Honda Jazz GE – Deep Blue Sea

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Ubahsuai bagi mereka yang benar-benar gila!

Kegilaan orang Malaysia main kereta kompak memang tidak boleh dinafikan. Pelbagai model dan modifikasi mereka lakukan demi kepuasan. Ada pelbagai jenis ubah suai, dari yang biasa ataupun yang ada duit lebih akan terus menjadi ekstrem.

Honda Jazz GE ini boleh dikatakan lebih cantik rekaannya berbanding edisi abangnya yang terdahulu ataupun adiknya si GK. Ada dikalangan penggila kereta lebih menyukai jentera mereka dilimpahi dengan pelbagai aksesori yang rare dan menarik, namun begitu, bagi Yasser, belaiu mahukan jentera ini lebih berkuasa berbanding biasa. Oleh yang demikian, enjin asal L15 yang didatangkan pada jentera ini telah diabaikan dan menerima kedatangan orang baharu iaitu enjin K20 yang lebih ‘power’!

 

 

Boleh dilihat dari luaran, enjin ini bukan sahaja bertenaga dan berkuasa, malah ianya telah diperkasakan lagi dengan beberapa penggunaan peralatan berprestasi antaranya ekstraktor dari J’s Racing, radiator aluminium Synergy yang membantu menyejukkan enjin dengan lebih baik serta mufler ‘turndown’  K-Tuned yang menghantar gas karbon dari dalam enjin ke bahagian belakang jentera ini.

Penjanaan serta penalaan enjin menjadi lebih baik dengan bantuan unit ecu Hondata Flashpro yang bijak untuk menguruskan prestasi enjin yang bakal ditampilkan. Kotak Gear FD2 Type R dengan ratio dirahsakan telah dipadankan pada enjin ini untuk penghantaran kuasa ke bahagian roda dengan lebih cekap.

Sistem breknya pula masih lagi mampu memberi perkhidmatan cemerlang, namun ianya telah dipasangkan dengan pelapik brek berketahanan pada suhu yang tinggi untuk bertindak dengan lebih cekap. Pelarasan kedudukan jentera ini dilakukan menerusi sistem penyerap hentak dari Ftuned yang direka khas bagi tujuan perlumbaan.

Di bahagian dalam, jentera ini telah dipasangkan dengan tempat duduk Bride Zeta bagi pemandu manakala disisinya pula menyerlah ‘shifter’ K-Tuned yang didatangkan dengan kabel spec perlumbaan. Sebuah meter Defi Advance ZD dilekatkan elok di hadapan meter paparan untuk tujuan pemantauan perjalanan sistem enjin.

Kit badan Jazz GE8 RS  menjadi pilihan untuk dikenakan ditambah pula hood hadapan gentian karbon dari J’s Racing serta GT Wing dari jenama yang sama di bahagian belakang. Beberapa aksesori lain yang diperbuat dari bahan gentian karbon turut dipasangkan pada jentera ini. Lampu belakangnya pula adalah dari jenis Stellar V Clear yang amat menarik perhatian. Rim Volk Racing TE37 Magnesium Blue yang digunakan telah dipadankan dengan tayar Dunlop Direzza Z 2star untuk bahagian hadapan makala Yokohama AD08R di bahagian belakang.

Kesemua ubahsuai pada jentera ini telah dilakukan oleh pihak Two Ben Racing yang sememangnya berpengalaman dalam melakukan kerja-kerja hebat seperti ini.

 

Spesifikasi Shift!

Kereta : Honda Jazz GE

Enjin Asal :L15

Modifikasi Enjin : K20 engine with some mods, Js Racing extractor, Synergy Aluminium Radiator, K-Tuned 3” turndown muflers

Elektronik : Hondata Flashpro

Transmisi : FD2 Type R with some ratios

Brek : Asal

Tayar & Rim : TE37 Magnesium Blue 15”/7jj/35 offset with Dunlop Direzza Z2star (depan) Yokohama AD08R (belakang)

Suspensi : Ftuned (spec race comp.10kg front 6kg rear)

Luaran : Jazz GE8 RS bodypart, J’s Racing hood, J’s Racing GT Wing, Stellar V clear rear lamp, carbon fibre parts

Dalaman : Bride Zeta 3, Defi Advance ZD, Ktuned Shifter with Ktuned Race Spec Shifting Cable

Bengkel & Tuner : Two Ben Racing

Pemilik :Yasser

Foto : Shah Bahulu@Adam Photography

GALERI : 

 

Share.

About Author

Leave A Reply