itu bukanlah jalan pintas.

Kepuasan bagi seorang yang menggilai modifikasi adalah membuat sesuatu jentera yang serba kekurangan itu menjadi lebih hebat dari yang dilahirkan berkuasa tinggi. Ya, ramai yang begini sebenarnya. Kepuasan mengubah suai lebih nikmat sebenarnya.

 

Lihat sahaja Honda Jazz GK ini. kalau dilihat pada asalnya, ianya bukanlah sebuah jentera yang memiliki ciri-ciri yang diidamkan oleh mereka yang gila kelajuan. Tetapi, atas minat dan modal yang ada, maka inilah hasilnya.

Nadi asal berkod L15A yang bersesaran 1500cc telah di ceraikan satu persatu daripada badan jentera ini dan dipasangkan pula dengan nadi K Series di dalamnya. Ya, enjin berkod K! Ini bukan perkara luar biasa sebenarnya. Beberapa jentera seperti ini sudahpun melalui ujian ini dan hasilnya tidak mengecewakan. Kepala silinder enjin ini telah melalui proses ‘port n polish’ dan dilengkapkan dengan aci sesondol Skunk2 stage 3 beserta Injap, spring injap dan retainer Supertech. Ia kemudiannya diikat kemas pada blok K24 dihuni rod CP Carillo yang memegang erat piston berjenama Supertech.

Beberapa peralatan lain yang telah dinaik taraf adalah intake RRC diikat kemas bersama throttle body S90 74mm, air intake Skunk2 dan yang turut penting adalah rel bahan api K-Tuned bersama injektorGrams bersesaran 550cc yang menyampaikan bahan api ke dalam enjin ini. sistem pendawaian jentera ini pula diambil dari model DC5 Type R dan disempurnakan lagi talaannya melalui unit ecu Hondata KPro bagi prestasi lebih menyerlah. Gas karbon dari ruangan kebuk pembkaran seterusnya ditolak keluar melalui sistem ekzos rekaan kustom Tips Exhaust diakhiri dengan muffler milik K-Tuned.

Kuasa dari enjin kemudian di hantar ke bahagian roda melalui kotak gear DC5 Type R lengkap dengan LSD Wavetrac dan klac OS Giken STR di dalamnya. Setelah di dyno, jentera ini berjaya mencatatkan kuasa 285hp! Boleh tahan…

Sistem pemberhentian jentera ini diperkasakan dengan penggunaan kaliper brek AP Racing Pro 5000R. Takde istilah brek tak makan la lepas ni. Sistem suspensinya pula direka khas oleh pihak Ftuned yang telah terbukti banyak menghasilkan sistem penyerap hentak untuk kereta-kereta perlumbaan dan berkuasa besar.

Bahagian dalaman jentera ini telah dipasangkan dengan tempat duduk Recaro SR6, padanan stereng Personal bersama butang ‘horn’ NSX, ‘quick release’ Worksbell & K-Tuned shifter, beberapa meter Defi serta padanan karpet Hot Field.

Penampilan luar masih lagi tidak terusik. Cuma yang digantikan adalah lampu projektor GP5 depan belakang beserta tambahan lips dan diffuser serta GT Wing ‘aftermarket’ bagi menambah keserian. Akhir sekali, rim Volk Racing CE28 yang lengkap dengan tayar Toyo R888R berukuran 16 inci dipasangkan dan fuhhhhhh!!! Sangat simple tapi menarik secara keseluruhannya. Kepada Boostzone Motorsport, korang kena bertanggungjawab nanti atas keganasan jentera ini di atas jalan raya!

Spesifikasi Shift!

Kereta: Jazz GK

Enjin Asal: L15A

Modifikasi Enjin: K24, Head FD2R port & polish, Cam Skunk2 stage 3, valve spring & retainer Supertech, valve set Supertech, block K24, oil pump FD2R, piston Supertech, Rod CP Carillo, Kings bearing, Grams injector 550cc, K-Tuned fuel rail, intake manifold RRC, throttle body S90 74mm, air intake Skunk2, header & piping custom by Tips Exhaust, muffler K-Tuned, 285hp on Dyno Jet

Elektronik: Wiring DC5 Type R, Hondata K Pro

Transmisi: DC5 Type R, LSD Wavetrac, clutch OS Giken STR

Brek: AP Racing Pro 5000R

Tayar & Rim: Volk Racing CE28, tayar Toyo R888R 195/50/16

Suspensi & Cesi: Custom by Ftuned

Luaran: GP5 projector headlamp, GP5 tail lamp, aftermarket GT Wing, aftermarket diffuser & lips

Dalaman: Recaro SR6, Bride railing, Defi din, Defi rpm, Personal stering, NSX horn button, Worksbell quik release, K-Tuned shifter, Hot Field carpet

Bengkel: Boostzone Motorsport

Penaja: Sin Hin Tyre & Xian Fong Service

Pemilik: Panjang jaybee

Share.

About Author

Leave A Reply